Search This Blog

Thursday, January 17, 2013

Dua maut helikopter terhempas atas menara



LONDON 17 Jan. - Dua orang terbunuh dan 13 lagi cedera apabila sebuah helikopter terhempas selepas merempuh kren di atas bumbung menara kediaman tertinggi di Eropah di sini, semalam.
Seorang jurucakap polis berkata, dua mangsa yang terbunuh merupakan juruterbang helikopter terbabit dan seorang mangsa yang berada di lokasi kejadian.
Katanya, kesemua 13 orang cedera telah menerima rawatan kecemasan sebelum dihantar ke hospital terdekat.
Punca sebenar kejadian masih disiasat, namun siasatan awal polis mendapati helikopter tersebut cuba mengubah haluan penerbangan sebelum berlanggar dengan kren terbabit. - AFP/dpa


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130117/lu_12/Dua-maut-helikopter-terhempas-atas-menara#ixzz2IFD4QziJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bas penumpang rempuh trak di Nigeria, 14 terbunuh

KANO 17 Jan. - Seramai 14 penumpang terbunuh dan empat lagi cedera parah selepas bas yang mereka naiki merempuh sebuah trak sebelum terbakar di utara Nigeria, semalam.

Pengarah Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya Nigeria, Usman Masari berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi (1.30 petang waktu Malaysia semalam) apabila bas yang membawa 18 penumpang itu hilang kawalan selepas merempuh sebuah trak yang diletakkan di tepi jalan. “Bas tersebut terbakar selepas kemalangan itu, menyebabkan 14 orang terbunuh dan empat lagi mengalami cedera parah," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130117/lu_13/Bas-penumpang-rempuh-trak-di-Nigeria-14-terbunuh#ixzz2IFCr7MOA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rokok RM400,000 dirampas



ZULKARNAIN Mohd. Omar (dua dari kiri) menunjukkan hasil rampasan rokok berjenama yang bernilai hampir RM400,000 yang dirampas di perairan Langkawi, Kedah, semalam.
ALOR SETAR 16 Jan. - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di sini merampas pelbagai jenis rokok yang cuba diseludup bernilai hampir RM400,000 termasuk cukai di kawasan perairan Langkawi di sini hari ini.
Kejayaan itu berhasil kira-kira pukul 1.15 pagi apabila bot ronda Maritim Malaysia mengesan bot fiber dinaiki oleh dua lelaki dipercayai dari Awana Porto Malai menghala ke Kuala Kedah.
Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim 1 Langkawi, Kapten Maritim Zulkarnain Mohd. Omar berkata, sebaik sahaja Maritim Malaysia menghampiri bot fiber tersebut, pemandunya berpatah balik menuju ke darat dan kedua-dua mereka kemudian melarikan diri.
"Setelah diperiksa, pihak kami menjumpai sebanyak 2,375 karton rokok berjenama 'John Black' dan 1,750 karton rokok berjenama 'John Limited' yang dibungkus dalam plastik hitam.
"Nilai rokok yang dirampas itu dianggarkan RM57,500 manakala nilai cukai yang cuba dielak adalah RM335,335," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.
Menurut beliau, kes ini disiasat mengikut Akta Kastam iaitu mengeksport barangan bukan ditempat yang dibenarkan.
Beliau berkata, ini merupakan tangkapan ketiga cubaan menyeludup rokok di wilayah maritim utara tahun ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20130117/wu_01/Rokok-RM400000-dirampas#ixzz2IF7sE9oe
© Utusan Melayu (M) Bhd 

TNB rugi RM18,000 dalam 6 hari



KOTA BHARU 16 Jan. - Tenaga Nasional Berhad (TNB) negeri mengalami kerugian RM18,000 selepas tembaga yang dipasang pada pencawang miliknya dicuri dalam tempoh enam hari bermula 6 hingga 12 Januari lalu.
Pengurus Besarnya, Datuk Zulkffli Ab. Rahman berkata, ini melibatkan enam pencawang di jajahan Pasir Mas yang menyebabkan gangguan bekalan elektrik di kawasan berkenaan.
Menurutnya, antara pencawang yang terlibat kecurian itu ialah di Kampung Bechah, Tal Tujuh, Fujilamp Kampung Kasa, Jambatan Tendong, Hutan Pasir dan Tepi Sungai Tendong.
"Pihak kami memandang serius perkara ini. Tindakan menceroboh dan mencuri tembaga ini bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah boleh membahayakan mereka yang mencurinya.
"Sebelum ini ada yang meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri bahan tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Program TNB Bersama Pelanggan di Ibu Pejabat TNB negeri di sini hari ini.
Perasmian disempurnakan Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Bahagian Pembahagian TNB, Ismail Mohd. Din.
Tambahnya, kecurian tersebut bukan sahaja menyebabkan berlakunya gangguan, tetapi dalam masa sama boleh merosakkan barangan elektrik akibat voltan berlebihan.
Dalam pada itu, Zulkffli memohon kerjasama orang ramai untuk menjadi mata dan telinga bagi menyalurkan maklumat bagi membantu mengurangkan kejadian ini.
"Apabila wujudnya kerjasama ini akan memudahkan pihak kami membanteras gejala yang tidak sihat ini dengan melaporkan perkara tersebut kepada polis.
"Pemberi maklumat akan diberikan sedikit sagu hati sebagai tanda menghargai sumbangan yang diberikan," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20130117/wt_01/TNB-rugi-RM18000-dalam-6-hari#ixzz2IF7gvWia
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saya tidak pernah bunuh sesiapa - Tertuduh



SHAH ALAM 16 Jan. - Tertuduh keempat, R. Kathavarayan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa pertuduhan membunuh yang dikenakan ke atasnya adalah salah dan tidak adil.
Ini kerana, pekerja Ladang Gadong itu mendakwa dia tidak membunuh sesiapa pun pada 30 Ogos 2010.
Sambil menyatakan mengetahui dia diletakkan di kandang pesalah bersama-sama majikannya, N. Pathmanabhan dan dua lagi pekerja ladang kerana didakwa membunuh, saksi itu memberitahu, keterangannya sejak Isnin lalu adalah benar.
Bagaimanapun, Kathavarayan, 32, mengakui tidak semua keterangan yang diberikan di mahkamah dimaklumkan kepada pihak polis.
Saksi pembelaan keempat itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam bela, Manjeet Singh Dhillon pada pemeriksaan utama peringkat bela diri pada perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi.
Tertuduh itu bersama-sama majikannya dan dua lagi tertuduh, T. Thilaiyalagan, 22, serta R. Matan, 23, didakwa membunuh Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; pegawai bank, Noorhisham Mohamad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Pada prosiding hari ini, Kathavarayan sekali lagi memaklumkan mahkamah bahawa wanita yang dilihat di sebuah restoran di Tanjung Sepat, Banting adalah Sosilawati.
Katanya, selepas melihat wanita itu, tertuduh yang turut dikenali dengan nama Ravi ada bertanya kepada majikannya bagi mendapatkan kepastian.
Terdahulu pada awal prosiding, Kathavarayan memberitahu, ketika ditahan oleh pihak polis dia ada ditunjukkan kira-kira tujuh keping gambar dengan tiga daripadanya dikenali kerana pernah beberapa kali menemui mereka.
Tiga individu terbabit ialah Syafiq, Raj dan Muthuraja.
Menjawab pertanyaan peguam belanya, Hasshahari Johari Mawi, Kathavarayan memaklumkan Syafiq dan Raj merupakan kawan kepada Pathmanabhan manakala Muthuraja adalah saudara kepada majikannya itu.
Ketiga-tiga mereka bagaimanapun tiada di ladang terbabit pada malam Sosilawati dan tiga rakannya dikatakan telah dibunuh.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung esok.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130117/ma_02/Saya-tidak-pernah-bunuh-sesiapa---Tertuduh#ixzz2IF60UKea
© Utusan Melayu (M) Bhd 

UPP Bukit Kayu Hitam rampas arak, mercun bernilai RM3,000



KOMANDER Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP)  Bukit Kayu Hitam, Asisten Superintendan Baharim Kamis (kiri) bersama pegawainya menunjukkan pelbagai jenis mercun dan minuman keras yang dirampas. - Foto Sharul Hafiz Zam
KOMANDER Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam, Asisten Superintendan Baharim Kamis (kiri) bersama pegawainya menunjukkan pelbagai jenis mercun dan minuman keras yang dirampas. - Foto Sharul Hafiz Zam
BUKIT KAYU HITAM: Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam mematahkan cubaan menyeludup minuman keras, mercun dan bunga api bernilai RM3,000 di Jalan Putra, Air Hitam, Jitra dekat sini, semalam.

Dalam operasi jam 1.30 tengah hari itu, UPP merampas 38 kotak minuman keras pelbagai jenama dan 1,193 bungkusan pelbagai jenis mercun serta bunga api, selain menahan seorang lelaki berusia 22 tahun.
Komander Kawasan UPP Bukit Kayu Hitam, Asisten Superitendan Baharim Kamis, berkata barangan terbabit ditemui hasil pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan jenis Toyota Estima yang dikesan dalam keadaan mencurigakan dari arah Jalan Kangar ke Alor Setar.

