Search This Blog

Sunday, January 13, 2013

Tanah runtuh 42 maut



Pasukan penyelamat mengangkat mayat seorang penduduk yang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di daerah Zhenxiong, wilayah Yunnan, semalam. - REUTERS
BEIJING 11 Jan. - Sekurang-kurangnya 42 orang terkorban dan lebih 10 orang yang lain terperangkap dalam satu tragedi tanah runtuh di barat daya negara ini, semalam.
Kejadian tanah runtuh itu berlaku di Kampung Gaopo di selatan wilayah Yunnan dan menyebabkan 16 buah rumah musnah, kata kerajaan wilayah itu menerusi laman web.
Setakat ini, jumlah yang terkorban dalam tragedi adalah 42 orang termasuk tujuh daripada sebuah keluarga, manakala antara 20 dan 30 orang lagi masih terperangkap dalam kejadian tersebut.
Satu tayangan video yang dikeluarkan oleh rangkaian sosial negara ini memaparkan sekumpulan penduduk kampung sedang menggali lumpur tebal untuk mengeluarkan mangsa yang tertimbus.
Wilayah Yunnan, terletak bersempadan dengan Myanmar dan Laos, merupakan satu daripada kawasan yang miskin di China.
Kawasan pergunungan tersebut mudah terdedah kepada tragedi tanah runtuh.
Satu gempa bumi berlaku di kawasan kediaman itu menyebabkan 18 orang terkorban, manakala dua gempa bumi di Yunnan pada September lalu mengorbankan 81 penduduk, manakala beratus-ratus yang lain cedera. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130112/lu_03/Tanah-runtuh-42-maut#ixzz2HoJhgT9X
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ibu terkejut anak suspek kes rogol



Seorang wanita menjerit ke arah polis semasa menyertai tunjuk perasaan di Mumbai, semalam bagi memperingati kematian pelajar perubatan wanita yang terbunuh dalam kejadian rogol berkumpulan di New Delhi, baru-baru ini. - REUTERS
NEW DELHI 12 Jan. - Seorang wanita di negeri Uttar Pradesh, hari ini dikejutkan dengan berita bahawa anak lelakinya yang disangka sudah meninggal dunia, terlibat dalam kes jenayah rogol berkumpulan yang mencetuskan gelombang kemarahan di seluruh India.
Wanita tersebut merupakan ibu kepada suspek juvenil yang dituduh merogol dan membunuh seorang pelajar perubatan bersama lima lain di dalam sebuah bas pada pertengahan bulan lalu.
Dalam wawancara bersama Reuters, wanita tersebut menceritakan anak lelakinya itu meninggalkan rumah pada usia 11 tahun, dan sejak itu, dia tidak lagi bertemu dengan anaknya itu.
...

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130113/lu_04/Ibu-terkejut-anak-suspek-kes-rogol#ixzz2HoJYQhIc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiga lelaki bakar kereta JPJ ditahan

Suspek ditahan sekitar Manjung bagi membantu siasatan

Ipoh: Polis menahan tiga lelaki dipercayai terbabit merosakkan dan membakar kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Ayer Tawar, dekat Sitiawan, kelmarin.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata ketiga-tiga lelaki itu ditahan di sekitar Manjung, petang kelmarin dan pagi semalam bagi membantu siasatan.
Siasatan masih diteruskan dan kita tidak menolak kemungkinan menahan beberapa orang lagi” - Mohd Shukri Dahlan, Ketua Polis Perak

Siasatan diteruskan

“Siasatan masih diteruskan dan kita tidak menolak kemungkinan menahan beberapa orang lagi,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung penahanan itu kerana siasatan masih dilakukan.

Difahamkan, selain siasatan di tempat kejadian, polis turut menggunakan rakaman video yang dimuat naik dalam internet untuk mengenal pasti pihak terbabit yang dipercayai sebahagian daripadanya adalah tonto yang mengekori kenderaan penguat kuasa JPJ bagi memberi maklumat kepada pemandu lori yang melakukan pelbagai kesalahan jalan raya.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari kelmarin, kenderaan pacuan empat roda JPJ diterbalikkan dan dibakar orang ramai dalam kemalangan membabitkan 10 kenderaan di Kilometer 12 Jalan Ipoh-Lumut, depan sekolah di Ayer Tawar di sini.

Berlaku rusuhan

Orang ramai dan beberapa lelaki dipercayai tonto, merusuh dan menterbalikkan Toyota Fortuner JPJ sebelum membakar kenderaan itu kerana mendakwa ia punca kemalangan mengakibatkan 15 cedera, termasuk empat daripadanya parah.

Sementara itu, di Pulau Pangkor, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata kerajaan negeri memandang serius kejadian itu dan akan mendapatkan laporan lengkap mengenainya dan mahu semua pihak tidak mensensasikan kes itu.

Katanya, kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Ko Ham dalam Twitter yang mendakwa perbuatan perusuh membakar kenderaan JPJ sebagai protes kerana agensi itu sering menjadikan pemandu lori sebagai sasaran operasi, adalah tidak bertanggungjawab.

Di Baling, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ, Ariffin Che Mat, berkata pihaknya menyerahkan siasatan kes itu kepada polis.

Kutuk samseng

Sementara itu, Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM), Hamzah Masri, berkata pihaknya mengutuk perbuatan samseng pihak yang menterbalikkan dan membakar kenderaan penguat kuasa itu.

“Membakar kenderaan jabatan tidak menyelesaikan masalah malah menimbulkan lebih banyak masalah,” katanya yang berharap polis akan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelaku kes itu.

Tahanan culik remaja



 
Seorang tahanan yang melarikan diri daripada kawalan polis dikenali Mohd Khairul Nizam Abd Rani, 26, malam tadi menculik seorang remaja berusia 19 tahun dan membawanya ke hutan berhampiran Sekolah Kebangsaan Indera Muda.

