Hamdan (kiri) menunjukkan barang kemas yang dirampas.
SEREMBAN – Penangkapan dua penjenayah yang memecah masuk sebuah rumah di Golf Resort, Taman Tuanku Ja'afar, di sini akhir bulan lalu, membongkar tujuh kes jenayah samun barang kemas dianggarkan bernilai RM80,000 di negeri ini.
Selain itu, penjenayah terbabit turut dikenal pasti terlibat dalam 10 kes jenayah di Selangor sebelum ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, dua lelaki berusia 30 tahun itu ditangkap 22 Disember lalu, sekitar 10.15 pagi ketika cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis.
“Penduduk yang menyedari kelibat dua lelaki mencurigakan berada di dalam rumah jirannya memaklumkan perkara itu kepada tuan rumah sebelum menghubungi polis.
“Sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi dan dua suspek bersenjatakan parang tidak sempat melarikan diri ketika diserbu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) negeri, di sini semalam.
Hamdan berkata, hasil soal siasat, polis menemui sebuah kereta jenis Proton Inspira yang ditinggalkan rakan suspek di lokasi berhampiran.
Menurutnya, kereta terbabit dipercayai dicuri dan di dalamnya terdapat beberapa alatan pecah rumah seperti tiga parang panjang, pemotong, kuku kambing, pisau memotong daging dan pemutar skru.
"Kedua-dua suspek mempunyai rekod kesalahan lampau seperti kes curi, samun bersenjata dan pecah rumah.
“Ketika ditangkap suspek didapati positif dadah dan dipercayai sedang menjalani pemulihan di Pusat Pemulihan Akhlak Machang,” katanya.