UPP percaya barangan terbabit diseludup menerusi 'lorong tikus di sekitar Padang Besar, Perlis untuk pasaran Alor Setar sempena sambutan Tahun Baru Cina bulan depan, katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Menurutnya, lelaki itu akan disoal siasat sebelum diserah kepada Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh didenda 10 hingga 20 kali ganda nilai barangan atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya..

- BERNAMA

672 silinder gas 'diseleweng' dirampas



Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Selangor  merampas tong gas LPG haram  yang disimpan di sebuah stor dalam serbuan di Segambut. - Foto Zulfadhli Zulkifli
Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Selangor merampas tong gas LPG haram yang disimpan di sebuah stor dalam serbuan di Segambut. - Foto Zulfadhli Zulkifli

Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas 672 silinder gas petroleum cecair (LPG) bernilai hampir RM100,000 dalam serbuan di sebuah gudang berhampiran Stesen Komuter Segambut, di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 4.30 petang itu, turut ditahan dua pekerja lelaki, termasuk seorang warga Myanmar ketika leka memindahkan silinder gas berkenaan di premis terbabit bagi membantu siasatan.
Maklumat risikan
Usaha giat dijalankan bagi mengenal pasti dalang utama kegiatan itu, termasuk pemilik premis untuk siasatan lanjut," Othman Nawang, Ketua Penguatkuasa KPDNKK Selangor

Ketua Penguatkuasa KPDNKK Selangor, Othman Nawang, berkata serbuan dilakukan hasil maklumat risikan sejak sebulan lalu, selepas bertindak terhadap aduan awam terdapat aktiviti mencurigakan di premis terbabit.

Katanya, hasil siasatan mendapati gudang terbabit dijadikan stor penyimpanan serta pemindahan LPG subsidi yang dipercayai diseleweng bagi kegunaan domestik dan perindustrian.

“Berdasarkan laporan diterima, ini kali kedua premis terbabit diserbu sejak 2009. Usaha giat dijalankan bagi mengenal pasti dalang utama kegiatan itu, termasuk pemilik premis untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Beliau berkata, daripada jumlah keseluruhan itu, 602 tong gas dengan berat 14 kilogram adalah untuk kegunaan domestik, manakala selebihnya berkapasiti 50 kilogram bagi kegunaan perindustrian.
Harga mahal

“Harga LPG subsidi ialah RM21.40 setong (kegunaan domestik) di pasaran semasa, namun sindiket dipercayai menjualnya pada harga RM26.90 untuk mendapatkan keuntungan lebih.

“Berdasarkan jumlah tong gas dirampas petang tadi (semalam), kita tidak menolak kemungkinan ia bagi menampung pasaran di Lembah Klang dan kawasan sekitarnya,” katanya.

Veterinar rampas lebih 400 zakar anjing



Taipei: Pegawai veterinar Taiwan semalam berkata, mereka merampas lebih 400 zakar anjing serta pelbagai organ dalaman haiwan dalam serbuan di sebuah rumah penyembelihan haram.

Menurut pegawai Pusat Kawalan Penyakit Haiwan, 435 zakar anjing itu ditemui dalam sebuah peti sejuk yang disimpan bersama pelbagai bahagian lain.


Katanya, 12 bangkai anjing segar juga ditemui dalam serbuan kelmarin di daerah Yunlin itu.



Tidak dapat dipastikan mengapa pemilik rumah penyembelihan itu menyimpan organ berkenaan.


Bagaimanapun, media tempatan mengesyaki lelaki terbabit mungkin menggunakan zakar itu untuk membuat arak herba kerana ia dipercayai mempunyai khasiat menguatkan tenaga batin. Pegawai itu berkata, dua anjing hidup diselamatkan, selain menemui pelbagai gelung anjing yang membayangkan sesetengah haiwan yang dibunuh di situ adalah haiwan peliharaan. “Pemilik pusat itu memiliki rekod membunuh banyak haiwan,” katanya. Lelaki terbabit boleh dihukum penjara setahun dan denda sehingga RM104,000 jika didapati mengulangi kesalahan berkenaan. - AFP

Lelaki lepas tembakan di kolej komuniti: 2 maut, seorang cedera



Washington: Seorang lelaki melepaskan tembakan menggunakan senjata separa automatik di kawasan meletak kenderaan sebuah kolej komuniti di Kentucky, semalam, menyebabkan dua terbunuh dan seorang cedera.

Polis berkata, insiden itu berlaku di Kolej Teknikal Dan Komuniti Hazard pada awal petang semalam (waktu tempatan).


Ketua Polis Hazard, Minor Allen, berkata serangan itu tidak ada kaitan dengan kolej berkenaan, sebaliknya pihak berkuasa percaya ia berpunca daripada masalah keluarga. “Penyerang dikenali sebagai Dalton Stidham dan dia menyerah diri selepas insiden itu.



“Kolej berkenaan juga ditutup kira-kira dua jam,” katanya.


Sementara itu, mangsa digambarkan sebagai seorang lelaki berusia 50-an dan wanita berusia 20-an.


Seorang remaja perempuan yang cedera dirawat di hospital tempatan. Kejadian itu adalah keganasan terbaru ketika perdebatan mengenai isu kawalan senjata di Amerika Syarikat semakin hangat diperkatakan. - AFP

Mayat bayi dalam timbunan sampah



Phuket: Seorang pemungut barang terpakai menemui mayat bayi dipercayai baru berusia tiga hari dalam timbunan sampah di Vichit, Muang, semalam.

Pegawai polis Vichit, Suporn Muangkai berkata, laporan penemuan mayat itu dibuat di balai polis berkenaan kira-kira jam 11 pagi semalam. “Bayi itu dibungkus dengan sehelai tuala dan ditemui dalam beg sampah berhampiran Jalan Chao Fa.


“Polis percaya bayi itu ditinggalkan ibunya pada hari dia dilahirkan dan mungkin mati beberapa jam sebelum dia ditemui,” katanya. Mayat bayi itu kemudian dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Polis kini giat mengesan ibu kandungnya yang dipercayai bertanggungjawab. - BP

Gading RM3.5j dirampas



Mombasa: Polis Kenya merampas dua tan gading gajah bernilai RM3.5 juta sekali gus mencatat rekod rampasan terbesar negara itu, kata pihak berkuasa semalam.

Pegawai polis tempatan berkata, mereka tidak faham mengapa ada pihak berani menyeludup begitu banyak gading gajah sekali gus dan yakin berjaya melepasi pihak keselamatan.


Pemburu haram menjadi masalah kian besar di negara itu ketika kerajaan cuba menarik seramai mungkin pelancong menggunakan faktor hidupan liar yang masih ada. Dilengkapi senjata lengkap, pemburu haram membunuh gajah dan badak untuk mendapatkan gading dan sumbu yang digunakan sebagai perhiasan atau ubat tradisional dengan dihantar ke luar negara. Maklumat polis mendapati, kebanyakan gading gajah diseludup dari Afrika dihantar ke negara Asia. - Reuters

Penerbit filem rogol ‘aktres’



Mumbai: Seorang penerbit filem India didakwa di mahkamah semalam selepas ditahan kerana disyaki merogol seorang wanita yang dijanjikan satu peranan dalam produksinya, kata polis.

Ramesh Singh, 49, ditahan kelmarin selepas wanita terbabit mengadu kepada polis di Oshiwara, Mumbai mengenai insiden berkenaan.


Sumber polis berkata, Ramesh berjanji memberi satu watak kepada wanita itu dalam filem terbarunya.



“Suspek menghubungi wanita itu dengan alasan supaya dia boleh membaca skrip disediakan.


“Apabila tiba, suspek menyerahkan skrip berkenaan kepada pelakon terbabit di sebuah bilik sebelum mengunci pintu,” katanya.


Ramesh kemudian mengarahkan wanita itu berbaring untuk cuba melakonkan ‘adegan ranjang’ tetapi mangsa tersedar dia diperdaya.

Menurut sumber, wanita itu lari ke bilik mandi dan mengurung dirinya di situ.


Bagaimanapun, katanya, Ramesh memecahkan pintu bilik mandi berkenaan dan merogol mangsa.

Akhbar Indian Express melaporkan, Ramesh adalah penerbit filem berbahasa Marathi dan tidak terbabit dalam pembikinan filem Hindi seperti kebanyakan orang lain. Kes keganasan seksual ke atas wanita menjadi perhatian utama di India sejak seorang mahasiswa perubatan maut akibat dirogol beramai-ramai dalam sebuah bas bulan lalu. - AFP

Upah 3 lelaki bunuh suami



Chiang Mai: Polis menahan dan mendakwa seorang wanita yang mengupah tiga lelaki untuk membunuh suaminya pada Oktober 2011.

Nittaya Jirayanigoon, 37, serta tiga lagi tertuduh, Nattchai Puaksong, 47, Tonnarat Ratanasupa, 38, dan Sarjan Mejar Tanachai Suapraem, 52, didakwa melakukan konspirasi terhadap satu kes bunuh.