Drama terbaru itu tercetus jam 11.15 malam apabila suspek yang dipercayai bersenjatakan parang panjang menawan Mohd Khairul Anas Mohd Fazli, berdekatan rumah mangsa di sekitar Bukit Indera Muda.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata selepas menerima aduan bapa mangsa, Mohd Fazli Abdul Rahman, polis mengepung kawasan hutan berkenaan tetapi sehingga jam 12.30 tengah malam tadi, belum ada tangkapan dilakukan.

2 lagi tahanan lolos ditangkap



 
Seorang daripada  tahanan lolos  yang berjaya ditangkap  di Tasek Gelugor, semalam. - Foto BERNAMA
Seorang daripada tahanan lolos yang berjaya ditangkap di Tasek Gelugor, semalam. - Foto BERNAMA
3 masih diburu polis, rakan beri bantuan ditahan

Tasek Gelugor: Dua daripada lima tahanan yang meloloskan diri dari kawalan polis pada Isnin lalu ditangkap malam tadi, ketika polis memperhebatkan gerakan memburu mereka.
Dua yang ditahan ialah Mohd Farid Akhtar, 25, dan Mohd Shahrimy Mohd Noor, 28, dalam dua serbuan berasingan di sekitar Bukit Indera Muda, Permatang Pasir, sekitar jam 9 malam tadi.

BH difahamkan, polis menahan Mohd Farid dulu sebelum menangkap rakannya yang berada di lokasi berasingan tidak jauh dari situ.

Dengan penahanan itu, polis kini memburu tiga lagi tahanan, selepas dua ditembak mati Khamis lalu.

Tahan rakan

Sementara itu, pada sidang media terdahulu, Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata polis menahan lelaki berusia 25 tahun yang dipercayai membantu memberi makanan kepada lima tahanan yang bersembunyi di ladang sawit dan hutan Ara Kuda di sini, kelmarin.
Katanya, lelaki itu yang dipercayai rakan kepada lima tahanan terbabit, ditahan jam 10 malam ketika berada dalam keretanya di pekarangan Masjid Al-Falah di Pengkalan Tambang, Permatang Pasir, Permatang Pauh.

Katanya, lelaki itu dipercayai sedang menunggu tahanan terbabit untuk dibawa keluar dari kawasan itu.

“Dia ditahan mengikut Seksyen 216 Kanun Keseksaan untuk membantu siasatan. Polis juga berusaha mengesan beberapa lagi rakan tahanan itu yang memberi bantuan kepada mereka,” katanya di sini, semalam.

Dalam kejadian 9 pagi Isnin lalu, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth, meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.

Cetak 2,000 poster

Abdul Rahim berkata, gerakan memburu lima tahanan terbabit kini bertumpu di kawasan Permatang Pauh.

Katanya, polis juga mencetak lebih 2,000 keping poster wajah suspek untuk diedarkan kepada orang awam di kawasan operasi dalam usaha memberkas mereka yang dipercayai berpecah kepada dua kumpulan.

“Polis menyerbu sebuah rumah di Kubang Ulu, Penanti, kira-kira jam 6.15 pagi semalam tetapi gagal menemui suspek. Premis dihuni beberapa pekerja asing yang mempunyai dokumen lengkap dan tiada kaitan dengan lima tahanan yang diburu.

“Polis akan mencetak 2,000 keping lagi gambar mereka esok (hari ini) jika perlu bagi mendapatkan bantuan orang ramai,” katanya yang mengingatkan orang awam supaya tidak melindungi tahanan itu kerana salah di sisi undang-undang.

Syak virus senjata biologi



 
 
Foto
Gambar fail menunjukkan seorang pegawai Korea Selatan memeriksa suhu badan pelancong asing yang memasuki negara itu sama ada bebas daripada selesema burung atau sebaliknya.
Foto

Pekerja kesihatan Indonesia memeriksa ayam yang dijangkiti selesema burung, di Bali tahun lalu.

Perisikan Indonesia kaji fenomena selesema burung

Jakarta: Virus baru selesema burung mungkin sejenis senjata biologi yang dicipta negara asing, kata agensi perisikan Indonesia.
Virus itu dilaporkan penyebab beribu-ribu itik mati di negara itu sejak beberapa bulan lalu.
“Agensi saya mengikuti fenomena ini sejak permulaan lagi. Kita perlu terus berjaga-jaga kerana perkembangan senjata biologi global pantas. Pada masa depan, serangan biologi seperti ini akan digunakan dalam peperangan," Marciano Norman, Ketua Agensi Perisikan Kebangsaan

“Agensi saya mengikuti fenomena ini sejak permulaan lagi. Kita perlu terus berjaga-jaga kerana perkembangan senjata biologi global pantas.

“Pada masa depan, serangan biologi seperti ini akan digunakan dalam peperangan,” kata ketua Agensi Perisikan Kebangsaan (BIN), Leftenen Jeneral Marciano Norman.

Pada masa sama, siasatan pihak berkenaan belum menemui sebarang bukti bahawa wabak jangkitan selesema burung terbaru di beberapa tempat di Indonesia adalah sejenis serangan biologi oleh negara asing, katanya lagi.

“Kami terus mengikuti perkembangan semasa. Kami tidak boleh buat kesimpulan tanpa bukti kukuh.
“Kami minta agensi berkaitan yang ada kemahiran dalam perkara itu untuk memeriksa lebih mendalam virus berkenaan dan kami akan memberi sokongan,” katanya lagi.

Pasukan menyiasat

Menteri Hal Ehwal Politik, Undang-Undang dan Keselamatan, Djoko Suyanto bersetuju dengan pandangan Marciano.

“Sejak ada dakwaan itu, kami sudah membentuk satu pasukan untuk menyiasat. Ia membabitkan anggota BIN dan Kementerian Kesihatan,” katanya.
Djoko bersetuju bahawa virus itu mungkin dihasilkan oleh pihak yang ada kepentingan tertentu.

“Dakwaan mengenainya satu perkara yang menyebabkan kami terus berjaga-jaga kemungkinan ia benar,” katanya.