Nittaya mengakui dia membayar 200,000 baht (RM20,000) kepada mereka yang kemudian menembak suaminya, Somchai Terjaa.



Menurut Nittaya, dia menjual aset dan melabur wang suaminya ketika Somchai dipenjara atas kesalahan dadah.


Selepas suaminya dibebaskan, dia mendapat tahu mengenai perbuatan Nittiya. Dia mendera dan mengancam akan membunuhnya. Jadi, Nittiya memutuskan membunuh mangsa terlebih dahulu. - Bangkok Post

‘Saya seperti di awangan’



Alor Gajah: Seorang remaja lelaki cedera di kepala dan badan selepas motosikal Yamaha 125Z ditunggang merempuh belakang pacuan empat roda di bulatan Pengkalan, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.15 petang, Muhammad Khairil Saadon, 18, dalam perjalanan dari rumahnya di sebuah taman berdekatan ke pekan Alor Gajah.


Menurut Muhammad Khairil, ketika kejadian dia yang menunggang sendirian di belakang pacuan empat roda itu terkejut apabila kenderaan berkenaan tiba-tiba berhenti.



“Motosikal saya hilang kawalan mengakibatkan saya merempuh belakang kenderaan itu lalu tercampak ke tengah jalan.


“Sebaik tercampak, saya berasa seperti di awangan dan sakit di beberapa anggota badan,” katanya.


Menurutnya, pemandu pacuan empat roda berusia awal 40-an itu kemudian mengangkatnya ke bahu jalan.

“Tindakan pemandu pacuan empat roda itu mengangkat saya ke tepi jalan berjaya mengelak kejadian buruk,” katanya.


Sementara itu, Ketua Operasi JPAM Alor Gajah Staf Muda (PA) Shahrul Riza Saiful Bahry berkata, penunggang motosikal itu dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan.

Merangkak keluar kereta terbalik



Alor Gajah: Seorang lelaki parah apabila Proton Saga dipandu terbabit dalam kemalangan di Kilometer 225.2, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Pedas-Linggi, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 6 pagi, kereta dipandu Sadiq Sahidan, 30-an, dari Johor ke Kuala Lumpur dipercayai terbabas merempuh besi penghadang jalan dan berpusing beberapa kali sebelum terbalik dengan keempat-empat tayarnya ke atas.


Difahamkan, kejadian disedari seorang pengguna jalan raya bersama dua anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang kebetulan melalui tempat kemalangan.

Menurut anggota JPAM dikenali sebagai Musliha, 20-an, dia bersama rakannya terkejut melihat sebuah kereta dengan tayarnya ke atas di laluan paling kiri dalam keadaan berasap.


“Apabila mendekati kenderaan berkenaan, saya melihat seorang lelaki sedang merangkak keluar dari keretanya yang remuk dengan mukanya berlumuran darah selain cedera pada kedua-dua belah kakinya.


“Saya dan rakan membantunya keluar,” katanya.

Difahamkan kereta dipandu mangsa terseret 30 meter sebelum berpusing beberapa kali lalu terbalik.


Katanya, dia menghubungi pasukan perubatan untuk meminta bantuan.

“Tidak lama selepas itu, dua ambulans dari Hospital Tampin dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Alor Gajah tiba di tempat dan membawa mangsa ke hospital,” katanya.


Sementara itu, Ketua Operasi JPAM Daerah Alor Gajah Staf Muda (PA) Shahrul Riza Saiful Bahry berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 6.05 pagi.


“Setiba di lokasi, mangsa sedang dirawat dua anggota JPAM yang kebetulan berada di tempat kejadian dan mangsa dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Beri salam penumbuk



Alor Setar: “Saya membuka pintu sebaik mendengar orang memberi salam. Secara tiba-tiba lelaki itu menarik kolar baju dan menolak saya hingga jatuh lalu menumbuk muka.”

Begitu kata pesara kerajaan, Shaari Chan, 57, dari Lorong Cempaka, di sini, yang mendakwa dibelasah dua beranak dipercayai akibat dendam lama.
Akibat kejadian itu, mangsa bengkak di pipi dan mata kiri, selain luka di kepala dan lebam di dada.

Kejadian dipercayai berlaku jam 10 malam kelmarin ketika Shaari baru pulang dari menunaikan solat Isyak di masjid di Tongkang Yard, dekat sini, sebelum keluar semula beberapa minit kemudian kerana teringin makan nasi goreng.


Shaari berkata, dia keluar ke kedai makan dengan menunggang motosikal sebelum pulang untuk menikmati makanan itu.

3 rakan penjenayah jatuh hotel diburu



Kuala Lumpur: Tiga lelaki yang disyaki melakukan lebih 10 jenayah pecah rumah di sekitar Lembah Klang diburu selepas seorang rakan mereka yang berusia 46 tahun maut akibat terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel di Sri Damansara, di sini kelmarin.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, mangsa yang mengalami kecederaan parah maut di tempat kejadian.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, tiga rakan suspek yang berusia 30-an dipercayai turut berada di hotel berkenaan dapat meloloskan diri sebaik mengetahui pihak polis ke hotel itu.

Katanya, serbuan dilakukan hasil intipan dan laporan dibuat seorang guru wanita berusia 30 tahun selepas rumahnya di Taman Tayton View, Cheras dipecah masuk kumpulan itu, 31 Disember lalu.


“Hasil siasatan, polis membuat serbuan di sebuah hotel selepas mendapat maklumat kumpulan berkenaan menyembunyikan diri.


“Sebaik tiba di bilik suspek, polis memperkenalkan diri menyebabkan lelaki terbabit panik dan melarikan diri,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Beliau berkata, lelaki itu kemudian terjatuh dari tingkat tiga dan mengalami kecederaan parah.


Menurutnya, melihat kecederaan lelaki itu, polis menghubungi ambulans yang kemudian menghantarnya ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan lanjut, namun meninggal dunia.

“Kita kini memburu tiga lagi rakan suspek yang masih bebas,” katanya kumpulan itu aktif melakukan jenayah pecah rumah.


Beliau berkata, kumpulan berkenaan sering berpindah dari sebuah hotel ke sebuah hotel lain bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Syak kontraktor cuai



Shah Alam: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) membuat laporan polis berhubung kemalangan yang berlaku di tapak pembinaan sebuah rumah banglo yang runtuh di Jalan Jed Satu 7/5A, Seksyen 7, Oktober tahun.

Laporan polis berkenaan dibuat Pengarah Penguat Kuasa CIDB, Abdul Razak Husin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam kira-kira jam 10 pagi, semalam.


Abdul Razak berkata, pihaknya mengemukakan laporan itu kerana mengesyaki kemungkinan berlaku kecuaian ketika kerja mengubah suai banglo berkenaan sehingga menyebabkan kematian seorang pekerja, manakala lima lagi cedera.

Katanya, laporan itu juga dibuat kerana CIDB mengambil berat aspek keselamatan di tapak pembinaan dan tidak mahu pihak yang terbabit atau orang ramai mengambil ringan soal undang-undang dan keselamatan di tempat pembinaan. “Baru-baru ini kami sudah mendakwa Syarikat Sara Design Studio mengikut Seksyen 29 Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 kerana menjalankan kerja pengubahsuaian tanpa memegang suatu perakuan pendaftaran yang sah daripada CIDB mengikut Seksyen 25 Akta 520.


“Sepanjang 2012, pihak kami sudah mengambil tindakan disiplin terhadap kira-kira 60 kontraktor kerana tidak menjaga kebajikan pekerja seperti tidak membayar gaji,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.


Abdul Razak berkata, berdasarkan statistik Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), sebanyak 115 kes kemalangan di tapak pembinaan sudah disiasat sepanjang tempoh Januari hingga Oktober tahun lalu.

Katanya, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 58 kes membabitkan kemalangan maut, manakala 12 kes menyebabkan pekerja hilang keupayaan kekal.


“Kami tidak mahu soal keselamatan dan undang-undang di tapak pembinaan dipandang remeh oleh semua pihak termasuk syarikat kontraktor,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, polis sudah membuka kertas siasatan berdasarkan laporan mati mengejut.

Nafi rogol anak kandung


Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Ipoh selepas didakwa atas kesalahan merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap anak kandungnya, semalam. - Foto Ikhwan Munir

Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Ipoh selepas didakwa atas kesalahan merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap anak kandungnya, semalam. - Foto Ikhwan Munir
Kontraktor turut dibicara kes seks luar tabii dalam kontena

Ipoh: Seorang kontraktor didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap anak kandungnya, bulan lalu.
Lelaki berusia 36 tahun itu didakwa merogol mangsa berusia 14 tahun di dalam sebuah kontena di Persiaran Kledang Timur 1, Bandar Baru Menglembu, dekat sini, jam 1 pagi pada 24 Disember lalu.