Kerajaan pusat juga meminta pihak berkuasa wilayah supaya mengambil langkah untuk menjangka kemunculan virus baru yang dirujuk sebagai ‘H5N1 clade 2.3.2.’. - AGENSI

INFO: Selsema burung
- Pihak pentadbiran wilayah Jawa Tengah merekodkan kematian hampir 200,000 itik di 28 daerah dan bandar sejak Setember 2012
- Lebih 6,000 itik dijangkiti virus di bahagian selatan, tengah dan timur Lampung.
- Di Payakumbuh, Sumatera Barat, 2,000 ekor itik mati pada Disember 2012, manakala di Sidenreng Rappang, Sulawesi Selatan, 25,500 burung mati sejak Disember

Porsche rempuh pokok, penumpang terbunuh

Porshe 911 yang remuk selepas merempuh pokok dalam kemalangan di Jalan Kelawei/Jalan Cantonment pagi semalam. - Foto Rudy Syareme SheriffudinPorshe 911 yang remuk selepas merempuh pokok dalam kemalangan di Jalan Kelawei/Jalan Cantonment pagi semalam. - Foto Rudy Syareme Sheriffudin Georgetown: Kegembiraan dua rakan karib bersiar-siar di bandar ini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut selepas kereta mewah Porsche 911 Turbo dinaiki mereka kemalangan di Jalan Kelawei/Jalan Cantonment, di sini semalam.

Kejadian jam 6 pagi itu mengorbankan Elizabeth Cheang, 24, yang berada di tempat duduk penumpang depan, manakala pemandu yang hanya dikenali sebagai Lee, 32, parah.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata kenderaan hampir RM1 juta itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh pokok di bahu jalan.


“Kenderaan terbabit remuk, manakala penumpang wanita mati serta-merta di tempat kejadian. Mangsa parah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang. Polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Pengguna komputer diminta tutup program Java



WASHINGTON - Jabatan Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS) menasihati orang ramai agar menutup sementara perisian Java dalam komputer mereka bagi mengelakkan risiko serangan penggodam.
Saranan itu dibuat dalam satu pekeliling pada Khamis lalu susulan kebimbangan yang ditimbulkan oleh pakar-pakar keselamatan komputer.
Mereka percaya penggodam-penggodam telah menemui kelemahan dalam kod perisian Java yang boleh digunakan untuk melakukan aktiviti jenayah dan penipuan siber.
Java digunakan secara meluas sebagai bahasa teknikal yang membolehkan pengatur cara menulis pelbagai jenis aplikasi internet dan program perisian lain yang boleh digunakan dalam hampir semua sistem pengoperasian komputer.
Firma Oracle Corp memiliki Java apabila membeli syarikat yang menghasilkan perisian itu, Sun Microsystems pada harga AS$7.3 bilion pada 2010. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2HoC1BgcS 
Hakcipta terpelihara 

Lisa buat laporan polis kes tipu



KUALA LUMPUR – Pelakon filem Istanbul Aku Datang, Lisa Surihani membuat laporan polis di Balai Polis Bangi, Jumaat lalu berhubung kes penipuan wang melibatkan keluarganya.
Lisa yang dihubungi Kosmo! Ahad bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kes tersebut bagaimanapun enggan memberikan penjelasan terperinci.
“Ikutkan memang saya mahu memberi kerjasama. Tetapi saya tidak boleh menyatakan sebarang komen kerana tidak mahu mengganggu siasatan,” kata Lisa, 27.
Jumaat lalu Lisa tampil membuat laporan polis tersebut bersama suaminya, Yusry Abd. Halim dan ibunya, Amira Ahmad kira-kira pukul 2 petang.
Tambah Lisa, dia berjanji akan memberikan penjelasan lebih lanjut apabila siasatan kes tersebut tamat.
“Insya-Allah saya akan ceritakan suatu hari nanti setelah kes selesai agar dapat memberi pengajaran kepada orang ramai,” kata Lisa ringkas.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh ketika dihubungi memberitahu, kejadian tipu berkenaan berlaku di Cheras.
“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.
Difahamkan kes tersebut melibatkan penipuan sehingga menyebabkan kehilangan sejumlah wang dalam akaun bank.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2HoBcK0sk 
Hakcipta terpelihara 

Pemandu rempuh peronda URB




KEADAAN sebuah kereta yang merempuh anggota URB sebelum terbabas ke dalam longkang di Taman Desa Jaya, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Gara-gara takut ditahan oleh polis Unit Ronda Bermotosikal (URB) yang sedang membuat rondaan, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an bertindak merempuh kenderaan polis sebelum berjaya melarikan diri dengan meninggalkan kenderaan yang dipandunya di Taman Desa Jaya di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, lelaki yang memandu kereta bernombor pendaftaran Singapura tersebut turut terbabas ke dalam sebuah longkang berhampiran Masjid Al-Falah di situ.
Insiden itu mengakibatkan seorang anggota polis URB cedera di siku dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Kosmo! Ahad difahamkan, sebaik sahaja suspek melihat kelibat polis, dia bertindak membuat pusingan di depan masjid itu sebelum terbabas hingga terjunam ke dalam longkang.
Seorang saksi, Rasdan Raob, 42, berkata, dia sempat melihat adegan polis mengejar lelaki terbabit ketika dia keluar membeli makanan tengah hari.
“Kereta yang dipandu laju itu tiba-tiba hilang kawalan hingga terbabas dan kami melihat seorang lelaki dalam lingkungan 20-an sempat keluar dari kereta itu dan melarikan diri,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dr. Hashim Haron mengesahkan kejadian.
“Identitinya masih belum dikenal pasti dan kita tak tahu motif dia melarikan diri,” katanya.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2HoAzO9rG 
Hakcipta terpelihara 

Dua penjenayah lolos ditangkap



MOHD. SHAHRIMY yang berjaya ditangkap semula dibawa ke Balai Polis Tasek Gelugor malam tadi.


TASEK GELUGOR – Polis malam tadi berjaya memberkas dua daripada lima orang kena tahan (OKT) yang diburu sejak Isnin lepas, setelah mereka meloloskan diri ketika dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke Mahkamah Butterworth.
Mohamad Farid Akhtar, 24, ditangkap ketika makan seorang diri di sebuah restoran di Kubang Semang manakala rakannya, Mohd. Shahrimy Mohd. Noor, 28, pula ditahan di satu kawasan tidak jauh dari situ kira-kira 30 minit kemudian.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, kedua-dua penjenayah itu ditangkap hasil risikan dan maklumat awam.
“Susulan penangkapan suspek ini polis yakin dapat menahan tiga lagi rakannya dalam tempoh terdekat,” katanya.
Dalam kejadian pada pukul 9 pagi Isnin lalu, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke Kompleks Mahkamah Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.
Dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada Khamis lalu.
Dua tahanan yang ditembak mati ialah Mohd. Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Boy atau Mohd. Noor Mustafa, 28.
Mereka yang masih diburu ialah Hamizani Harun, 37, Mohamad Khairul Nizam Abdul Rani, 25, dan Hisham Abdul Rahman, 39.
Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, seorang lagi OKT, Mohamad Khairul Nizam sempat melarikan diri ke kawasan belukar di belakang Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda, Kubang Semang.
Beliau berkata, ketika melarikan diri, dia dipercayai membawa bersama seorang remaja, Mohd. Khairul Anas Mohd. Fadli, 19, dan berkemungkinan dijadikan sebagai tebusan kerana lelaki itu turut membawa sebilah parang panjang bersamanya.
“OKT tersebut mempunyai rekod samun berkumpulan dan samun bersenjata. Dia juga melarikan motosikal jenis Honda EX5 milik bapa remaja berkenaan,” katanya.
Menurut Abdul Rahim, polis telah mengarahkan anggota Pasukan Gerakan Am memburu Mohamad Khairul Nizam di kawasan terbabit.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2HoAhfVmX 
Hakcipta terpelihara 

46 maut tanah runtuh di China




PEKERJA penyelamat menggali timbunan lumpur selepas tanah runtuh melanda Kampung Gaopo di daerah Zhenxiong, dalam wilayah Yunnan kelmarin.


BEIJING - Usaha mencari tiga orang yang hilang dalam kejadian tanah runtuh di barat daya China berakhir semalam apabila mayat mereka dikeluarkan dari dalam lumpur dengan angka kematian keseluruhan bencana berkenaan kini 46 orang, kebanyakannya kanak-kanak.
Pihak berkuasa Wilayah Yunnan memberitahu, mayat tiga mangsa terakhir itu ditemui pagi semalam selepas 1,000 pekerja penyelamat melancarkan usaha mencari selama semalaman di Kampung Gaopo.
Agensi berita Xinhua melaporkan, mereka yang tertimbus dalam tanah runtuh tersebut termasuk 27 orang dewasa dan 19 kanak-kanak.
Menurut agensi berita tersebut, dua lagi mangsa dimasukkan ke hospital selepas bencana itu menimpa pagi kelmarin dengan menyebabkan 16 kediaman tertimbus,
Usaha mencari dan menyelamat segera dikerahkan dengan disertai sejumlah anggota tentera, polis, bomba dan pekerja penyelamat serta dibantu 20 jentera berat.
Seorang wanita, Li Yongkju berkata, dia mendengar bunyi dentuman tanah runtuh itu ketika membersihkan halaman rumahnya.
Yongkju, 50, memberitahu, dia dan beberapa penduduk kampung lain bergegas ke lokasi bencana itu dengan membawa penyodok dan cangkul.
"Kami mengeluarkan beberapa mangsa, seorang daripada mereka sukar bernafas. Dia mati tidak lama kemudian," dia dipetik sebagai berkata oleh Xinhua.
Seorang lagi penduduk kampung berkenaan, Zhou Benju menangis ketika menceritakan kejadian itu.
"Beberapa saudara-mara ibu bapa saya termasuk nenek, saudara lelaki, bapa saudara dan anggota keluarga ibu saudara saya terbunuh," katanya.
Satu klip video yang disiarkan di sebuah laman jaringan sosial China menunjukkan sekumpulan penduduk kampung menemui satu mayat ketika menggali lumpur dan serpihan. Mayat itu kemudian dibawa keluar menggunakan pengusung.
Menurut Xinhua, tanah runtuh itu berpunca daripada hujan dan salji tanpa henti selama 10 hari.
Menurut pihak berkuasa, tanah runtuh itu melitupi kawasan sepanjang 120 meter, dan selebar 110 meter.
Wilayah Yunnan yang bersempadan dengan Myanmar, Thailand, Laos dan Vietnam merupakan kawasan miskin dengan rumah-rumah dibuat menggunakan bahan murah.
Gaopo terletak di daerah Zhenxiong, timur laut Yunnan dengan kawasan pergunungannya cenderung dilanda tanah runtuh dan gempa bumi. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2Ho9UkbgS 
Hakcipta terpelihara 

Tiga maut dalam dua kemalangan berasingan



MOTOSIKAL milik sepasang rakyat Indonesia diletakkan di tepi jalan selepas merempuh belakang sebuah lori rosak di Kilometer 276.2, Lebuh Raya Utara-Selatan di Seremban, semalam.
SEREMBAN 11 Jan. - Sepasang warga Indonesia maut selepas motosikal yang mereka naiki merempuh belakang sebuah lori rosak di Kilometer 276.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 8.10 pagi itu mangsa, Rina Nigfih, berusia lingkungan 30-an dan seorang lelaki yang belum dikenal pasti identiti, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
Jurucakap polis berkata, ketika kejadian, pasangan berkenaan yang menaiki motosikal jenis Suzuki Shogun 120 dalam perjalanan dari arah utara menghala ke Seremban.
Katanya, lelaki yang menunggang motosikal itu tidak menyedari terdapat sebuah lori rosak berhenti di lorong kecemasan.
“Mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh belakang lori berkenaan menyebabkan kedua-dua mereka tercampak di atas lebuh raya," katanya di sini hari ini.
Sementara itu, dalam satu lagi kemalangan, seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di Jalan Lenggeng-Pantai berhampiran Hutan Lipur Lenggeng di sini semalam.
Kemalangan berlaku pukul 6.10 petang menyebabkan mangsa, Nur Affendy Mohd. Nor, 35, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Jurucakap polis berkata, mangsa yang bekerja sebagai anggota penguat kuasa di Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jelebu.
Katanya, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 dipercayai terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di kiri jalan.
“Rempuhan itu menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala," jelasnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Supritendan Mohd. Yusoff Awang, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai dua kemalangan berkenaan.
Menurutnya, mayat kesemua mangsa di bawa ke Hospital Tuanku Ja‘afar untuk bedah siasat sebelum dituntut waris masing-masing.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130112/ws_02/Tiga-maut-dalam-dua-kemalangan-berasingan#ixzz2HmQaGZ3e
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tergolek atas jalan