Berdepan penjara, sebatan

Dia juga didakwa melakukan seks luar tabii terhadap anaknya itu di lokasi sama pada jam 3 pagi, 20 Disember 2012.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara antara lapan hingga 30 tahun serta boleh juga dikenakan tidak kurang 10 sebatan. Pertuduhan kedua pula boleh dihukum mengikut Seksyen 377B kanun sama iaitu penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Tertuduh mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan.
Kena jamin RM12,000

Hakim Madhiha Harullah menetapkan tertuduh dikenakan jaminan RM12,000 bersama seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan kes disebut semula pada 6 Mac ini. Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fauzi Md Yusof manakala tertuduh diwakili peguam, Mahinderjit Singh.

Jakarta banjir

Penduduk Jakarta yang terjejas akibat banjir dipindahkan ke kawasan selamat semalam. - Foto REUTERSPenduduk Jakarta yang terjejas akibat banjir dipindahkan ke kawasan selamat semalam. - Foto REUTERS Lebih 100,000 pindah, air naik hingga tiga meter

Jakarta: Hujan lebat di seluruh ibu kota ini dan Banten minggu ini menyebabkan lebih 100,000 penduduk kehilangan tempat tinggal, memutuskan beberapa jalan dan menyebabkan ribuan rumah rosak akibat ditenggelami air.
Jakarta Timur paling teruk terjejas dengan tujuh daripada 10 daerah kecil ditenggelami air dengan banjir mencapai tiga meter.


Ketua Agensi Pencegahan Bencana Nasional di Banten (BNPB), Suyadi Wiraatmadja, berkata banjir menyebabkan lebih 109,000 penduduk terpaksa dipindahkan, walaupun kebanyakannya sudah pulang selepas banjir surut.
Keadaan cuaca basah juga menyebabkan beberapa jalan seperti Jalan Jatinegara Barat, Kalibata dan jambatan Kampung Melayu Kecil banjir, yang memutuskan laluan ke kawasan di Jakarta Timur dan perbandaran berhampiran di Jakarta Selatan.

Rangkaian TransJakarta ditutup

Timbalan Datuk Bandar Jakarta Timur Husein Murad berkata semalam bahawa daerah kecil di Jatinegara, Kramat Jati dan Matraman paling teruk terjejas dengan lebih 6,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.
“Banjir juga menyebabkan rangkaian TransJakarta menutup beberapa stesen bas dan mengalih laluan di tiga daripada 10 laluannya,” katanya.

Seorang jurucakap TransJakarta, Sri Ulina Pinem, berkata tiga laluan yang ditutup adalah Koridor 1 yang menghubungkan Kalideres di Jakarta Barat dengan Harmoni di Jakarta Pusat; Koridor VII (Kampung Rambutan di Jakarta Selatan ke Kampung Melayu di Jakarta Timur) dan Koridor VIII (Harmoni ke Lebakbulus di Jakarta Timur).

“Kami berharap orang ramai memahami gangguan operasi. Kami akan menangani masalah ini secepat mungkin,” kata Sri.

Gabenor Jakarta Joko Widodo berkata pagi semalam bahawa beliau akan bertemu Naib Presiden Boediono lewat semalam bagi membincangkan antara lain masalah banjir di ibu kota ini. - AP/Agensi

Gadis dibelasah sebelum diperkosa



Kuala Lumpur: Padah mengikut teman lelaki pulang ke rumahnya di Jalan Ipoh, seorang gadis berusia 19 tahun dibelasah abang teman lelakinya dengan penyangkut baju selain kepalanya dihentak ke bucu katil sebelum dirogol lelaki berkenaan, kelmarin.

Difahamkan, abang kepada teman lelaki mangsa turut merakamkan aksi dia merogol mangsa menggunakan telefon bimbit sebelum disebarkan kepada rakannya.


Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa keluar dari rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak untuk berjumpa dengan teman lelakinya dengan menaiki teksi.

Katanya, sebaik tiba di Jalan Ipoh, teman lelakinya membawa mangsa balik ke rumah sewanya dan mereka melepak di dalam bilik.


“Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, teman lelaki mangsa keluar membeli makanan sementara mangsa menunggu di dalam bilik.


“Kesempatan itu digunakan abang kepada teman lelaki mangsa untuk masuk ke dalam bilik dengan tiba-tiba sebelum memaksa mangsa mengadakan hubungan seks dengannya,” katanya.

Beliau berkata, apabila mangsa melawan, lelaki itu bertindak ganas dengan membelasah mangsa dengan penyangkut baju dan menghentak kepalanya di bucu katil hingga separuh sedar.


“Tanpa belas kasihan, mangsa dirogol dua kali hingga pengsan.

“Keesokannya, mangsa hanya sedarkan diri hasil bantuan seorang rakan teman lelakinya yang menyimbah air pada mukanya sebelum memaklumkan abang teman lelakinya sudah menyebarkan video aksi seks mangsa dirogol kepada rakannya,” katanya.


Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang.


Jurucakap polis mengesahkan ada menerima laporan kejadian itu.

Gadai nyawa sampai tua



Kuala Lumpur: Sudah berusia 56 tahun serta berumah tangga selain mempunyai tiga anak, namun sanggup menggadai nyawa dengan menunggang motosikal di bawah pengaruh dadah dan tiada lesen.

Lelaki terbabit turut memberi alasan sakit dan perlu ‘tenaga’ untuk bekerja, ketika disoal sebaik ditahan dalam operasi bersepadu dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama beberapa agensi penguatkuasaan di Plaza Tol Sungai Besi, di sini, kelmarin.


Dalam operasi yang bermula jam 8 malam dan berakhir awal pagi semalam itu, 470 motosikal diperiksa dengan 34 daripadanya disita kerana tiada lesen memandu serta cukai jalan.



Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mohd Nadzri Osman berkata, operasi itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan menyasarkan penunggang motosikal yang kerap melakukan kesalahan berulang.


“Jumlah keseluruhan saman dikeluarkan adalah 190 kes atas pelbagai kesalahan, manakala dikenakan notis pula 156 kes dan pihak AADK turut mengesan tujuh penunggang motosikal yang berada di bawah pengaruh dadah.


“Kebanyakan kes membabitkan kesalahan tiada lesen memandu dan bagi yang tiada cukai jalan kenderaan mereka kami sita serta pesalah akan dikenakan tindakan tegas,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Gantung diri tidak tahan ancaman along



Teluk Intan: Akibat tidak tahan dengan ancaman berterusan daripada ceti haram, seorang ahli perniagaan bertindak nekad dengan menggantung dirinya di sebuah pondok berhampiran jambatan Jalan Maharajarela, di sini, kelmarin.

Mangsa yang berusia 40-an itu sempat meninggalkan sekeping surat wasiat bagi menceritakan penderitaan dialami selain meminta pihak polis melindungi keluarganya daripada gangguan along.


Kematian mangsa hanya disedari jam 9 pagi selepas mayatnya ditemui orang ramai tergantung dengan kesan jerutan pada leher di dalam pondok berkenaan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kes berkenaan sebelum segera melakukan siasatan di lokasi kejadian.


Menurutnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarganya.


“Laporan bedah siasat menunjukkan mangsa mati akibat membunuh diri tanpa membabitkan sebarang unsur jenayah. Siasatan awal mendapati mangsa meninggalkan rumah pada pagi Khamis.

“Keluarga mangsa mendakwa menemui sekeping nota tulisan tangan yang ditinggalkan mangsa di rumah mereka. Di dalam surat itu mangsa mendakwa berkenalan dengan seorang kenamaan bergelar Datuk untuk menjalankan perniagaan.


“Bagaimanapun mangsa mendakwa terpaksa membuat pinjaman wang daripada along berikutan tiada modal untuk memulakan perniagaan. Perniagaan itu bagaimanapun gagal hingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian dan berhutang dengan along,” katanya.

Menurutnya, mangsa akhirnya mengambil keputusan membunuh diri disebabkan tertekan dengan tindakan Along yang setiap hari memaksa mangsa menjelaskan hutang selain melakukan pelbagai ugutan.

Penyamun libas sabit



Kuching: Seorang tukang masak parah di bahu kiri dilibas penjenayah bersenjatakan sabit ketika cuba mempertahankan telefon bimbit daripada disamun dalam kejadian di Jalan Song Thian Cheok, awal pagi semalam.

Sebelum kejadian, mangsa berusia 23 tahun dipercayai berjalan pulang ke rumah sewa selepas habis bekerja bersama teman wanitanya sebelum didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal kira-kira jam 1.55 pagi.
Sumber berkata, kedua-dua penjenayah terbabit memakai topi keledar penutup muka penuh mendekati mangsa dan mengeluarkan sebilah sabit mengugut supaya menyerahkan telefon bimbit.

“Tindakan mangsa yang enggan menyerahkan telefon bimbit itu menyebabkan suspek naik angin lalu melibas sabit mengenai bahu kiri mangsa. Pada masa sama, penjenayah terbabit turut merentap rantai perak di leher mangsa.


“Penjenayah terbabit kemudian mendesak supaya menyerah telefon bimbit, namun gagal apabila teman wanitanya menjerit meminta pertolongan yang menarik perhatian beberapa orang awam di kawasan berhampiran,” katanya.