Dua sahabat terkejut apabila menemui mayat rakan mereka terbaring dengan badan dipenuhi darah selepas dada kiri mangsa tertusuk pemegang brek motosikal yang dinaiki dalam kejadian di Jambatan Sentosa, di sini, kelmarin.

Mayat Stevan Jemat, 29, ditemui rakannya berusia 20-an ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing, jam 8 malam.


Sumber berkata, terkejut melihat mangsa tidak sedarkan diri, dua rakannya itu menghubungi hospital mendapatkan bantuan sebelum dia disahkan meninggal dunia.



“Pada jam 5 petang hari kejadian, mangsa bersama rakannya dikatakan mengambil minuman keras di sebuah rumah di Sentosa. Dua jam kemudian, mangsa ke rumah seorang lagi rakan mereka untuk menyambung minum minuman keras.


“Selesai minum di rumah rakannya, mangsa menunggang motosikal pulang ke rumah sebelum dipercayai beberapa kali terjatuh akibat terlalu mabuk.


“Bagaimanapun, mangsa masih tetap meneruskan perjalanan dan jatuh ketika melalui jambatan berkenaan sebelum ditemui dua rakannya sendiri,” katanya.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Sibu untuk dibedah siasat.


Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

“Setakat ini, tiada unsur jenayah ditemui dalam kes ini. Kesan kecederaan pada dada kiri mangsa dipercayai akibat tertusuk pemegang brek motosikalnya yang didapati patah.


“Ini kerana sebelum mangsa ditemui di atas jambatan itu, dia dikatakan beberapa kali terjatuh daripada motosikalnya,” katanya.

Pelawak auta



Bermodalkan perwatakan alim, seorang pelawak tanah air didakwa memperdaya mangsanya sejurus melarikan diri selepas meminjam ribuan ringgit untuk kempen ‘politiknya’.

Pelawak daripada program rancangan realiti itu berjanji melangsaikan semua hutang selepas dibayar parti terbabit, namun sejurus masanya, dia memberi banyak alasan termasuk memaki-hamun dan menghilangkan diri.


Mendedahkan perkara itu, mangsa dikenali Saerah, 39, berkata, dia kerugian RM7,000 selepas pelawak terbabit meminjam wang daripadanya dengan alasan dijadikan modal berceramah di Teluk Intan, Perak.



Dia yang juga ibu tunggal berkata, dia mengenali pelawak itu melalui rakannya tahun lalu dan hubungan mereka erat apabila pelawak terbabit sering ke kedai makannya di daerah itu selepas menyampaikan ceramah.


Katanya, pada awal perkenalan, pelawak terbabit menunjukkan sikap baik, namun di sebalik itu, dia merancang memperdayakannya.


“Pada 30 September dan 20 Oktober lalu, lelaki itu meminta saya menempah bilik hotel berikutan dia dari Kedah dan diundang memberikan ceramah. Kerana percaya, saya melakukannya sebelum dijanji dibayar semula wang itu,” katanya.

Pada 21 September lalu, katanya, pelawak berkenaan meminjam RM4,500 selepas memaklumkan keretanya dimasukkan ke bengkel dan ia menyukarkannya menyampaikan ceramah.


“Atas dasar percaya dan diajak menyertai parti, saya memasukkan RM4,500 menerusi ATM di Teluk Intan dan dia berjanji membayarnya pada 2 atau 3 Oktober lalu. Pada 27 September, saya menghubunginya untuk mengingatkan pembayaran itu, namun malangnya telefonnya itu dipegang rakan di Kelantan,” katanya.

Menurut Saerah, melalui perbualan bersama rakannya, difahamkan pelawak itu dimasukkan ke hospital dan telefon itu dicagar RM780.


“Kerana sukar berkomunikasi dengan pelawak terbabit, saya mendahulukan wang RM780 kepada rakannya sebelum telefon itu diserahkan semula. Keesokan, pelawak itu menghubungi memaklumkan dia sudah sembuh, kesempatan itu saya meminta semula semua wang,” katanya.


Namun kata Saerah, lelaki itu memberi alasan dia tiada wang kerana tidak menerima undangan ceramah selain menerima sedikit bayaran hasil ceramah politiknya sebelum ini.


“Pada awal Oktober, pelawak itu memaklumkan dia akan ke ibu kota kerana ditawarkan berlakon. Ketika itu, saya sedikit gembira kerana kemungkinan wang saya dibayar, namun pada 4 Oktober lalu dia mendakwa dompet dan wang RM1,780 miliknya hilang,” katanya.


Menurutnya, insiden itu membuatkannya sangsi sama ada dipergunakan pelawak terbabit, namun terpaksa mengalah apabila lelaki itu sekali lagi meminjam RM1,500 untuk memperbaharui cukai jalan.


“Selepas berasa tertipu, akhir Oktober lalu saya meminta semula wang itu namun pelbagai alasan diberikan termasuk memaki hamun saya,” katanya.


Saerah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Teluk Intan pada jam 10 pagi, kelmarin.


Timbalan Ketua Polisnya, Superitendan Mohd Zaki Harun ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan itu dan siasatan dijalankan.


Selain polis, Saerah turut melaporkan kes itu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jering, ibu pejabat parti politik itu dan Persatuan Seniman Malaysia.


Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, berikutan pelawak itu ahlinya dan terbabit kes penipuan, dia akan digantung keahlian.

Amukan babun sesat

pix_toprightSeorang remaja perempuan bersama anak saudaranya berusia setahun terpaksa berkurung dalam bilik lebih sejam apabila rumah didiami mereka dikunjungi ‘tetamu tidak diundang’ iaitu seekor babun jantan yang mengamuk dalam kejadian di sebuah rumah dua tingkat di Taman Khong Lok, Batu 7, semalam.
Dalam kejadian jam 11.40 pagi, remaja berusia 17 tahun itu sedang berehat di tingkat bawah rumah sebelum terdengar bunyi mencurigakan dari satu bilik di tingkat atas.

Mangsa kemudian meninjau dengan membuka pintu bilik itu dan terkejut apabila mendapati seekor babun sedang menggeledah bilik berkenaan.
Pada masa sama, haiwan liar itu cuba menerkam remaja berkenaan, namun dia sempat menutup pintu bilik.

Mangsa membawa anak saudaranya keluar rumah untuk menyelamatkan diri, selain menghubungi kakaknya memaklumkan kejadian itu.

Pemilik rumah yang enggan dikenali berusia 30 tahun berkata, dia terkejut apabila dihubungi adiknya memaklumkan seekor babun menyerang mereka.
“Saya yang bimbang mengenai anak perempuan lantas menghubungi bomba memaklumkan kejadian itu.

“Saya difahamkan babun yang datang dari hutan berhampiran bukan saja merosakkan barangan dalam bilik, malah turut membuang najis,” katanya, semalam.
Katanya, adik perempuannya mendapati haiwan liar itu memasuki rumah sebaik terdengar bunyi cakaran pada pintu bilik.

“Mujur adik bertindak bijak apabila segera menutup pintu bagi mengelak haiwan itu keluar dari bilik dan bertindak liar.

“Saya kemudian memaklumkan kejadian itu kepada suami sebelum dia bergegas pulang untuk menyelamatkan adik dan anak kami,” katanya.

Menurutnya, sepasukan anggota Jabatan Perhilitan yang tiba berjaya menangkap haiwan berkenaan selepas berusaha hampir tiga jam.

Sementara itu, Pembantu Pusat Pemulihan Orang Utan, Elis Pambing berkata, haiwan liar itu ditangkap menggunakan jaring dan dihantar ke Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok.

“Babun ini dipercayai terpisah dari kumpulannya dan tersesat sebelum memasuki rumah mangsa dan ia agresif apabila diancam,” katanya.

Pengetua paksa pelajar jadi kedi digesa letak jawatan



Kalasin (Muang): Ramai ibu bapa dan pelajar berkumpul di luar sebuah sekolah terkenal di sini, menuntut peletakan jawatan atau pemindahan pengetua yang dituduh memaksa pelajar perempuan bekerja sebagai kedi di kelab golf berhampiran.

Seorang wakil pelajar memberitahu wartawan, Pengetua Sekolah Khamin Phittayasan, Surapong Phusaengsri mendesak pelajar tingkatan tiga dan lima menjadi kedi di kelab yang terletak kira-kira 30 kilometer dari sekolah itu.


Menurutnya, Surapong mengancam pelajar yang menolak desakannya pihak sekolah tidak akan mengeluarkan sijil kepada mereka. Seorang bapa pelajar berkata, pengetua itu tidak memberi tumpuan untuk meningkatkan prestasi sekolah, sebaliknya memburukkan nama institusi itu.

Katanya, Pertubuhan Pentadbiran Wilayah Kalasin sudah dimaklumkan mengenai perkara itu sebelum ini, tetapi tidak ada tindakan diambil.


Seorang pelajar Tingkatan Tiga yang menjadi kedi separuh masa tanpa kerelaannya berkata, pihak sekolah tidak pernah menghantar surat mohon kebenaran daripada ibu bapanya.


“Bukan tanggung jawab saya dan rakan-rakan untuk menjadi kedi. Tetapi dia mengancam untuk bertindak terhadap gred kami. Kerana itu, kami terpaksa melakukannya. Saya tidak akan benarkan perkara ini berterusan kerana ia tugas yang teruk dan kami terdedah kepada dicabul. Pengetua sekolah tidak boleh berada di sini lagi,” katanya.

Surapong berkata, berlaku salah faham terhadap isu berkenaan.


“Pertubuhan Pentadbiran Wilayah Kalasin meminta kerjasama sekolah mencari sukarelawan untuk menjadi kedi di satu pertandingan kebajikan. Saya mengumumkan perkara itu kepada pelajar untuk menjadi sukarela. Pihak sekolah juga menyediakan pengangkutan dan elaun untuk mereka,” katanya.

Dia menggesa ibu bapa menimbang dan menyiasat secara menyeluruh kerana tidak mahu dipersalahkan. - Bangkok Post

Datuk kurung cucu dalam kotak kayu



Oaxaca (Mexico): Seorang datuk mengurung cucunya yang berusia tujuh tahun dalam kotak kayu dengan kaki kanak-kanak itu diikat.

Polis yang menerima panggilan daripada orang yang tidak dikenali, menemui kanak-kanak berkenaan dalam kotak yang berkunci itu di bandar Putla de Guerrero, kata pendakwa raya tempatan, Victor Alonso Altamirano. Datuk sebelah ibu kanak-kanak itu berdepan dengan tuduhan keganasan rumah tangga sementara mangsa diserahkan kepada Jabatan Kebajikan untuk menentukan mereka yang berhak menjaganya.


Jiran memberitahu polis, lelaki itu sering mengikat cucunya tanpa sebab. Sehingga ini, tidak dapat diketahui berapa lama kanak-kanak itu dikurung dalam kotak berkenaan. - AFP

20 pejabat pos kena rompak



Sepasang suami isteri mengakui merompak kira-kira 20 pejabat pos, sekurang-kurangnya di 10 wilayah selepas ditahan di Ayutthaya, kata Polis wilayah 7, Komander Harnpol Nitwiboon semalam.