Mayat awak-awak ditemui



Kangar: Tanda tanya kehilangan seorang awak-awak warga Thailand selama kira-kira 12 jam akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui terapung kira-kira lima batu nautika di perairan Kuala Perlis, dekat sini, kelmarin.

Mayat mangsa dikenali sebagai Ah Ba berusia 44 tahun ditemui sekumpulan nelayan yang sedang menangkap ikan sebelum memaklumkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), bagi membawanya ke darat.


Pengusaha bot, Iskandar Abd Hamid, 55, berkata, mangsa dipercayai terjatuh sekitar jam 4.30 pagi, namun usaha mencari hanya dilakukan selepas menyedari kehilangannya kira-kira dua jam kemudian.

Menurutnya, ketika itu, beberapa awak-awak lain sedang melakukan kerja pemunggahan ikan, namun kelibat mangsa masih tidak muncul menyebabkan timbul tanda tanya.


“Dia mungkin tergelincir jatuh ke dalam laut pada waktu awal pagi,” katanya.

Buruh ceroboh bilik bekas awek dijel



Kuantan: Gara-gara menceroboh bilik tidur bekas teman wanitanya, seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Nurunaim Abdullah menjatuhkan hukuman itu selepas Mohamed Haniffah Ismail, 27, dari Sungai Lembing, mengaku bersalah.


Dia didakwa melakukan pecah rumah dengan memasuki bilik tidur wanita di sebuah rumah di Jalan Air Putih 3, Air Putih, pada 5 April 2011, antara jam 12.30 tengah malam hingga 6 pagi dan 6 April 2011 jam 12.30 tengah malam.



Mohamed Haniffah didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.


Berdasarkan fakta kes, pada 5 April 2011, pengadu yang tidur dalam biliknya terjaga apabila mendengar bunyi seperti ada orang masuk sebelum melihat tertuduh berada di dalam bilik.


Pengadu yang juga bekas teman wanita tertuduh cuba untuk keluar dari bilik itu namun dihalang tertuduh dan diugut jangan memaklumkan perkara itu kepada keluarganya sambil memegang sebotol cecair dipercayai asid. Tertuduh keluar dari bilik menerusi tingkap yang sudah dipotong palang besi serta dicabut cerminnya jam 6 pagi.

Sehari selepas itu, tertuduh sekali lagi menceroboh bilik pengadu menerusi tingkap sama jam 12.30 tengah malam, tetapi melarikan diri beberapa minit kemudian selepas mendengar jeritan seseorang dari luar rumah.


Pada 3 Ogos tahun lalu, tertuduh ditangkap di rumahnya di Sungai Lembing.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ungku Alfiati Zabedah Ungku Ismail manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tak serik stor gas diserbu



Kuala Lumpur: Tidak serik apabila pemilik sebuah stor yang dipercayai menjalankan kegiatan pemindahan gas petroleum cecair (LPG) tanpa lesen yang diserbu kira-kira empat tahun lalu masih beroperasi di lokasi sama.

Bukan itu saja, pemilik stor yang terletak berhampiran Stesen Komuter Segambut itu juga sudah diberikan notis merobohkan premis berkenaan daripada pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dipercayai pemilik tanah berkenaan pada Ogos tahun lalu, namun tidak diendahkan.


Dalam serbuan jam 4.30 petang semalam, seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun dan rakannya warga Myanmar berusia 28 tahun ditahan ketika sedang memindahkan gas domestik bersubsidi ke dalam tong gas industri.

Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor Othman Nawang berkata, pihaknya melakukan risikan sejak dua minggu lalu bagi mengesan pergerakan sindiket berkenaan dan pihaknya percaya kedua-dua lelaki yang ditahan itu adalah pekerja.


“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi menjejaki dalang atau pemilik stor ini selain mengenal pasti individu atau syarikat yang membekalkan gas industri domestik bersubsidi kepada mereka,” katanya.


Beliau berkata, dalam serbuan itu, pihaknya merampas 602 tong gas domestik bersubsidi 14 kilogram dan 70 tong gas industri 50 kilogram setong yang bernilai lebih RM70,000.

Perangai liar macam ibu

Foto
SAFIAH (tengah) bersama dua daripada anaknya mengakui sukar meninggalkan tabiat buruk.

Johor Bahru: Tiga beradik menjadikan pusat hiburan di sekitar bandar raya ini umpama rumah kedua sejak beberapa tahun lalu berpunca daripada pengaruh negatif ibu mereka berusia 47 tahun yang sehingga kini masih terus mengunjungi pusat hiburan terbabit.

Pada masa sama, tiga beradik terbabit turut membawa pulang kekasih masing-masing ke rumah keluarga di Skudai di sini, malah ibu mereka juga tidak mahu kalah dan turut melakukan perkara sama.

Sejak beberapa tahun lalu, kediaman keluarga berkenaan umpama hotel murah dengan lelaki serta wanita keluar masuk khasnya menjelang awal pagi.

Perkara terbabit diakui ibu kepada tiga beradik berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Safiah.





Ketika ditemui, Safiah berkata, dia menganggap berhibur di pusat hiburan selain membawa kekasih pulang ke rumah sebagai hiburan semata-mata.

Pegawai daerah didakwa cabul wanita



BUKIT MERTAJAM: Seorang pegawai daerah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita, tiga tahun lepas.

Roslan Yahaya, 51, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan wanita berumur 29 tahun itu di dalam pejabat pegawai daerah, Pejabat Daerah dan Tanah, Jalan Betek, Sungai Rambai, di sini antara 11 pagi dan 1.10 tengah hari, 26 April 2010.
Dia didakawa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana antara dua, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Amir Hamdzah Othman menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin, bagaimanapun peguam Anthony Samy yang mewakili Roslan memohon jaminan dikurangkan.


Amir Hamdzah turut memohon mahkamah memerintahkan tertuduh supaya tidak mengganggu saksi kes tersebut.


Majistret Chiang Kian Hong membenarkan Roslan diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Feb depan untuk sebutan semula kes.

Roslan membayar wang jaminan itu. - Bernama

Wanita menyamar polis nafi tipu kontraktor



Petaling Jaya: Seorang wanita berperwatakan lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan cuba menipu seorang kontraktor dengan menyamar sebagai pegawai polis interpol, awal bulan ini.

Sharine Henry Jude, 22, dari Sabah bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret K B Elena Hong Tze.


Mengikut pertuduhan, Sharine didakwa cuba menipu K Sivam, 38, dengan menyamar sebagai pegawai polis interpol Polis Diraja Malaysia (PDRM) cawangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Shah Alam dengan menawarkan kontrak membuat pendawaian bernilai RM1.8 juta yang tidak wujud di Pejabat Polis Seksyen 9, Shah Alam.



Tertuduh didakwa meminta RM2,000 daripada mangsa bagi proses dokumentasi mendapatkan projek berkenaan.


Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai makan One Corner, Sunway Pyramid, Subang Jaya dekat sini, jam 11.30 malam pada 7 Januari 2013.

Mewah cara haram



Georgetown: Rahsia kemewahan hidup dikecapi seorang nelayan dengan pendapatan mencecah RM1,500 sehari terbongkar apabila dia sebenarnya terbabit dalam kegiatan menjual air ketum.

Kegiatan lelaki berusia 24 tahun dikesan apabila sepasukan anggota Polis Marin menyerbu pondok tempat dia memproses air ketum di perkampungan nelayan Sungai Batu, Teluk Kumbar, di sini, kelmarin.


Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Batu Uban Asisten Komisioner Mohd Yusof Abdullah berkata, ketika serbuan di sebuah bangsal tidak bernombor kira-kira jam 2.30 petang itu, lelaki terbabit leka memasak air ketum.



“Kami bertindak hasil maklumat orang awam dan juga risikan di kawasan itu dan ketika serbuan suspek tidak dapat melarikan diri kerana kawasan sudah dikepung.


“Hasil serbuan itu, kami berjaya merampas 300 peket plastik berisi cecair daun ketum berjumlah 500 mililiter (ml) isi padu setiap sepeket dan 13 bungkus plastik hitam berisi daun ketum kering bersama peralatan memproses iaitu periuk besar, penimbang, tong dan dapur gas,” katanya.


Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati suspek positif dadah jenis ketamin dan mempunyai rekod lampau kes menjual air ketum.

“Hasil siasatan juga mendapati suspek mengambil bekalan daun ketum itu dari Kedah dan menjualnya untuk penduduk tempatan sekitar Sungai Batu, Teluk Kumbar, Permatang Damar Laut dan Batu Maung,” katanya.


Menurutnya, nilai semua bekalan daun ketum yang dirampas itu dianggarkan RM8,000 dan suspek menjadikan bangsal terbabit untuk memproses daun ketum sebelum dijual kepada pelanggannya dengan harga antara RM5 hingga RM7 sepeket.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara empat tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Pencinta alam parah disondol badak



Johannesburg: Seorang pencinta alam disondol di belakang oleh seekor badak sumbu ketika dia bergambar di sebuah taman negara.