Nitwiboon berkata demikian dalam sidang akhbar untuk mengumumkan penahanan Wichai Sawangyart, 29, dan isterinya, Somkid Chuenrutai, 20.


Pasangan itu ditahan Rabu lalu bersama wang tunai dan bahan rompakan lain, dua pucuk pistol .38 dan 22 calibre di sebuah kampung di daerah Bang Sai, Ayutthaya. Mereka didakwa dengan pelbagai tuduhan rompakan bersenjata dan memiliki senjata api serta bahan letupan tanpa lesen. Pada 30 November lalu, dua suspek itu dipercayai mengacukan senjata ke arah kakitangan pejabat pos di tambon Bang Luang, di derah Bang Len, Nakhon Pathom. Mereka melarikan diri dengan wang tunai bernilai lebih 130,000 baht (RM392,664). Selepas rompakan itu polis membentuk pasukan untuk memburu mereka. Pasangan itu turut merompak pejabat pos lain dan kedai serbaneka di kawasan sekitar di mana tiada terdapat pengawal keselamatan. Kedua-duanya mengakui terbabit dalam 20 rompakan, tetapi menafikan ada mencederakan sesiapa. Wang rompakan itu banyak dihabiskan untuk dadah.

36 tertimbus



Sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh dalam satu kejadian tanah runtuh yang menimbus 16 buah rumah di barat daya China, semalam.

Antara yang mati tujuh anggota sebuah keluarga. Pihak berkuasa tempatan berkata, kira-kira 20 hingga 30 orang masih tertimbus dalam kejadian yang melanda Kampung Gaopo di wilayah Yunnan.


Pasukan kecemasan setakat ini, berjaya menyelamatkan dua penduduk.

Rakaman video yang dimuatnaikkan dalam rangkaian sosial China menunjukkan sekumpulan penduduk kampung menggali dan menarik keluar satu mayat.


Wilayah Yunnan yang bersempadan dengan Myanmar dan Laos adalah kawasan miskin di China dengan rumah di kawasan luar bandar sering dibina dengan kos yang murah.


Gaopo terletak di daerah Zhenxiong, kira-kira 550 kilometer ke timur laut Kunming, ibu negeri Yunnan.

Kawasan pergunungan itu sering dilanda tanah runtuh. Dalam satu kejadian di wilayah berhampiran pada Oktober lalu meragut 18 nyawa kanak-kanak sementara dua gempa bumi yang melanda Yunnan pada September, satu dengan magnitud 5.7, menyebabkan 81 orang terbunuh dan ratusan lagi cedera.


Perdana Menteri, Wen Jiabao melawat kawasan bagi menenangkan mangsa yang terselamat.

Yunnan mengalami suhu sejuk luar biasa sejak beberapa minggu lalu ketika China berdepan dengan apa yang disifatkan oleh pihak berkuasa sebagai musim sejuk paling sejuk dalam masa 28 tahun.

Bekas anggota kumpulan rock, rakan didenda menipu



Ipoh: Seorang bekas anggota kumpulan rock sekitar tahun 1990-an dan rakannya, seorang ahli perniagaan dihukum penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas mengaku salah menipu sebuah kolej swasta, Rabu lalu.

Hakim Julie Lack Abdullah turut mengarahkan tertuduh bekas kumpulan rock, Rustam Affandu Abdul Majid, 40, dan rakannya, Addy Sany Ariffin, 42, menjalani hukuman penjara selama tiga tahun, jika gagal melunaskan denda ditetapkan itu.


Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka dengan niat bersama didakwa cuba menipu seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nor Azlizan Mohd Ali, 29, yang ketika itu menyamar sebagai rakan kongsi Kolej Crew Skills International (M) Sdn Bhd.

Kolej swasta itu menawarkan latihan teori dan praktikal untuk tukang masak pelajar dari luar negara.


Kedua-dua tertuduh didakwa cuba memperdaya Nor Azlizan, kononnya boleh membantu mendapatkan kelulusan Lesen Pusat Bertauliah dari Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi kolej berkenaan.


Tindakan itu didakwa mendorong Nor Azlizan sengaja memberikan kepada kedua-dua tertuduh wang RM10,000 sebagai pendahuluan daripada RM45,000 yang diminta mereka.

Kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan itu di kafe sebuah hotel di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, di sini, pada jam 2.47 petang, Rabu lalu.


Pertuduhan dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, M Kathan mengikut Seksyen 415, Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 417, kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

‘Abang ajak main doktor-doktor’



Kajang: Walaupun baru berusia 14 tahun, tetapi seorang remaja lelaki sudah pandai mengadakan hubungan seks dengan adik perempuannya berusia 12 tahun, sejak setahun lalu.

Perbuatan tidak bermoral itu terbongkar selepas mangsa dihantar ke sebuah pusat kebajikan kerana mengalami kemurungan sebelum menceritakan kejadian dia dirogol kepada penjaga pusat berkenaan yang kemudian memberitahu ibu mangsa.


Berikutan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kajang, di sini, sebelum remaja lelaki itu ditahan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi berkata, remaja lelaki itu kini direman selama empat hari bermula semalam.


Beliau berkata, hasil siasatan mendapati mangsa mengakui dirogol abangnya itu sejak setahun lalu.


“Mangsa mendakwa abangnya akan mengajaknya untuk bermain permainan ‘doktor-doktor’ sebelum merogolnya,” katanya.

Katanya, kejadian itu hanya disedari ibu mangsa selepas menghantar anak perempuannya yang murung ke sebuah pusat kebajikan.


“Disebabkan kemurungan, penjaga di pusat kebajikan itu mula memujuk mangsa menceritakan punca dia menyendiri sebelum mangsa memberitahu dia dirogol abangnya sejak setahun lalu.

“Terkejut dengan dakwaan berkenaan, penjaga pusat kebajikan itu membawa mangsa ke hospital sebelum doktor yang memeriksanya mengesahkan mangsa dirogol,” kata penjaga pusat kebajikan itu kemudian memaklumkan perkara menimpa kanak-kanak terbabit kepada ibunya.


Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat penjaga pusat kebajikan terbabit dan ibu mangsa untuk tindakan lanjut.


Ab Rashid berkata, sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu, pihak berkuasa menahan remaja terbabit dan dia (suspek) akan direman bagi membantu siasatan.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 (b) Kanun Keseksaan (KK).

Pintu rahsia dalam almari ke ladang ganja



London: Polis membongkar kegiatan menanam ganja dalam rumah selepas menemui pintu rahsia ke ‘ladang’ berkenaan yang terletak dalam sebuah almari pakaian di Norwich, semalam.

Kegiatan itu terdedah ketika sepasukan polis menyerbu rumah berkenaan hasil maklumat orang awam. Sumber polis berkata, pintu rahsia berkenaan membawa mereka ke sebuah bilik rahsia di garaj luar rumah suspek.


Bilik rahsia itu dilengkapi pelbagai kemudahan khusus untuk penanaman dadah kelas B,” katanya.

Jurucakap itu berkata, anggota polis terpaksa merangkak melalui pintu setinggi satu meter dan selebar 0.5 meter yang ditutup dengan tirai.


Katanya, polis percaya bilik berkenaan dibina untuk menanam dadah walaupun ketika serbuan tiada sebarang tumbuh-tumbuhan ditemui.


“Bagaimanapun, pihak polis cuma menemui 33 pokok ganja dalam rumah suspek,” katanya. Seorang lelaki berusia 37 tahun ditangkap dan disoal siasat ekoran serbuan berkenaan.

Bergelut penjenayah



Berpantang maut sebelum ajal. Itu yang boleh digambarkan terhadap keberanian seorang anggota Unit Rondaan Bermotor (URB) menentang penjenayah dalam cubaan samun sebuah kedai 24 jam di Bukit Mewah, di Kajang, 2 Januari lalu.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, Lans Koperal Mohd Kamarul Zaman Mohd Suki, 37, yang bertugas sebagai anggota URB dari Balai Polis Kajang melakukan rondaan di kawasan berkenaan sebelum menerima maklumat dari bilik gerakan memaklumkan kejadian itu.


Sebaik tiba di tempat kejadian, katanya, dia dimaklumkan pekerja kedai bahawa suspek, seorang lelaki berusia 25 tahun sudah melarikan diri menggunakan motosikal.

Bertindak atas maklumat awal itu, dia meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai bagi membuat pengecaman sebelum menjejaki suspek yang dipercayai masih berlegar-legar di kawasan itu bertujuan mencari mangsa lain.


“Kurang 30 minit selepas kejadian, saya ternampak suspek menunggang motosikal dan menghampirinya sebelum memperkenalkan diri sebagai polis. Dia ketika itu dalam keadaan kelam-kabut cuba melarikan diri menyebabkan kami bergelut namun dia diberkas.


“Hasil pemeriksaan, saya menemui pisau lipat dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan samun dalam poket seluarnya,” katanya selepas majlis penyampaian sijil penghargaan di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.

Mohd Kamarul berkata, sepanjang hampir sembilan tahun berkhidmat sebagai anggota polis, pengalaman menjadi sebahagian anggota URB begitu bermakna selepas dia menyelesaikan empat kes jenayah membabitkan samun, memburu orang yang dikehendaki polis serta dadah bagi tempoh kurang sebulan bersama unit berkenaan.


Katanya, dia bersyukur kerana tidak pernah mendapat sebarang kecelakaan sepanjang bertugas selain diberikan kesihatan sempurna dan seorang isteri yang memahami akan karier sebagai seorang anggota polis. “Penghargaan ini motivasi buat saya dan rakan-rakan. Kami akan lebih bersemangat dan memastikan keadaan negeri ini sentiasa selamat selain orang awam akan berbangga dengan badan beruniform,” katanya.

`Orang hubungan’ Geng Joe Mafia ditahan




TASEK GELUGOR: Seorang lelaki yang dipercayai sedang menunggu untuk bertemu dengan suspek yang lari dari tahanan polis di Pantai Bersih, Bagan Ajam Isnin lalu, ditahan di pekarangan Masjid Al-Falah, Pengkalan Tambang, di sini, kira-kira jam 10 malam tadi.

Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan ketika berada dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi selepas polis menerima maklumat awam mengenai kehadiran individu mencurigakan di kawasan itu.
Lelaki berkenaan dikenal pasti antara beberapa individu yang dipercayai membantu lima suspek Geng Joe Mafia yang masih bebas.

Difahamkan, ketika ditahan lelaki berkenaan dipercayai berjanji untuk bertemu suspek yang masih bebas itu dan berkemungkinan untuk membawanya keluar dari kawasan terbabit.


Berikutan itu juga, sepasukan polis dan Unit Anjing Pengesan (K9) bergegas ke lokasi untuk mengesan suspek yang dipercayai berada di kawasan berhampiran.


Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar mengesahkan tangkapan lelaki terbabit yang disiasat mengikut Seksyen 216 Kanun Keseksaan.

Lepas jatuh dilanggar lori



Kuala Lumpur: Dua maut membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal dalam kemalangan di Kilometer 3.5 Lebuhraya Besraya, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi semalam berhampiran pusat beli-belah The Mines, Serdang, sebuah motosikal ditunggangi dua lelaki hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh di atas jalan raya.


Sumber trafik berkata, mangsa yang menaiki motosikal Honda C100 dirempuh sebuah lori yang tidak sempat mengelak menyebabkan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, penunggang, Noorzahrim Hisyam Taharim, 28, dan pembonceng, Muhamad Narzeri Wahab, 40, dalam perjalanan dari Balakong ke Seri Kembangan.


“Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa meninggal dunia akibat parah di kepala manakala pemandu lori pula tidak cedera.


“Mayat kedua-duanya dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan siasatan terperinci kejadian itu masih dilakukan,” katanya.