Chantal Bever diberitahu oleh seorang pekerja supaya berdiri lebih dekat dengan haiwan berkenaan ketika dia bersiap untuk bergambar bersama-sama suaminya.


Pasangan itu berada di taman itu bersama beberapa rakan apabila mereka keluar dari jip untuk bergambar.



Pekerja taman itu yang dikenali sebagai Alex Richter, dikatakan mendesak pasangan berkenaan berdiri lebih dekat untuk mengambil gambar yang lebih baik.


Akhbar, The Beeld melaporkan, Richter memberitahu pengunjung itu bahawa adalah selamat untuk mendekati badak berkenaan dan menawar diri untuk merakam gambar itu.


Tetapi, beberapa saat selepas pasangan itu senyum untuk gambar mereka diambil, Chantal disondol. Wanita berusia 24 tahun itu cedera di paru-paru akibat serangan itu yang turut menyebabkan beberapa tulang serangkanya patah.

Chantal seorang pelajar dari Johannesburg, Afrika Selatan masih di hospital dan keadaannya dikatakan stabil. - The Sun

Dua `mamasan’ ditahan



Bangkok: Beberapa remaja perempuan bawah umur ditahan dan dua ‘mamasan’ (ibu ayam) diberkas atas tuduhan terbabit dengan pelacuran kanak-kanak.

Ketua Polis Bangkok Leftenan Jeneral Kamronwit Thupkrachang mengumumkan penahanan itu di ibu pejabat polis Metropolitan Bangkok, semalam.


Polis menerima maklumat bahawa sekumpulan sindiket menjalankan kegiatan pelacuran kanak-kanak beroperasi di daerah Thung Kru sebelum mereka membentuk pasukan dan menjerat mamasan terbabit.



Polis menahan Nok Thonglek, 23, dan seorang lagi mamasan yang tidak dikenal pasti identitinya. Sembilan remaja perempuan yang turut ditahan berusia antara 14 hingga 16 tahun dengan semuanya adalah warga tempatan.


Nok mengakui bertindak sebagai ibu ayam bagi membantu remaja terbabit berhubungan dengan pelanggan.


Dia memberitahu polis, remaja terbabit memperoleh 1,500 baht (RM150) untuk setiap perkhidmatan. Dia dan seorang lagi mamasan mendapat komisyen 500 baht (RM50) daripada remaja berkenaan.

Polis berkata, mereka yang melanggan remaja terbabit juga akan ditahan. - Bangkok Post

‘Kiamat’ dalam kilang



Hulu Terengganu: “Saya nampak Azmi menggelupur kesakitan manakala Pramod sudah tidak bergerak dan badannya berasap,” kata Burhanuddin Atur Ali, 35, menceritakan kejadian letupan di Kilang Vila Sutera Sdn Bhd di Kampung FELCRA Bukit Kapah, Hulu Terengganu, malam kelmarin.

Pekerja warga Bangladesh itu berkata, ketika kejadian dia sedang memunggah buah sawit kira-kira 10 meter dari tujuh rakannya yang sibuk memasukkan buah sawit ke dalam jentera penyuci hama buah sawit sebelum ia meletup pada jam 7.50 malam.

Akibat letupan itu, empat daripada pekerja terbabit terbunuh iaitu penyelia kilang, Azmi Abdullah, 47; Mohd Razlan Mokhtar, 25, serta dua pekerja Nepal, Sanjib Kumar Pasman, 26, dan Pramod Kumar Ray, 30.

Azmi dari Kampung Padang Tengir, Manir, Kuala Terengganu dan Pramod mati di tempat kejadian, Sanjib mati di Hospital Hulu Terengganu (HHT) manakala Mohd Razlan yang juga penduduk Kampung FELCRA Bukit Kapah, meninggal di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.


Foto

Tiga lagi pekerja hanya cedera ringan iaitu dua rakyat Bangladesh dikenali sebagai Ahmmed Ali, 39, dan Rezuyan Morom Ali, 45, serta seorang warga Nepal, Sabad Yadav, 44. Mereka dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan di HHT, semalam.

Foto
SALMIAH (kiri) dan anak perempuannya menunggu jenazah Mohd Razlan.

Foto
KILANG Vila Sutera yang meletup.

Foto
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa letupan di kilang proses sawit.
hmetro

Doktor ‘amuk’ 7 kali ditahan

Foto
Add caPASANGAN terbabit ditahan, kelmarin.ption


Subang Jaya: Berang anaknya ditukar ke kelas lain, sepasang suami isteri masing-masing berusia 40 dan 35 tahun yang juga doktor ‘mengamuk’ di Balai Polis Subang Jaya, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, pasangan terbabit turut dilapor memaki hamun dan mengugut pegawai serta anggota polis menyebabkan suasana di balai polis berkenaan kecoh.



Berikutan itu, pasangan terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, pasangan sama dilaporkan pernah ‘mengamuk’ di sekolah anaknya lebih enam kali sejak 2010 namun berjaya ditenangkan dengan kehadiran polis.




Bagaimanapun, dalam kejadian kelmarin, polis tidak lagi mampu bertolak ansur dengan pasangan terbabit yang bukan saja memaki hamun sebaliknya mencabar serta mengugut pegawai serta anggota polis di balai polis berkenaan.

‘Ingatkan sampah’



Kota Kinabalu: “Pada mulanya, saya ingatkan sampah lalu mengangkat bekas plastik yang berisi beg plastik berwarna hitam itu kemudian membuang ke dalam tong sampah, namun pelik apabila bekas plastik itu agak berat.

“Saya kemudian mengambil semula bekas plastik itu dan sebaik membuka, saya terkejut apabila melihat kaki manusia yang baru dilahirkan,” kata Rosnie Suli, 57, yang menemui janin cukup sifat di tempat pembuangan sampah di kawasan Kompleks Api-Api Centre, di sini, semalam.



Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Rosnie dikatakan sedang membuang sampah di tempat pembuangan dan terkejut melihat bekas plastik mengandungi janin di dalam tong sampah kecil yang dibungkus dengan beg plastik berwarna hitam.

Rosnie yang bekerja sebagai tukang bersih di kompleks berkenaan berkata, ketika kejadian dia bersama seorang lagi rakan sedang menjalankan kerja membuang sampah di tempat pembuangan sampah terbabit.

Foto
ANGGOTA forensik menjalankan siasatan pada tong sampah kecil di tempat pembuangan sampah.
Foto

“Saya mengangkat bekas plastik itu di dalam tong sampah kecil lalu membuang ke tong sampah besar di tempat pembuangan sampah. Namun, saya agak curiga kerana bekas berkenaan agak berat.

Sembilan pelacur, ibu ayam ditahan


Sembilan pelacur, ibu ayam ditahan
Pelacur warga asing yang ditahan kerana tidak mempunyai dokumen sah serta menjalankan aktiviti pelacuran
KUALA LUMPUR – Sembilan pelacur warga asing, termasuk ibu ayam, ditahan dalam operasi di tiga hotel berasingan di Jalan Bukit Bintang, awal pagi kelmarin.

Operasi yang dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Bukit Aman yang diketuai Inspektor Muhammad Mohd Jais berjaya menahan tujuah pelacur warga Uzbekistan dan dua warga China yang berpeleseran di kaki lima dipercayai sedang mencari pelanggan.

Jurucakap polis berkata, semua pelacur yang ditahan berusia 30 hingga 40 tahun itu menggunakan taktik memujuk lelaki yang melalui jalan tersebut.

Menurutnya, ibu ayam warga Uzbekistan yang ditahan itu turut membantu mencari pelanggan dan mengendalikan hotel bajet berdekatan.

“Mereka ini mencari pelanggan tidak mengira waktu dan menyasarkan pelancong asing untuk membayar perkhidmatan mereka.

“Dipercayai bayaran yang dikenakan sekitar RM100 bagi perkhidmatan seks yang diberikan, manakala bayaran hotel ditanggung pelanggan,” katanya.

Menurutnya, hanya seorang pelacur asing yang mengemukakan pas lawatan sosial dan semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

Kerani putih mata RM500 lesap dalam dompet


Kerani putih mata RM500 lesap dalam dompet
Muhamad Yusdiman menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Beserah.
KUANTAN – Seorang kerani berputih mata apabila wang sebanyak RM500 miliknya dikebas gara-gara tertinggal dompet di kaunter pembayaran di sebuah pasar raya di sini, kelmarin.

Muhamad Yusdiman Muhamad Yusof, 27, dikatakan terlupa mengambil dompetnya sebelum kembali semula ke kaunter berkenaan 10 minit kemudian.

"Saya ke pasar raya itu bersama anak untuk membeli susu, ketika membuat pembayaran barangan yang dibeli saya terlupa mengambil dompet yang diletakkan di kaunter pembayaran.

“Ketika itu ada tiga atau empat pelanggan lain yang beratur di belakang saya dan saya terlupa untuk mengambil semula dompet diletak di atas meja kaunter,” katanya memberitahu kejadian berlaku pada jam 8 malam.

Lebih kurang 10 minit kemudian Muhamad Yusdiman bergegas ke kaunter tersebut setelah teringat yang dompetnya tertinggal, bagaimanapun dia hampa kerana dompet itu sudah tiada.

“Selain wang, di dalam dompet itu juga mengandungi kad pengenalan, kad perkahwinan, lesen memandu, kad ATM dan beberapa lagi dokumen penting,” katanya.

Muhamad Yusdiman yang tinggal di Taman Balok Permai berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di pasar raya itu kelihatan dompetnya diambil seorang wanita.

“Saya percaya wanita itu juga salah seorang pelanggan yang beratur di belakang saya ketika membuat pembayaran," katanya kepada Sinar Harian.

Sehubungan itu Muhamad Yusdiman membuat laporan di Balai Polis Beserah dan berharap tindakan sewajarnya dapat diambil ke atas pencuri.

6,000 liter diesel dirampas



6,000 liter diesel dirampas
Farah Adlina (kanan) bersama beberapa pegawainya ketika menunjukkan satu saluran taip ke tangki minyak yang telah diubah suai.
6,000 liter diesel dirampas
Tangki yang ditutup menggunakan kanvas bertujuan bagi mengelak daripada disyaki pihak berkuasa.
TAIPING – Cubaan pemandu lori membawa muatan minyak diesel bersubsidi melarikan diri gagal setelah dikejar anggota Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Taiping, 14 Januari lalu.

Ketua Cawangannya, Farah Adlina Ropaie berkata, rampasan sebanyak 6,000 liter minyak diesel bersubsidi itu dibuat kira-kira jam 9 malam, oleh sepasukan anggota PPDNKK diketuai Pembantu Penguatkuasa, Ahmad Zakhiri Mohd dalam operasi membanteras penyelewengan minyak diesel.

"Dalam operasi ini seorang pemandu lori berusia lingkungan 30-an berjaya ditahan di Jalan Teluk Kertang, Kuala Sepetang.

“Malah pemandu ini cuba melarikan diri dan anggota kami terpaksa mengejar sejauh dua kilometer sebelum pemandu ini berhenti di bahu jalan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini semalam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan, tangki lori itu telah diubahsuai dan sejumlah minyak diesel sebanyak 6,000 liter ditemui.

“Rampasan minyak diesel ini dianggarkan RM16,200, dan nilai rampasan keseluruhan bagi kes ini adalah sebanyak RM20,000,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Buat masa ini pemandu lori berkenaan ditahan untuk membantu siasatan.

"Sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau tiga tahun penjara," katanya.

Menurutnya, pemandu lori berkenaan berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan sehingga kini masih tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Di samping itu, kita juga yakin bahawa minyak diesel berkenaan adalah untuk dijual kepada pihak industri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Farah Adlina berkata, sehingga semalam, sebanyak 21 kes direkodkan PPDNKK Cawangan Taiping.

Tambahnya, dalam masa sama, diharapkan orang ramai dapat memberikan maklumat berhubung kes-kes penyelewengan minyak diesel dan lain-lain kes berkaitan dengan PPDNKK Cawangan Taiping.

“Kegiatan seumpama ini sebenarnya amat merugikan pihak kerajaan dan kita akan terus meningkatkan usaha membanteras penyelewengan sehingga ke akar umbi,” katanya.

Tak mengaku bakar rumah



Muhammad Heshamfahmi
Muhammad Heshamfahmi mengaku tidak bersalah membakar rumah dan melakukan ugutan jenayah terhadap bapanya di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.
Keratan akhbar Sinar Harian 3 Januari lalu.
Keratan akhbar Sinar Harian 3 Januari lalu.
KUALA TERENGGANU - Berang permintaannya untuk mendapatkan wang tidak dilayan bapa, seorang pemuda bertindak mengugut dan membakar rumah keluarganya dalam satu kejadian di Kampung Maras, Batu Rakit, di sini, 1 Januari lalu.

Bagaimanapun, Muhammad Heshamfahmi Dilah, 25, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Tertuduh berdepan dengan dua pertuduhan iaitu mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak membinasakan rumah dan sebagainya serta Seksyen 503 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Mengikut pertuduhan pertama, dia mengaku tidak bersalah melakukan khianat menggunakan bahan api bertujuan memusnahkan rumah yang dijadikan tempat kediaman di Kampung Maras, Batu Rakit, di sini, kira-kira jam 11.45 malam, pada 1 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, Muhammad Heshamfahmi berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika disabitkan kesalahan.

Selain itu, anak ketiga daripada enam beradik itu turut mengaku tidak bersalah bagi dakwaan mengugut membakar kereta dan rumah keluarganya dengan niat hendak menyebabkan rasa bimbang terhadap bapanya, Dilah Muhamad, 55, di lokasi sama, kira-kira jam 10.37 malam, hari sama.

Bagi dakwaan itu, Muhammad Heshamfahmi berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan tidak bersalah kedua-dua pertuduhan direkodkan, Hakim Datuk Zainal Abidin Kamaruddin menetapkan 28 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi lantikan peguam.

Disebabkan bimbang keselamatan keluarga, mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap Muhammad Heshamfahmi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud @ Mamat.

Sinar Harian keluaran 3 Januari lalu melaporkan, seorang pemuda dipercayai telah bertindak membakar rumah ibu bapanya akibat tidak puas hati kerana tidak mendapat wang dimintanya.

Kecurian busher punca gangguan elektrik



Kecurian busher punca gangguan
Zulkifli (kanan) dan Ismai (dua, kanan) beramah mesra dengan pelanggan yang hadir pada Program TNB Bersama Pelanggan di Ibu Pejabat TNB Negeri, semalam.
KOTA BHARU - Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan kesal dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab mencuri busher milik mereka sehingga menyebabkan berlaku gangguan elektrik di Jajahan Pasir Mas.

Pengurus Besarnya, Datuk Zulkifli Ab Rahman berkata, pihaknya turut mengalami kerugian kira-kira RM18,000 sepanjang tempoh enam hari bermula 6 hingga 12 Januari lalu.

“Kecurian busher tersebut melibatkan enam pencawang di jajahan Pasir Mas yang menyebabkan berlakunya gangguan di Kampung Bechah, Tal Tujuh, Jambatan Tendong, Hutan Pasir dan beberapa kawasan lagi,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Program TNB Bersama Pelanggan di Ibu Pejabat TNB Negeri di sini.

Hadri merasmikan majlis, Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Bahagian Pembahagiannya, Ismail Mohd Din.

Menurutnya, TNB memandang serius berhubung perkara tersebut dan jika ditangkap, mereka yang terlibat bukan sahaja salah di sisi undang-undang malah terdedah dengan bahaya.

Beliau berkata, sebelum ini ada yang meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri bahan tersebut.

Zulkifli berkata, kecurian tersebut bukan sahaja menyebabkan berlakunya gangguan, tetapi dalam masa sama boleh merosakkan barangan elektrik akibat voltan berlebihan.

“Saya memohon kerjasama orang ramai untuk menjadi mata dan telinga bagi menyalurkan maklumat bagi membantu mengurangkan kejadian ini,” katanya.

Beliau berkata, apabila wujudnya kerjasama itu ia akan memudahkan pihak mereka untuk membanteras gejala yang tidak sihat itu dengan melaporkan perkara tersebut kepada polis.

Katanya, pihak TNB juga akan menyediakan sedikit saguhati kepada pemberi maklumat sebagai menghargai sumbangan yang diberikan.

“Hanya dengan cara ini kami dapat mengatasi masalah yang melibatkan pengguna TNB ini,” katanya.

Peniaga kedai makan bengang



Peniaga kedai makan bengang
Sagar menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Jasin.
JASIN - Seorang peniaga kedai makan bukan Islam di Bandar Jasin, di sini, kesal kerana Jabatan Agama Islam (Jaim) didakwa tidak membenarkannya menjual makanan kepada orang Islam ketika Operasi Bersepadu Penggunaan Logo Halal Bagi Restoran Mamak, kelmarin.

Peniaga berkenaan, P.Sagar, 51 berkata, sejak memulakan perniagaan 12 tahun lalu, ini pertama kali dia menerima teguran larangan untuk tidak membenarkan pelanggan beragama Islam membeli makanan di kedainya.

Menurutnya, lebih kurang 40 peratus pelanggannya adalah orang Islam dan melalui perniagaan makanan itu dia menyara keluarga termasuk tiga anaknya yang masih bersekolah.

“Mereka datang dan beritahu saya tak boleh jual makanan dengan orang Islam, kalau nak jual pun hanya gula-gula serta air tin sahaja.

“Sebagai peniaga saya tidak boleh menghalang siapa pun pelanggan saya sama ada Islam mahupun sebaliknya dan saya memang tidak berpuas hati serta terkilan dengan perbuatan pegawai dari jabatan itu,” katanya.

Sagar berkata, sebelum ini dia pernah memohon untuk mendapatkan logo persijilan halal namun disebabkan proses yang terlalu rumit, dia terpaksa membatalkan niatnya itu.

“Selepas insiden itu saya akan berusaha juga mendapatkan logo halal biarpun terpaksa berdepan dengan pelbagai prosedur supaya kejadian seperti ini tidak berulang lagi kepada saya demi menjaga periuk nasi dan imej kedai,” katanya yang membuat laporan polis berhubung ketidakpuasan hati terhadap pegawai Jaim.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Rahimin Bani, berkata, apa yang berlaku disebabkan salah faham dan berharap perkara itu tidak dipanjangkan atau disalah tafsirkan.

Menurutnya, pihaknya tidak mempunyai bidang kuasa untuk menghalang peniaga bukan Islam menjual makanan atau minuman kepada orang Islam.

"Memandangkan kedai berkenaan didatangi pelanggan Islam, disarankan pemilik kedai mendapatkan sijil halal bagi memberi jaminan sekali gus memastikan hidangan disajikan tidak menimbulkan keraguan terutama kepada pelanggan Islam.

“Hanya salah faham dan terpulang kepada orang Islam untuk pergi ke kedai mana termasuk bukan Islam namun, peniaga perlu mementingkan sijil halal dan kita tidak pernah menghalang, " katanya.

Rahimin berkata, disebabkan itu pihaknya menekankan supaya peniaga bukan Islam mendapatkan sijil halal dan sijil itu bukan hanya untuk pelanggan Islam sahaja,  tetapi ia juga dapat menarik lebih ramai pelanggan ke kedai mereka.

Terpaksa sembunyi, beruk liar mengamuk



Terpaksa sembunyi, beruk liar mengamuk
Anggota JPAM terpaksa memujuk beruk betina berkenaan.
ALOR GAJAH - Dua keluarga terpaksa bersembunyi dalam rumah lebih dua jam selepas seekor beruk liar mengamuk di atas bumbung rumah di Kampung Lekok, Masjid Tanah, di sini, petang kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 3 petang itu disedari seorang ahli keluarga berkenaan, Zainudin Hussin, 43, ketika pulang dari kerja di sebuah kem di Ayer Keroh apabila melihat beruk betina berkenaan bertenggek atas bumbung.

Zainudin berkata, selepas melihat beruk betina dewasa itu menyeringai dia segera memberhentikan motosikalnya dan masuk ke dalam rumah kerana bimbang diserang haiwan liar itu.

“Sebaik menyedari beruk berkenaan di atas bumbung, saya terus masuk ke dalam rumah dan memaklumkan kepada adik ipar saya, Norazmi mat kassim (38), supaya jangan ada ahli keluarga yang keluar kerana bimbang diserang.

“Beberapa minit kemudian saya mendapati beberapa biji telur ayam yang berada di belakang rumah dipecahkan beruk betina itu yang kemudiannya naik semula ke bumbung,” katanya.

Zainudin berkata, dia memberanikan diri cuba mengusir beruk itu supaya turun semula dari bumbung rumah namun gagal apabila beruk berkenaan terus bertenggek walaupun sudah diberi makanan.

“Saya cuba mengumpan beruk betina itu dengan pisang namun, tidak diendahkan.

“Saya segera menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) untuk bantuan kerana bimbang ia akan mencederakan kanak-kanak di luar rumah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Skuad JPAM Alor Gajah, Saiful Nazmi Said berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.30 petang daripada penghuni rumah berkenaan sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama tiga anggota lain.

“Setiba di tempat kejadian mendapati beruk berkenaan sedang bertenggek di atas bumbung sambil merenung ke arah orang yang berada di sekelilingnya dan cuba menyergah kerana merasakan dirinya sedang diancam.

“Dua anggota terpaksa memanjat bumbung rumah berkenaan dan mendekati beruk itu sambil cuba memberikan pisang.

“Kami mengambil masa 10 minit untuk pujuk beruk betina itu dan berjaya ditangkap sebelum dilepaskan ke satu kawasan,” katanya.

Susulan kilang letup: Mangsa tertimbus tandan kelapa sawit



 Susulan kilang letup: Mangsa tertimbus tandan kelapa sawit
Pihak berkuasa mendapatkan maklumat daripada pengurusan kilang.
 Susulan kilang letup: Mangsa tertimbus tandan kelapa sawit
Mayat Pramod Kumar Ray dan Azmi sebelum dibawa ke Hospital Hulu Terengganu.
 Susulan kilang letup: Mangsa tertimbus tandan kelapa sawit
Bahagian bumbung turut rosak akibat letupan.
HULU TERENGGANU – Empat pekerja kilang memproses kelapa sawit di Felcra Bukit Kapah, di sini maut manakala tiga lagi cedera apabila bahagian memasak buah sawit di kilang tersebut tiba-tiba meletup kira-kira jam 7.45 malam semalam.

Mangsa yang terbunuh adalah penyelia kilang terbabit Azmi Abdullah, 47, Mohd Razlan Mokhtar, 25 dan dua pekerja warganegara Nepal iaitu Pramod Kumar Ray, 40, dan Sanjib Kumar Pasman, 26.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim berkata, Azmi dan Pramod Kumar meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah manakala Sanjib Kumar dipercayai mati ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Mohd Razlan yang kritikal apabila 90 peratus anggota badannya terbakar dan melecur pula disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.30 pagi tadi (semalam) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),” katanya, semalam.

Katanya, tiga pekerja cedera ringan iaitu seorang warga negara Nepal dan dua Bangladesh dibenarkan keluar hospital tengah hari semalam.

Beliau berkata, ketika kejadian, semua mangsa sedang melakukan kerja dan letupan berpunca daripada mesin pengukus buah kelapa sawit.

“Bagaimanapun, kita masih lagi menjalankan siasatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, PBK I Mohd Zazuli Badru yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat  berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.54 malam dan bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan 11 anggota.

Mohd Zazuli berkata, operasi mencari dan menyelamat bermula jam 8.14 malam dan berakhir jam 10.30 malam itu berjalan lancar dengan kerjasama baik daripada pelbagai pihak termasuk polis serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

“Mangsa pertama berjaya ditemui ialah penyelia kilang iaitu Azmi jam 8.30 malam yang sebahagian badannya tertimbus tandan kelapa sawit. Manakala, mangsa kedua iaitu Pramod Kumar pada jam 9.19 malam yang keseluruhannya tertimbus.

“Pemerhatian awal mendapati kesan letupan hanya berada di situ sahaja (lokasi mesin) dan tidak merebak ke tempat lain. Namun, ia menyebabkan bumbung bangunan turut pecah serta tandan sawit bertaburan,” katanya.

Jurutera warga Iran digantung sampai mati



SHAH ALAM - Seorang jurutera warga Iran dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam, kerana mengedar 969.3 gram methamphetamine, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Rahim Uda memutuskan demikian selepas mendapati Shahriar Ghaed Rashid bersalah dan gagal menyangkal kes pendakwaan.

Menurutnya, keterangan Shahriar ketika di peringkat bela diri adalah satu penafian semata-mata dan tidak boleh diterima oleh mahkamah.

Shahriar, 38, bersalah mengedar methamphetamine di kawasan tuntutan bagasi balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, jam 8.10 pagi, 19 November 2010.

Terima tetamu tak diundang



Terima tetamu tak diundang
Keadaan rumah pasangan cikgu berselerak selepas dipecah masuk semalam.
TANJONG KARANG - Seorang guru sekolah menengah, di sini tidak menyangka kelibat tiga remaja yang tergesa-gesa keluar dari belakang rumahnya rupa-rupanya tetamu tidak diundang.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 1.45 petang semalam itu, tiga remaja keluar dari pintu dapur sambil menyorong dua motosikal dalam keadaan mencurigakan sebaik sahaja menyedari kehadiran guru terbabit.

Suami mangsa, Mohd Zamri Kahar, 44,  berkata, pada awalnya isterinya, Nazura Abdan, 42, tidak mengesyaki apa-apa dan terus parkir kereta sebelum masuk ke dalam rumah.

“Namun, sebaik sahaja membuka pintu utama, isteri sangat terkejut melihat segala barangan di ruang tamu dan bilik berselerak manakala pintu belakang mempunyai kesan umpil.

“Dalam keadaan cemas dan bingung, dia segera menghubungi saya yang ketika itu dalam perjalanan ke tempat kerja. Saya segera menghubungi pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

Mohd Zamri berkata, menjadi rutin harian isteri untuk pulang ke rumah pada jam 1.45 petang selepas selesai urusan sekolah dan menghantar anaknya ke sekolah agama.

“Saya tidak menyangka akan menjadi mangsa kes pecah rumah memandangkan sebelum ini, kejadian sama turut berlaku di kawasan ini Sabtu lalu yang membabitkan kerugian ribuan ringgit.

“Bagaimanapun, saya mendapati hanya komputer riba dan wang tunai yang ditinggalkan di dalam rumah dilarikan dan berharap pihak berkuasa dapat menangkap suspek terbabit.

“Saya juga mahu menyarankan kepada orang ramai supaya mempertingkatkan tahap keselamatan dalam dan luar rumah bagi menggelakkan kejadian sama berulang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Muhd Taib Ahmad mengesahkan pihaknya menerima laporan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan manakala saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan.