Search This Blog

Wednesday, January 9, 2013

Penduduk bimbang keselamatan



Okt Lari
Pegawai dan anggota polis menunjukkan gambar tahanan kepada penduduk Kampung Ara Kuda semalam.
TASEK GELUGOR - Sebelum ini kehidupan penduduk kampung di sini khususnya Kampung Padang Cempedak, Kampung Ara Kuda, Jarak Atas, Padang Menora dan Kampung Tok Saadon dalam keadaan aman.

Namun, kejadian tujuh tahanan meloloskan diri dan dikesan berada di sekitar hutan berdekatan kampung mereka mengubah kehidupan seharian mereka.

Penduduk ditemui mengakui, selepas ketahui kejadian itu mereka kini dibelenggu ketakutan dan bimbang keselamatan diri serta keluarga.

Seorang penduduk Kampung Jarak Atas, Mohamad Tahir Yusof, 64, berkata, dia sekeluarga seramai lima orang berada dalam ketakutan.

“Kampung Padang Cempedak, lokasi penemuan van polis dilarikan itu hanya kira-kira empat kilometer dari rumah saya. Saya bimbang selagi tahanan itu belum ditangkap.

“Saya terpaksa minta ahli keluarga kunci pintu dan tutup tingkap kerana bimbang didatangi tahanan terbabit yang mungkin bertindak ganas dalam usaha selamatkan diri,” katanya.

Peniaga, Siti Hajar Awang, 31, dari Kampung Ara Kuda berkata, suaminya, Mohd Ridzuan Mohamad, 32, berpesan supaya sentiasa pastikan rumah berkunci ketika keluar atau berada di rumah.

“Saya terpaksa tinggalkan tiga anak berusia dua hingga lapan tahun di rumah saudara semasa berniaga kerana bimbang keselamatan mereka.

“Kawasan hutan di belakang rumah saya lokasi tumpuan polis menjalankan gerakan menjejaki tahanan terbabit semalam membuatkan saya perlu berwaspada,” katanya.

Pekerja Ladang Mayfield bersebelahan Kampung Ara Kuda, T Shanti, 48, turut melahirkan kebimbangan selepas kejadian itu kerana tahanan terbabit dikatakan bersikap bengis.

“Saya perlu mengambil langkah keselamatan terutama apabila mengetahui mereka masih bebas. Saya rasa lebih selamat ke ladang kelapa sawit yang terletak berhampiran secara berkumpulan,” katanya.

Rakannya, K Kamalachi, 52, mula mengurangkan aktiviti di luar rumah sejak kelmarin dan memastikan tiga anaknya berusia 12 hingga 17 tahun bermain tidak jauh dari pandangannya sebagai langkah keselamatan.

Kelmarin penduduk kampung berkenaan gempar apabila mengetahui polis menjalankan gerakan besar-besaran memburu tujuh tahanan yang melarikan diri semasa diiringi dari Penjara Pulau Pinang untuk didakwa di Mahkamah Butterworth.

Mereka bertambah risau apabila tahanan terbabit dikesan menjadikan hutan di sekitar kampung itu sebagai tempat persembunyian.

Bagaimana pun, kehadiran polis sejak pagi kelmarin melakukan rondaan melegakan mereka.

Awas pekerja TNB menyamar



Ir Md Yuslan Md Yusof
Ir Md Yuslan Md Yusof
KUALA TERENGGANU- Awas penipu! Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati apabila berurusan dengan individu yang tidak dikenali, kerana ada yang sanggup menyamar sebagai kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) semata-mata bagi tujuan menipu.

Lebih licik, individu tidak bertanggungjawab itu sanggup menipu hanya kerana ingin mencuri elektrik atau membuat sambungan pendawaian elektrik haram dan ada pula yang mencuri tembaga pada meter.

Pengurus Besar TNB negeri, Ir Md Yuslan Md Yusof berkata, walaupun kes tersebut terpencil, pengguna perlu lebih berhati-hati kerana kes tersebut ada dilaporkan berlaku di negeri ini.

“Sebenarnya orang seperti ini banyak taktik. Kes sebegini banyak berlaku di Selatan, yang mana mereka menyamar menjadi anggota kerja TNB.

“Jadi saya nasihatkan orang ramai agar pastikan jika mereka curiga, minta individu terlibat menunjukkan kad kuasa dan memakai baju atau vest berlogo TNB. Kita perlu sentiasa beringat kerana tidak mahu perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sesi Dialog Persatuan Kontraktor Elektrik Melayu Terengganu (Perkent) Bersama TNB Terengganu di Hotel Tanjong Vista di sini, kelmarin.

Sementara itu, Md Yuslan berkata, masalah kecurian kabel milik TNB masih lagi terkawal dan kecil berbanding negeri di pantai Barat.

Menurutnya, TNB mempunyai unit keselamatannya sendiri yang dinamakan Unit Perkhidmatan Keselamatan (UPK) bagi memantau pemasangan dan kes kecurian kabel di setiap daerah bagi membendung masalah itu.

“Mereka yang tertangkap akan didakwa di mahkamah. Cuma pada masa sama, saya harapkan orang ramai bekerjasama dengan kita untuk membanteras kejadian ini daripada berlaku di kawasan masing-masing,” katanya.

Belasah untuk reda suami isteri kelahi



KUALA TERENGGANU - Berang tegurannya agar berhenti berkelahi tidak diendahkan oleh sepasang suami isteri yang juga merangkap jirannya, seorang lelaki ‘naik hantu’ apabila nekad membelasah ‘si suami’, dalam satu kejadian di Kampung Gelugor Kedai, Chabang Tiga, di sini, malam Ahad lalu.

Bagaimanapun, suspek berusia 30 tahun dan beralamat dari Kampung Gelugor Kedai, Chabang Tiga, di sini, ditangkap polis di kediamannya, malam kelmarin, susulan laporan dibuat oleh mangsa beberapa jam selepas kejadian.

Menurut sumber, kejadian berlaku apabila suspek cuba masuk campur untuk meleraikan pergaduhan pasangan suami isteri yang ketika itu agak tegang.

“Suspek pada awalnya cuba menegur secara baik kepada pasangan suami isteri berkenaan yang sedang bergaduh di hadapan rumah kerana menganggap perbuatan mereka akan memalukan seluruh kampung.

“Namun, mangsa yang tidak suka suspek masuk campur urusan rumah tangganya cuba bertindak kasar mengacah akan melanggar suspek dengan kereta dipandunya,” katanya.

Katanya, tindakan mangsa itu menyebabkan suspek naik angin sebelum bertindak membelasah mangsa menggunakan tangannya dan turut dipercayai suspek telah merosakkan kereta mangsa dengan memecahkan cermin kereta.

Mangsa yang tidak berpuas hati dengan perbuatan suspek itu telah mengambil keputusan membuat laporan polis beberapa jam kemudian.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian dan tangkapan suspek.

Katanya, suspek kini direman selama empat hari bermula semalam untuk disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera.

Bagi kesalahan itu, suspek boleh dipenjarakan sehingga setahun atau denda hingga RM2,000, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Cabul anak jiran: Kontraktor didenda RM7,000



Cabul anak jiran: Kontraktor didenda RM7,000
Tertuduh dikawal ketat anggota polis keluar dari mahkamah selepas denda diputuskan, semalam.
KOTA BHARU - Seorang kontraktor didenda RM7,000 selepas mengaku bersalah mencabul anak jirannya dalam bilik tidur sebuah rumah di Jalan Pengkalan Chepa di sini, tahun lalu.

Hukuman diputuskan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly terhadap Hussni Hussain, 47, dari kampung sama.

Hussni didakwa pada pertuduhan pindaan menggunakan kekerasan jenayah ke atas remaja berusia 13 tahun itu dengan niat mencabul kehormatannya pada jam 3 pagi, 13 Mac di rumah mangsa.

Dalam kejadian itu, mangsa sedang bermain komputer di ruang tamu didatangi tertuduh dan berpura-pura bertanya tentang mancis yang didakwa tertinggal.

Mangsa yang curiga dengan tertuduh kemudian berlari ke dalam bilik tetapi diekori sebelum lelaki itu memegang bahu dan cuba membaringkannya.

Dia bagaimanapun sempat menepis dan berlari ke arah bilik air serta bersembunyi selama 15 minit sebelum menjerit memberitahu abangnya yang sedang menjual burger di luar rumah.

Pada prosiding semalam, Mohd Fazaly Ali turut mengarahkan tertuduh membayar pampasan berjumlah RM3,000 kepada tertuduh selain RM500 dikenakan untuk kos pendakwaan.

Tertuduh dilihat meninggalkan mahkamah setelah denda dan pampasan itu dijelaskan.

Rompak guna pistol: Dua ahli Geng Zawa dipenjara 7 tahun, 3 sebatan



Rompak guna pistol
Engku Asmawi dan Nor Azman dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan, ketika dihadap ke Mahkamah Sesyen Pasir Mas, semalam.
PASIR MAS – Dua pemuda dihukum penjara tujuh tahun dan tiga sebatan, selepas didapati bersalah merompak seorang pekerja pam minyak menggunakan sepucuk pistol.

Mereka yang juga ahli Geng Zawa didakwa merompak Rosmalinda Ahmad, 27, dengan bersenjatakan pistol revolver .38. pada jam 2.30 petang, 23 November lalu.

Dalam kejadian ini, suspek melarikan telefon bimbit Samsung Galaxy Y mangsa dan wang tunai pernigaan RM 2,800.

Selepas kedua-duanya mengaku bersalah, Hakim, Irwan Suainbon menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Azman Mat Yusoff, 38, dan Engku Asmawi Engku Harun, 25.

Mengikut fakta kes, Engku Asmawi yang memandu kereta Proton Wira mengacukan pistol ke arah Rosmalinda kemudian mengambil wang dalam laci pam minyak serta telefon bimbit milik mangsa.

Manakala rakannya, Azman mengambil wang dari pam minyak bersebelahan dan masuk semula ke dalam kereta sebelum memecut laju meninggal kawasan tersebut.

 Engku Asmawi yang berasal dari Pasir Mas berjaya ditangkap pada 24 November lalu manakala Azman dari Bachok, ditangkap tiga hari kemudian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mariah Omar manakala tertuduh-tertuduh tidak diwakili peguam.

Keduanya didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama, berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Hakim memerintahkan kedua-duanya menjalani hukuman berkuasa kuasa dari tarikh semalam.

Suspek merupakan ahli geng Zawa yang diketuai oleh Zawa Abd. Halim, 34, dari Pasir Mas yang ditembak mati oleh polis, dalam kejadian berbalas tembakan di Kilometer 45 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Kampung Kemuning, Machang.

Zawa merupakan penjenayah paling dikehendaki kerana mempunyai sembilan rekod jenayah lampau dan pernah mencederakan seorang anggota polis di Paloh, Gua Musang 1 November lalu.

Bunuh Isteri: Lelaki dihadapkan ke mahkamah




9 Januari 2013
ALOR SETAR - Seorang lelaki berusia 26 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh isterinya di rumah mereka pada hujung Disember lalu.
 
Mohd Syawal Abdullah yang bekerja kampung didakwa membunuh Nor Fatimah Anis Md Radzi, 17, di Kampung Alor Gelegah, Alor Mengkudu dekat sini kira-kira pukul 5 pagi, 28 Dis tahun lalu.
 
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
 
Mohd Syawal yang berkemeja-T biru kelihatan tenang dan hanya menggangguk tanda faham apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh.
 
Selepas pertuduhan dibacakan dia memohon kepada mahkamah supaya dihantar ke hospital segera kerana sejak direman dia mendakwa tidak dapat tidur dan sebelum ini terpaksa bergantung kepada ubat tidur.

"Saya selalu dengar orang bercakap macam-macam kat telinga. Ada orang kata saya sakit psikiatrik tapi saya pun tak tau sakit psikiatrik tu apa," kata Mohd Syawal selepas Majistret memberi kebenaran untuknya bercakap.
 
Timbalan Pendakwa Raya Ana Rozana Mohd Nor kemudiannya memohon kepada mahkamah supaya tertuduh dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak bagi pemeriksaan lanjut.
 
Nur Faizah membenarkan permohonan itu dan menetapkan 12 Feb depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu penyediaan laporan kimia, bedah siasat, lantikan peguam dan laporan perubatan psikologi. - Bernama

Warga emas Saudi terpedaya isterinya hanya 15 tahun



RIYADH - Seorang lelaki Arab Saudi mempertikaikan dakwaan bahawa gadis yang dikahwininya berusia 15 tahun sambil menegaskan telah mengeluarkan belanja besar untuk memberi mas kahwin kepada isterinya itu, atas tanggapan dia berumur 25 tahun.

Petugas kesatuan hak-hak manusia mendakwa gadis itu masih lagi remaja dan mereka berasa marah dengan tindakan yang diambil lelaki berkenaan.

Semasa ditemu bual semalam, lelaki itu memberitahu telah membayar mas kahwin sebanyak AS$20,000 kepada ibu gadis berkenaan.

Beliau kemudian telah membuat laporan kepada pegawai tempatan mengatakan isteri barunya itu bertindak meninggalkannya kerana keluarga gadis itu mengambil semula anak gadis mereka.

Lelaki itu turut menyangka usia isterinya sudah mencecah 25 tahun.

Dia enggan mendedahkan namanya kepada media.

“Isteri saya bukan berusia 15 tahun seperti yang orang luar sangkakan. Dia sudah berusia 25 tahun dan sudah mampu membuat keputusan sendiri tetapi, saya telah tertipu dengan keluarga isteri saya sendiri,” katanya kesal.

Di Arab Saudi tiada undang-undang yang menetapkan umur minimum untuk berkahwin.

Eksekutif fesyen Itali hilang



CARACAS 8 Jan. - Usaha mencari pesawat yang dinaiki seorang eksekutif fesyen Itali, Vittorio Missoni dan lima yang lain yang hilang di Venezuela diteruskan masuk hari keempat, semalam.
Duta Itali ke Venezuela, Paolo Serpi yang menaiki sebuah pesawat turut serta dalam operasi mencari itu yang dibantu oleh dua buah helikopter dan dua kapal pengawal pantai serta lima bot peronda.
Kerajaan Venezuela dalam satu kenyataan kelmarin berkata, kira-kira 400 anggota terlibat dalam usaha mencari yang turut mendapat bantuan 30 penyelam.
Di Itali, Menteri Luar, Giulio Terzi berkata, Itali sedang menimbangkan untuk menghantar pakar mencari daripada jabatan bomba negara itu untuk membantu Venezuela.
Missoni, 58, merupakan Ketua Pegawai Eksekutif gedung Missoni dan anak sulung kepada pengasas syarikat itu, Ottavio yang kini berumur 91 tahun.
Sementara itu, agensi berita Itali, ANSA melaporkan, adik bongsu Missoni, Luca yang merupakan seorang juruterbang turut terbabit dalam operasi mencari pesawat yang dinaiki abangnya itu.
Missoni sedang bercuti di Pulau Los Roques dan pesawat yang dinaiki mereka kali terakhir dikesan berada 18 kilometer di selatan pulau itu. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130109/lu_03/Eksekutif-fesyen-Itali-hilang#ixzz2HRIgW7XY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Jururawat maut dirempuh lori



Jururawat maut dirempuh lori
Perodua Kelisa yang dipandu mangsa dirempuh kenderaan dari arah bertentangan.
Jururawat maut dirempuh lori
Beginilah keadaan kereta mangsa yang dirempuh dua kenderaan.
KULIM - Hasrat seorang jururawat berusia 40-an untuk pergi bekerja tidak kesampaian apabila mangsa maut setelah kereta jenis Perodua Kelisa yang dipandunya dirempuh oleh dua kenderaan lain di lebuh raya berhampiran Desa Aman kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin.

Menurut saksi yang berada di tempat kejadian, mangsa yang tinggal di Taman Desa Aman menuju ke arah Kulim, memotong lori di hadapannya menggunakan lorong sebelah kiri.

"Bagaimanapun  pemandu lori terlibat tidak sempat membrek lalu melanggar bahagian belakang kereta mangsa.

“Akibat rempuhan itu, kereta mangsa berpusing beberapa kali dan masuk ke jalan bertentangan sebelum dirempuh sekali lagi oleh kereta Proton Wira yang datang dari arah Kulim ke Baling.

"Mangsa yang masih beruniform tersepit di tempat pemandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Ketua Trafik Kulim, Asisten Superintendan Ismail Ayob berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada waris bagi tujuan pengebumian.

Menurutnya, pengguna jalan raya jangan sesekali memandu dalam keadaan melulu sehingga membahayakan diri mereka sendiri.

“Sebagai pengguna jalan raya yang berkhemah, kita harus bersabar ketika berada di jalan raya dan jangan bersikap emosi atau agresif terutama ketika kita lambat menghadiri temu janji atau sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian.

Jumpa mayat tanpa kepala



Jumpa mayat tanpa kepala
Anggota forensik ketika melakukan pemeriksaan ke atas mayat.
SUBANG – Dibunuh dan kemudiannya dibakar. Begitulah keadaan mayat seorang lelaki separuh terbakar yang ditemui di tempat sampah sebuah tapak pembinaan di Subang Bistari, semalam.

Mayat tanpa kepala yang masih berpakaian itu secara tidak sengaja ditemui seorang pengutip kayu sebelum bertindak menghubungi polis kira-kira jam 3.35 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang berkata, pemeriksaan pada mayat tersebut mendapati beberapa anggota tubuh mangsa termasuk tangan dan kaki ‘hilang’ dipercayai digonggong oleh anjing liar.

Menurutnya, anggota forensik polis yang melakukan pemeriksaan di sekitar kawasan itu kemudiannya menemui tengkorak serta beberapa cebisan tulang termasuk kasut milik mangsa.

“Tiada sebarang dokumen atau identiti ditemui pada mayat tersebut dan polis masih mengenal pasti identiti mangsa,” katanya.

Siasatan awal mendapati, berkemungkinan mayat itu sudah beberapa hari berada di situ sebelum dijumpai.

Mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau kehilangan ahli keluarga  diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-6141 2222.

Remaja perempuan diragut empat lelaki



WARTAWAN SINAR HARIAN
8 Januari 2013
KULIM - Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun cedera di kepala dan leher apabila diragut oleh empat lelaki tidak dikenalinya di Taman Sang Kancil kira-kira jam 2.30 pagi.

Menurut mangsa, dia sedang menunggang motosikal tiba-tiba datang empat lelaki yang menaiki tiga motosikal berasingan.

Mangsa berkata, seorang daripada suspek kemudian menendang motosikalnya sehingga jatuh. Suspek terus meragut rantai leher, memukul dan kemudiannya melarikan motosikalnya.

Mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan parah bagaimanapun dibantu oleh Ahli Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) sebelum diserahkan kepada unit MPV Balai Polis Lunas untuk membuat laporan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kepada penunggang motosikal terutama golongan remaja perempuan supaya tidak memakai apa-apa barang kemas yang berharga kerana ia hanya akan mengundang kejadian jenayah.

“Selalu kami ingatkan juga agar penunggang motosikal jangan meletakkan beg di dalam raga motosikal, ini semua adalah faktor kejadian ragut sering berlaku,” katanya.

Lapan tahun hilang ibu bapa



Lapan tahun hilang ibu bapa
Kon Yin (kanan) bersama Lean Moy (kiri) pada sidang media bagi mencari ibu bapa Boon Seong yang menghilangkan diri sejak lapan tahun lalu.
IPOH – Niat murni seorang wanita membantu menjaga kanak-kanak lelaki berusia setahun diambil kesempatan oleh pasangan suami isteri dengan meninggalkan anak mereka sebelum menghilangkan diri.

Tahun ini, genap lapan tahun pasangan terbabit tidak menjenguk anak lelaki mereka, Kwok Boon Seong, 9, yang kini tinggal bersama pengasuhnya, Wong Lean Moy, 49, yang hanya bekerja sebagai pencuci pinggan.

Lean Moy berkata, dengan pendapatan yang tidak menentu, menyukarkannya menyara Boon Seong yang kini belajar di sebuah sekolah jenis kebangsaan di sini.

“Ketika Boon Seong berusia setahun, dia dihantar kepada saya untuk menjaga sementara. Saya yang berasa kasihan membantu menjaga ketika mereka keluar bekerja.

Itulah kali terakhir saya melihat mereka.

“Tiada dokumen ditinggalkan oleh mereka kecuali salinan MyKad ibunya. Sijil kelahiran didaftar selepas umurnya berusia dua tahun selepas ibu bapanya tidak pulang menjenguknya,” katanya dalam sidang media di Pejabat MCA Negeri di sini, semalam.

Menurutnya, usaha untuk menghubungi ibu kandung kanak-kanak itu, Kwok Yoon Peng, 32, juga gagal apabila wanita terbabit seolah-olah enggan menjawab panggilannya.

“Saya hanya mengetahui dia menyewa di New Street Papan Lama, Pusing. Bila dijejak, mereka sudah tidak tinggal lagi di situ. Hanya mengetahui Yoon Peng berasal dari Johor Bharu dan kini tinggal di Melaka,” katanya.

Lean Moy berkata, seharusnya pasangan itu bertanggungjawab dan mengambil berat keperluan anak lelaki mereka termasuk menghulurkan bantuan kewangan.

“Saya sudah tidak mampu menjaga Boon Seong kerana pendapatan RM20 sehari tidak mencukupi untuk kami berdua yang kini menyewa bilik di Flat Jalan Chamberlain Hulu, Jalan CM Yusuf di sini.

“Sekiranya tidak mahu menjaga anak mereka, bagilah sedikit wang kepada saya untuk menjaga dan menyekolahkan anak mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan MCA dan Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Lee Kon Yin berkata, bantuan dari pelbagai pihak diperlukan bagi membantu Lean Moy menyara Boon Seong.

“MCA juga akan dari segi keperluan sekolah dan kes ini akan dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk meringankan bebannya yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Bantuan boleh dihulurkan melalui MCA Negeri di talian 05-2536981 atau hubungi saya di talian 012-5151178,” katanya.

Kedai hangus, peniaga hilang punca rezeki



Kedai hangus, peniaga hilang punca rezeki
Muhamad menunjukkan keadaan kedai makan dan kedai runcitnya yang hangus dalam satu kebakaran baru-baru ini.
TAIPING - Seorang peniaga hilang punca pendapatan apabila kedai runcit dan kedai makan miliknya hangus terbakar dalam satu kejadian, Sabtu lalu.

Mangsa, Muhamad Abdul Wahab, 54, berkata, dia telah mengusahakan perniagaan itu sejak 20 tahun lalu.

Menurutnya, kejadian jam 2.30 pagi itu hanya disedari apabila penduduk kampung datang memaklumkan kedai miliknya terlibat dalam satu kebakaran.

“Ketika saya sampai, Jabatan Bomba dan Penyelamat juga telah tiba untuk memadamkan api namun semuanya tidak dapat diselamatkan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau berkata, sehingga kini punca kejadian masih belum diketahui dan anggaran kerugian sebanyak RM30,000.

“Selepas kejadian itu, punca pendapatan saya sudah tiada dan berharap a kedai ini dapat dibina semula.

“Kejadian itu sememangnya mengejutkan kerana semuanya hangus dalam sekelip mata. Tidak ada apa yang dapat diselamatkan, tambahan pula api marak dengan cepat,” katanya.

Muhamad berkata, untuk membina semula kedai itu, dia memerlukan modal sebanyak RM10,000.

“Oleh itu, saya amat berharap agar ada pihak dapat membantu membina semula kedai ini agar saya dapat menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan semula,” katanya.

Peniaga runcit cedera ditetak dua penyamun



Peniaga runcit cedera ditetak dua penyamun
Aksi dua suspek menyerang mangsa yang berjaya dirakam oleh CCTV yang dipasang di kedai runcit dalam kejadian samun di Taman Sungai Siput, kelmarin.
Peniaga runcit cedera ditetak dua penyamun
Aksi dua suspek menyerang mangsa yang berjaya dirakam oleh CCTV yang dipasang di kedai runcit dalam kejadian samun di Taman Sungai Siput, kelmarin.
SUNGAI SIPUT – Seorang peniaga runcit cedera di kepala akibat ditetak dua lelaki dalam satu kejadian samun di Taman Sungai Siput di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mangsa, H Cheng, 63, bersama isterinya yang enggan dikenali didatangi dua lelaki yang memasuki kedai sambil memegang parang berpura-pura membeli sekotak rokok dan bertanyakan arah jalan di kawasan Sungai Siput.

“Leka melayan pertanyaan lelaki itu, rakannya tiba-tiba mengacu parang dan mengugut mencederakan kami jika enggan serahkan wang tunai.

“Saya beritahu tidak ada banyak wang. Berang dengan jawapan saya, mereka menyerang dengan parang dan memaksa kami serahkan wang yang ada,” katanya di sini, semalam.

Cheng berkata, panik dengan keadaan itu, mangsa ditumbuk penjenayah terbabit menyebabkan berlakunya pergelutan di dalam kedai.

“Ketika itulah, kepala saya di tetak sebelum pengsan. Sebelum melarikan diri, mereka sempat mengambil wang di kaunter jualan,” katanya.

Mangsa dibantu oleh jirannya mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Siput dan menerima 20 jahitan di kepala.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Azman Salim berkata, dua suspek sedang dikenal pasti berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Gerakan mengesan suspek yang berusia lingkungan antara 20-an itu sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 935/937 kanun Keseksaan iaitu samun mendatangkan kecederaan,” katanya.

Bot pukat tunda menceroboh



Bot pukat tunda
Bot pukat tunda yang dikesan mencerobohi kawasan persisiran pantai.
SUNGAI BESAR - Tindakan segelintir pengusaha bot pukat tunda beroperasi di kawasan persisiran pantai sebagai cara mudah mencari hasil laut memberi kesan kepada nelayan tradisional di Kampung Nelayan Sungai Haji Dorani.

Nelayan, Rosli Tan, 42, berkata, pencerobohan bot pukat tunda di kawasan berkenaan berlaku sejak 15 tahun lalu.

Menurutnya, kewujudan bot pukat tunda berkenaan meninggalkan kesan kepada nelayan di kawasan ini memandangkan hasil tangkapan mereka semakin berkurangan.

"Akhir-akhir ini, pencerobohan bot pukat tunda semakin kritikal menyebabkan hasil pendapatan nelayan kian kurang disebabkan tangkapan tidak seberapa.

"Selain itu, bot pukat tunda itu juga menyebabkan, tanah di persisiran pantai rosak dan timbul masalah lain antaranya wujud siput duri serta kulit sinting yang boleh merosakkan jaring nelayan tradisional," katanya.

Rosli berkata, bot pukat tunda terbabit seharusnya beroperasi sejauh lima batu nautika dari kawasan persisiran pantai.

"Namun berlaku sebaliknya apabila ia menjalankan tangkapan hasil laut dalam jarak dua batu nautika sahaja.

"Pelanggaran had kawasan ditetapkan itu mengundang tak puas hati nelayan apabila populasi hidupan laut di situ hampir pupus," katanya.

Menurutnya pencerobohan bot pukat tunda tersebut aktif waktu malam bagi menggelakkan pergerakan mereka diketahui nelayan.

“Namun ada juga segelintir pengusaha bot pukat tunda beroperasi siang hari di kawasan persisiran pantai semata-mata bagi memperoleh keuntungan cara mudah,” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Nelayan Sungai Haji Dorani, Abdul Talib Lambak  berkata, nelayan pantai pendapatannya tak seberapa menjadi mangsa jika dibandingkan pendapatan pengusaha bot pukat tunda yang mencecah RM100,000 sebulan.

"Penduduk di sini kebanyakannya nelayan dan keadaan tersebut menjejaskan pendapatan kami untuk menyara keluarga,” katanya.

Menurutnya, pelbagai langkah diambil namun pencerobohan pengusaha bot pukat tunda ini masih berleluasa di kawasan persisiran pantai.

"Masalah berkenaan beberapa kali dilaporkan kepada Jabatan Perikanan Negeri Selangor bagi membolehkan tindakan wajar diambil.

“Namun ia masih berlarutan dan merunsingkan nelayan di sini,” katanya.

Gambar bogel jerat diri




Wong menceritakan ketelanjurannya menghantar gambar bogel di internet kepada Fook Chye, semalam.
KAMPAR – Tindakan menyerahkan gambar bogel kepada seorang wanita yang baru dikenalinya melalui laman sosial WeChat akhirnya menjerat diri sendiri apabila dia menjadi mangsa ugutan.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Wong, 20, berkata, dia mengenali wanita tersebut beberapa hari lalu sebelum bertukar maklumat dan berbual di internet.

Katanya, dia tertarik untuk mengenali wanita terbabit yang mempunyai wajah persis artis Hong Kong berdasarkan gambar profilnya.

“Ketika berbual, kami berjanji untuk saling bertukar gambar bogel sekadar untuk berseronok. Selepas saya serahkan gambar bogel saya, wanita terbabit enggan menunaikan janji menghantar gambar bogelnya pula.

“Bimbang perkara ini diketahui oleh ahli keluarga, saya merayu kepada dia untuk serahkan kembali gambar itu tetapi dia beri pelbagai alasan tidak munasabah,” katanya selepas membuat aduan kepada Adun Keranji, Chen Fook Chye di sini.

Menurutnya, wanita terbabit mengarah untuk bertemunya di Ipoh dan memaksa membayar wang berjumlah RM500 jika tidak mahu gambar bogelnya disebarkan melalui internet.

“Wanita terbabit turut memaksa saya memuaskan nafsunya jika mahu gambar saya dikembalikan. Tidak berakhir di situ, saya menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa bapa wanita terbabit.

“Lelaki itu mendakwa saya sengaja hantar gambar lucah pada anaknya selain mengugut membuat laporan polis.

Saya tertekan dan takut,” katanya.

Wong berkata, dia membuat laporan di Balai Polis Kampar setelah tidak tahan dengan ugutan wanita terbabit.

“Saya bimbang gambar bogel saya akhirnya tersebar di internet. Saya menyesal dengan tindakan tidak bijak saya ini,” katanya.

Bertengkar pertahan ‘teman’


pix_topright Buloh: Akibat mahu ‘mempertahankan’ pekerja wanita warga Indonesia yang gagal mengemukakan pasport, seorang pemilik nurseri yang juga pesakit kusta bertegang leher dengan penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor.

Foto
WARGA asing dibawa masuk ke dalam trak.
Kejadian itu berlaku dalam operasi Jabatan Imigresen Selangor di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN), di sini, semalam susulan pendedahan Harian Metro mengenai pusat berkenaan yang kini ‘ditawan’ warga asing.

Dalam operasi dijalankan bermula jam 12 tengah hari itu, 12 warga Indonesia masing-masing sembilan lelaki dan tiga wanita berusia antara 27 dan 39 tahun ditahan.

Foto

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Selangor Ramli Othman berkata, semua ditahan adalah pekerja nurseri di sekitar kawasan PKKN.



Katanya, semua ditahan adalah warga Indonesia. Tujuh daripadanya tinggal lebih masa manakala bakinya tidak memiliki pasport.

Filem cetuskan kemarahan



Jakarta: Beberapa kumpulan etnik Indonesia membuat laporan polis mengenai filem terbaru arahan Hanung Bramantyo.

Filem berkenaan mengisahkan percintaan pasangan berbeza agama, wanita keturunan Minang beragama Katolik dan lelaki Jawa beragama Islam yang berusaha mendapatkan restu daripada ibu bapa masing-masing.


Masyarakat Belia Minang Indonesia dan Badan Penyelaras Masyarakat dan Budaya Minangkabau membuat laporan polis atas alasan filem berkenaan mencetuskan rasa benci terhadap etnik Minang.

“Umum mengetahui bahawa kebanyakan orang Minang adalah penganut Islam yang taat tetapi filem itu menunjukkan sebaliknya,” kata peguam etnik itu, Zulhendri Hasan.


Menurutnya, sebahagian besar masyarakat Minang tersinggung dengan dialog yang diucapkan oleh watak heroin yang dilakonkan Agni Pratistha yang berkata, dia gemar makan daging babi berempah, makanan yang haram dimakan penganut Islam.


Zulhendri berkata, Hanung sepatutnya menghasilkan filem antara pasangan berlainan agama tanpa menjelaskan latar belakang etnik mereka.

Beliau menggesa Lembaga Penapisan Filem (LSF) menarik balik filem berkenaan dari pawagam.


Bantahan terhadap filem Hanung bukan sesuatu yang baru. Sebelum ini, filem yang mengisahkan konflik antara pengikut berbeza kepercayaan agama di Indonesia dikecam Majlis Ulama Indonessia (MUI) dan mencetuskan bantahan beberapa kumpulan Islam, termasuk Front Pembela Islam.

Antara lain, bantahan itu berpunca daripada watak heroin dalam filem berkenaan yang menukar agamanya daripada Islam kepada Katolik. - Jakarta Post

Penari lelaki memalukan




 2  0 Google +1  0  0 Cetak
Oleh Norul Awatif Romli

Shah Alam: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menafikan malah terkejut dengan persembahan mengghairahkan pada malam mesra jabatan itu yang berlangsung di hotel terkemuka di bandar raya ini malam Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sebelum ini tidak pernah menganjur mana-mana program yang bertentangan dengan teras agama dan prinsip PDRM.
Katanya, majlis itu diadakan sempena meraikan bakal pesara dan pertukaran beberapa pegawai dan anggota.

“Malam mesra itu diadakan hanya untuk kakitangan serta anggota JSJ IPD Shah Alam saja dan diadakan secara tertutup.


“Gambar tarian seperti yang tersebar ini sebenarnya tidak diusulkan PDRM. Isu ini memang tidak timbul sama sekali ketika latihan raptai dilakukan dan kami sendiri tidak menempah penari berkenaan seperti yang disiarkan di Facebook,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Tengkorak kanan mangsa retak



Semporna: Kematian kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang mayatnya ditemui di dalam tong dram diklasifikasikan sebagai kes bunuh sebaik polis menerima laporan forensik daripada hospital mengenai punca kematiannya.

Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Firdaus Francis Abdullah berkata, laporan forensik mendapati mangsa, Nureffa Sahira mengalami kecederaan di kepala sehingga menyebabkannya meninggal dunia.


“Hasil laporan mendapati, ada keretakan di tengkorak kanan mangsa, sekali gus menjawab persoalan punca kematian kanak-kanak berkenaan.

“Sehubungan itu, kes ini disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika disabitkan kesalahan,” katanya ketika dihubungi semalam.


Menurutnya, siasatan lanjut diteruskan terhadap orang ramai yang berada di kawasan berkenaan termasuk ahli keluarga terdekat.


Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang sejak 31 Disember lalu dan akhirnya ditemui dalam keadaan menyayat hati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Salimbangun, dekat sini, Khamis lalu.

Mangsa ditemui pada jam 2 petang oleh penduduk kampung dalam keadaan tubuhnya dipenuhi ulat dan mulai reput kira-kira 500 meter dari kediamannya.

Lenyekan baring atas jalan




Miri : Seorang lelaki sengaja baring di atas jalan raya mati selepas dilanggar sebuah kereta dalam kejadian berhampiran sebuah rumah panjang di Jalan Batu Niah, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3.45 pagi itu, mangsa Thomas Sangkai, 20, dari Saratok meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.


Sumber berkata, mangsa bekerja di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran tempat kejadian berbaring di tengah jalan disebabkan mabuk dan dia kemudiannya dilanggar sebuah kereta Toyota Camry.

Menurutnya, keadaan jalan gelap berikutan tiada lampu di kawasan berkenaan menyebabkan pemandu kereta terbabit lingkungan 30-an tidak menyedari kehadiran mangsa di tengah jalan itu.


“Pemandu terbabit hanya menyedari kejadian itu apabila terdengar dentuman kuat di bawah keretanya. Apbila berhenti dan memeriksa baru sedar melanggar seseorang,” katanya.

Bapa, anak kantoi khalwat




Melaka: Bapa borek anak rintik. Itu yang digambarkan terhadap dua beranak apabila si ayah ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan seorang ibu tunggal dan pada masa sama anak gadisnya ditemui berkurung bersama teman lelakinya di bilik di rumah sama di Bukit Katil, di sini.

Dalam operasi jam 12.30 tengah malam, Sabtu lalu, sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyerbu rumah didiami seorang ibu tunggal berusia 46 tahun dan anak lelakinya berusia 15 tahun.
Dalam pemeriksaan dilakukan, anggota penguat kuasa menemui seorang lelaki berusia 48 tahun berstatus duda di ruang tamu rumah berkenaan dan siasatan mendapati dia kenalan rapat kepada wanita terbabit.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM, Rahimin Bani berkata, selepas menemui lelaki berstatus bukan muhrim itu anggotanya terus membuat pemeriksaan lanjut. Selepas soal tanya mendapati ada dua lagi individu iaitu anak kepada wanita terbabit dan anak perempuan lelaki itu yang berusia 14 tahun.


Katanya, ketika pintu sebuah bilik diketuk ia dibuka remaja perempuan berkenaan dan apabila diperiksa menemui seorang lelaki berusia 18 tahun menyorok di dalam almari.

Bahana bekam



Singapura: Seorang pengurus kejuruteraan mendakwa sesi bekam Cina yang tidak dilakukan dengan sempurna oleh pakar terapi menyebabkan dia melecur teruk T Arunn, 48, mendakwa kecederaan melecur dialaminya sangat teruk hingga mengambil masa 10 bulan untuk pulih, lapor akhbar Shin Min Daily.

Terapi bekam dengan api adalah perubatan alternatif Cina di mana ahli terapi memanaskan udara dalam gelas, logam atau cawan kayu menggunakan api dan kemudian menekapnya ke bahagian kulit.


Pengamal perubatan tradisonal percaya proses itu membantu pengaliran darah untuk memulihkan penyakit. Arunn berkata, dia pergi ke pusat kesihatan di Kompleks Fu Lu Shou di Bugis untuk mendapatkan rawatan. Menurutnya, sebelum ini dia tidak mengalami masalah ketika melakukan rawatan bekam dan kunjungannya ke pusat kesihatan itu yang pertama sekadar untuk mencuba.

Arunn berkata, ahli terapi meletakkan 11 cawan di belakangnya sebelum menanggalkan ia 15 minit kemudian.


Arunn memberitahu, dia berasa ahli terapi itu tidak begitu mahir. Selepas mereka menanggalkan semua cawan di belakang tubuhnya, bahagian belakang badannya berasa panas.


Apabila dia melihat bahagian belakang tubuhnya di cermin, dia terkejut melihat kulitnya melecur membentuk bulatan cawan berkenaan.

Ahli terapi terbabit memberitahunya cawan itu mungkin dibiarkan terlalu lama dan meyakinkannya tiada apa perlu dibimbangkan.


Bagaimanapun, apabila pulang ke rumah, kesakitan di belakang tubuhnya semakin menjadi-jadi. Dia kemudian mendapatkan nasihat doktor dan diberitahu kulitnya melecur tahap kedua.

Doktor di hospital tempat dia dirawat memberitahunya ada 11 bulatan kesan melecur di tubuhnya. Kira-kira empat peratus daripada seluruh permukaan kulitnya melecur tahap kedua. Ia bersamaan dengan saiz empat telapak tangan. - Shin Min Daily

Mengaku tembak rakan selepas dipersenda



Kalasin: Seorang lelaki mengaku menembak mati rakannya dan mencederakan adik mangsa selepas mereka mempersendakannya dan mengetuk kepalanya berulang kali, kata polis semalam.

Polis menahan Krenkamol Chaweewong, 27, kerana menembak Kiat Phasdor, 28, dan Tortrakul Phasdor, 26 di kediaman mereka pada 5 Januari lalu.


Torttakul masih dalam keadaan kritikal di hospital.

Suspek yang mengaku menembak kedua-dua lelaki berkenaan memberitahu polis, mereka bertindak melampau apabila mengetuk kepalanya dan tidak menghormatinya di depan teman wanitanya pada satu majlis makan malam.


Menurutnya, dia merayu mereka supaya berhenti tetapi mereka terus mempersendakannya. Kerana hilang sabar, dia pergi ke traknya dan mengambil pistol lalu menembak kedua-dua beradik itu. Suspek berkata, dia menyesal terhadap tindakannya itu. - BP

Ibu hamil terbabit nahas selamat



Melaka: Seorang ibu hamil yang dipercayai baru pulang menjalani pemeriksaan kandungannya nyaris maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu terbabit dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Persimpangan Seri Negeri-Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, di sini, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 1.10 tengah hari, mangsa berusia lingkungan 30-an yang memandu Toyota Avanza itu dari bandar raya ini menghala ke Ayer Keroh.


Sumber berkata, ketika kejadian kereta MPV itu berada di lampu isyarat di kawasan itu bersama sebuah motosikal yang turut terbabit dalam kemalangan berkenaan.

“Kejadian berlaku apabila sebuah Perodua Myvi yang datang dari Plaza Tol Ayer Keroh dipercayai membelok ke kanan secara tiba-tiba dan melanggar sebuah lagi kereta jenis sama.


“Perlanggaran itu menyebabkan kedua-dua kenderaan berkenaan kemudian melanggar Toyota Avanza dan motosikal terbabit,” katanya di sini, semalam.


Difahamkan, sebuah Honda Civic yang berada di persimpangan berkenaan turut melanggar satu daripada kenderaan berkenaan dan remuk di bahagian depan.

Kata sumber itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kecuali penunggang motosikal patah kaki dan dihantar ke Hospital Melaka (HM) untuk rawatan lanjut. Sementara itu, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Ahmad Adnan Basri ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Cekup wanita lagak polis




Shah Alam: Seorang wanita ditahan selepas menyamar sebagai pegawai berpangkat inspektor dari Bahagian Tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di rumahnya di Setia Alam, di sini, malam kelmarin.

Bagaimanapun, polis masih menyiasat tujuan wanita terbabit yang mempunyai pengetahuan mengenai selok-belok bidang kepolisan menyamar pegawai polis dengan mengunjungi beberapa balai polis di daerah ini dan Klang.


Dalam serbuan jam 7.45 malam itu, polis menahan suspek yang berusia 29 tahun selain merampas sehelai uniform lengkap pegawai polis berpangkat inspektor.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Zahedi Ayob (gambar) berkata, suspek berasal dari Sabah itu dipercayai sudah lama aktif menyamar pegawai polis berdasarkan hasil risikan pihaknya.


Katanya, ketika ditahan, wanita terbabit yang tidak memakai uniform lengkap polis berlegar-legar dalam kawasan perumahan di Setia Alam, di sini.


Difahamkan, sebelum ini, suspek menyamar sebagai pegawai polis dengan mengunjungi beberapa balai polis di daerah ini dan Klang.

“Polis sudah lama mendapat maklumat kejadian itu, tetapi tidak mempunyai bukti kukuh bagi menahan suspek. Namun semalam (kelmarin) sejurus menerima maklumat, suspek ditahan bagi membantu siasatan.


“Hasil pemeriksaan lanjut pada kenderaan mangsa, polis menemui uniform lengkap polis dalam keretanya Perodua Myvi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, semalam.

Zahedi berkata, polis kini melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti sama ada terdapat mana-mana individu termasuk pegawai dan anggotanya yang pernah menjadi mangsa suspek.


Katanya, motif wanita terbabit menyamar anggota masih dalam siasatan.


“Kami tidak tahu punca suspek menyamar, tapi polis masih menyiasat sama ada ia bertujuan jenayah kerana kes seperti ini pertama kali dilaporkan berlaku di Selangor,” katanya.

Kokain dalam minyak rambut

FotoKuala Lumpur: Lima warga asing termasuk seorang wanita dipercayai keldai dadah ditahan polis ketika cuba menyeludup syabu dan kokain yang dianggarkan bernilai RM5 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Semua mereka diberkas dalam tiga serbuan berasingan sejak penghujung Disember lalu hingga kelmarin, membabitkan rampasan syabu seberat 33.37 kilogram dan kokain sebanyak 8.4 kilogram.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, empat daripada suspek ditahan adalah warga India dan manakala wanita terbabit rakyat Thailand yang semuanya berusia 25 hingga 41 tahun.
“Dalam kes pertama jam 2.50 petang, 26 Disember lalu, tiga lelaki warga India yang juga penumpang penerbangan dari Colombo, Sri Lanka ditahan bersama 13 bungkusan disyaki syabu seberat 8.4 kilogram yang disembunyikan dalam bagasi selain dililit pada pinggang dan betis suspek.

“Kes kedua pula pada 30 Disember tahun lalu jam 3 petang apabila polis menahan seorang wanita warga Thailand yang tiba dengan penerbangan dari Dubai kerana disyaki memiliki kokain seberat 1.8 kilogram yang disorokkan dalam tiga botol minyak rambut,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, bagi kes terbaru tahun ini, seorang lelaki warga India yang tiba dari Chennai, India, ditahan jam 12.45 tengah hari kelmarin bersama beg mengandungi 14 kotak makanan termasuk coklat dan biskut.
NOOR Rashid menunjukkan kotak makanan yang digunakan suspek untuk menyeludup syabu.
“Hasil pemeriksaan mendapati semua kotak terbabit berisi 32 bungkusan plastik mengandungi dadah dipercayai syabu seberat 24.97 kilogram,” katanya.

Kekasih 12 jam ugut gambar bogel



Kampar: Seorang pemuda diburu kebimbangan dengan tindakan bodohnya yang menyerahkan gambar bogel kepada wanita yang baru dikenali tidak sampai 12 jam, menyebabkannya menjadi mangsa peras ugut selain dipaksa melakukan hubungan seks dengan suspek.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Wong, 20, mendakwa menjadi mangsa wanita itu selepas berkenalan melalui laman sosial.


Dia yang berasal dari Kranji, di sini, mengenali wanita itu melalui laman sosial VChat awal minggu lalu sebelum saling bertukar maklumat dan berbual di Internet.

“Ketika itu kami membuat perjanjian untuk saling bertukar gambar bogel masing-masing hanya sekadar untuk berseronok.


“Bagaimanapun, selepas saya menyerahkan gambar bogel saya kepadanya, wanita terbabit enggan menunaikan janji menghantar gambar bogelnya sebagai pertukaran,” katanya.


Menurutnya, dia bimbang gambar bogel berkenaan disalahgunakan wanita terbabit jika ia disiarkan di Internet, malah dia lebih khuatir jika perkara itu diketahui ahli keluarganya.

“Walaupun saya merayu kepada wanita berkenaan supaya menyerahkan kembali gambar itu, wanita terbabit memberi pelbagai alasan tidak munasabah,” katanya.


Menurutnya, wanita terbabit menghubunginya dan mengarahkan datang ke bandaraya Ipoh untuk berbincang selain memaksa memuaskan nafsu.

Dia mendakwa wanita terbabit turut memaksanya membayar wang RM500 jika tidak mahu gambar bogel itu disebarkan melalui Internet.


“Saya tambah tertekan apabila seorang lelaki yang mendakwa bapa kepada wanita terbabit tiba-tiba menghubungi saya sebelum memarahi kerana mendakwa saya sengaja menghantar gambar lucah kepada anaknya.


“Dia mengugut akan membuat laporan polis selain turut mengeluarkan pelbagai kata-kata kecaman. Saya tambah tertekan dan hampir membunuh diri kerana terlalu takut,” katanya selepas membuat aduan kepada Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kranji, Chen Fook Chye di sini, semalam.


Menurutnya, dia kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kampar, di sini, selain membuat pemeriksaan jika ada individu tertentu yang membuat laporan berhubung gambar bogelnya.

Buru suspek samun operator pengeluaran



Shah Alam: Dua lelaki kini diburu polis selepas disyaki menyamun seorang operator pengeluaran warga Bangladesh membabitkan kerugian RM22,000 dalam kejadian akhir November tahun lalu.

Mangsa juga menanggung kesakitan apabila menerima 62 jahitan di tangan selepas ditetak dalam kejadian di Bukit Rahman Putra, di sini.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, kedua-dua suspek dikenali sebagai A Nirmal Selvan, 26, yang alamat terakhir No 13A 15, Blok B, Taman Putra Damai, Lembah Subang dan S Kesavan, 26, yang alamat terakhir di No 26, Jalan BPP 4/8, Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, bagi membantu siasatan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Ishrak Ahmad Nazri di talian 019-6585303 bagi membantu siasatan. Dalam kejadian berasingan, polis memburu Joseph Aaron, 25, yang beralamat di No 91 Jalan PUJ 9/2 Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan kerana dipercayai terbabit kejadian samun sepasang suami isteri yang juga pemilik sebuah kedai runcit di Taman Sri Manja, Petaling Jaya, di sini, 30 November tahun lalu.

Wanita belasah pencabul



Kuala Lumpur: Tindakan seorang lelaki warga Nepal berusia awal 30-an mencabul seorang wanita yang berjalan di sebuah pusat membeli-belah di Jalan Putra, di sini, mengundang padah apabila dia cedera dibelasah mangsa, kelmarin.

Lebih malang apabila dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, lelaki itu yang dilaporkan cedera ringan di kepala turut diberkas pihak berkuasa sejurus kejadian berkenaan.


Menurut sumber, mangsa berusia 44 tahun yang berjalan sendirian mendakwa dihampiri lelaki terbabit sebelum tiba-tiba lelaki itu meramas buah dadanya.

“Tindakan itu mengundang kemarahan mangsa sebelum bertindak memukulnya. Malah, pada masa sama, mangsa menjerit meminta bantuan daripada pengawal keselamatan dan orang awam.


“Jeritan kuat mangsa didengari seorang pengawal keselamatan dan dua polis bantuan yang berada berhampiran kawasan berkenaan sebelum mereka bergegas memberikan bantuan kepada mangsa yang ketika itu sedang bergelut dengan lelaki terbabit,” katanya.


Sumber berkata, lelaki itu yang cuba meloloskan diri dapat diberkas sebelum dibawa ke Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk tindakan lanjut.

Katanya, mangsa dilaporkan tampil membuat laporan di balai polis sama kira-kira sejam kemudian dengan ditemani ahli keluarganya.

Gaduh berebut perempuan



Nazri menunjukkan lokasi dua lelaki Myanmar diserang dengan batu bata dan kayu berpaku  hingga cedera. - Foto Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
 

Nazri menunjukkan lokasi dua lelaki Myanmar diserang dengan batu bata dan kayu berpaku hingga cedera. - Foto Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
Kuala Kurau: Hanya kerana berebut perempuan, dua warga asing cedera termasuk seorang parah diserang empat lelaki bersenjata di sebuah rumah di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang di Taman Pelangi Batu 7 di sini itu, empat lelaki berusia antara 30 hingga 45 tahun bersenjatakan kayu berpaku dan batu bata dipercayai menyerang hendap mangsa warga Myanmar yang mengecat rumah pelanggan mereka.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan, berkata akibat serangan itu, seorang daripadanya parah di kepala dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Parit Buntar manakala rakannya cedera ringan di badan.

Siasatan awal polis mendapati kumpulan suspek bekerja di sebuah kilang baja dan berkawan dengan kedua-dua mangsa tetapi mula berselisih faham disebabkan masalah perempuan, katanya di sini, semalam.

Fauzi berkata, semua suspek ditahan pada hari sama di rumah mereka tidak jauh dari tempat kejadian manakala kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, seorang saksi yang juga tuan rumah lokasi kejadian, Nazri Abdul Rahman, 37, berada di dalam rumah untuk memantau kerja pengubahsuaian rumahnya sebelum terdengar kekecohan di luar rumah.

Saya keluar rumah dan mendapati dua pekerja kontrak yang mengecat tembok pagar diserang empat lelaki.
Seorang daripadanya rebah berlumuran darah manakala rakannya berlari meminta tolong sebelum terjatuh, katanya yang menghu-bungi polis bagi melaporkan kejadian.

Guru TADIKA cedera dalam cubaan rogol



 
Chukai: Seorang guru TADIKA cedera kedua-dua mata, mulut dan kepala selepas dipukul dengan seterika oleh seorang lelaki yang cuba merogolnya di Kampung Dusun Nyior di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.45 tengah malam itu, mangsa berusia 47 tahun, yang juga ibu tunggal, tidur sendirian di rumahnya sebelum terkejut dengan kehadiran suspek di dalam biliknya.
Sumber berkata, mangsa bergelut dengan suspek dalam usaha mempertahankan diri daripada dinodai suspek yang dipercayai berusia lingkungan 16 hingga 25 tahun.

Mangsa yang terjaga daripada tidur, bergelut dengan suspek yang cuba merogolnya. Dalam pergelutan itu, mangsa cedera akibat dipukul dengan seterika oleh suspek.

Mangsa yang tidak berdaya untuk melawan akibat dibelasah, menjerit meminta tolong yang menyebabkan lelaki itu panik dan melarikan diri, kata sumber itu.

Padah hina guna twitter



 
Bandar raya Kuwait: Mahkamah rendah Kuwait semalam menghukum penjara dua tahun seorang lelaki kerana menghina emir melalui twitter, hukuman kedua dalam tempoh beberapa hari.

Ayyad al-Harbi dipenjara selama dua tahun, kata pengarah Hak Asasi Masyarakat Kuwait, Mohammad al-Humaidi melalui akaun twitter.
Harbi perlu menjalani hukuman terbabit dengan segera sebelum keputusan rayuan beliau dan perintah mahkamah agung diketahui, kata Humaidi.

Ahad lalu, mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap Rashed al-Enezi, yang berhadapan dengan tuduhan sama. Enezi ditahan di mahkamah dan dihantar ke penjara.

Dalam keputusan lain, mahkamah pada Isnin lalu membebaskan aktivis pembangkang, Osama al-Munawer, seorang ahli parlimen yang dipecat pada 2012, atas dakwaan berbohong mengenai kuasa emir dan merendahkan statusnya.

Munawer ditahan dan disiasat selepas membuat ucapan pada satu perhimpunan umum 13 Oktober lalu. Beliau kemudian didakwa atas tuduhan menghina emir.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Victoria Nuland berkata Washington menyatakan kebimbangan terhadap Kuwait mengenai hukuman itu.
Kami gesa kerajaan Kuwait mengikut tradisi menghormati kebebasan berhimpun, berpersatuan dan bersuara, kata Nuland kepada pemberita sambil menambah bahawa hak berkenaan termaktub dalam perjanjian antarabangsa.
AFP

Dua nelayan edar kanabis dihukum mati



 
Alor Setar: Dua nelayan termasuk seorang warga Thailand dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam, selepas didapati bersalah mengedar 9.589 kilogram (kg) dadah jenis kanabis, tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Abdul Wahab, menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh Abdul Aziz Yatim, 42, dan Abdun Hamid Masman, 44, selepas pihak pendakwa membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di atas sebuah bot tiada nombor pendaftaran kira-kira 0.2 batu nautika dari pantai Kuala Jerlun, kira-kira jam 12.20 tengah hari 9 Januari tahun lalu.

Aziz yang berasal dari Langkawi, Kedah dan Abdun Hamid dari Satun, Thailand dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Remaja hilang ditemui



 
Mersing: Seorang remaja berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Tanjung, dekat sini sejak 31 Oktober tahun lalu, ditemui di Banting, Selangor dan bekerja di kedai sajian makanan.

Nur Azira Atiqah Ahmad Darus, dikatakan keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarga untuk bekerja sebelum menghubungi keluarganya 2 Januari lalu dan pulang semula ke rumahnya.
Ibunya, Zaimah Muda, 35, bersyukur apabila anak sulung daripada empat beradik itu ditemui dengan selamat dan tidak menyangka dia keluar rumah semata-mata untuk bekerja.

Saya hanya menyedari Nur Azira hilang selepas dimaklumkan dia tidak hadir ke sekolah pada hari kejadian. Saya berterima kasih kepada semua pihak termasuk BH yang melaporkan kehilangannya sehingga ditemui semula, katanya.

Sementara itu Nur Azira berkata, beliau bercadang untuk bekerja selepas tamat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tetapi tidak berani memberitahu keluarga sehingga mengambil keputusan keluar rumah tanpa pengetahuan mereka.

Dua penjenayah Geng Zawa dipenjara, sebat



ENGKU ASMAWI dan Azman dijatuhi hukuman penjara dan sebat oleh Mahkamah Sesyen Pasir Mas semalam.


PASIR MAS - Dua anggota penjenayah Geng Zawa dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merompak seorang pekerja sebuah stesen minyak menggunakan sepucuk pistol di sini pada November lalu.
Hakim Irwan Suainbon menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Engku Asmawi Engku Harun, 25, dan Azman Mat Yusoff, 38, selepas kedua-dua tertuduh itu mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.
Engku Asmawi dan Azman didakwa melakukan rompakan secara berkumpulan ke atas Rosmalinda Ahmad, 27, dengan melarikan sebuah telefon bimbit Samsung Galaxy Y milik mangsa dan wang tunai hasil jualan minyak sebanyak RM2,800 menggunakan sepucuk pistol revolver .38 di sebuah stesen minyak di sini pada pukul 2.30 petang, 23 November lalu.
Engku Asmawi dari Pasir Mas dan Azman dari Bachok didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebat.
Mengikut fakta kes, semasa kejadian, mangsa sedang bekerja di pam minyak sebelum didatangi sebuah kereta Proton Wira dinaiki dua lelaki yang berhenti di pam minyak tempat mangsa bertugas sebelum merompak mangsa dan wang di kaunter minyak itu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mariah Omar manakala tertuduh-tertuduh tidak diwakili peguam.
Irwan memerintahkan tertuduh-tertuduh menjalani hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh semalam.
Engku Asmawi dan Azman merupakan penjenayah yang menganggotai Geng Zawa yang banyak terlibat dalam kes-kes rompakan dan curi kenderaan di negeri ini.
Ketua penjenayah kumpulan itu yang dikenali sebagai Zawa Abd. Halim, 34, dari Pasir Mas yang mempunyai sembilan rekod jenayah mati ditembak polis di Kilometer 45 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai berhampiran Kampung Kemuning, Machang pada 31 Oktober tahun lalu.
Zawa menjadi buruan polis selepas dia mencederakan seorang anggota polis di Paloh, Gua Musang ketika kereta Perodua Myvi milik sepasang suami isteri yang dilarikan cuba diperiksa oleh anggota polis terbabit sehari sebelum itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2HQdnemqc 
Hakcipta terpelihara 

Tarian lucah cemari majlis polis




GAMBAR menunjukkan tiga individu berpakaian menjolok mata sambil melakukan tarian lucah pada satu majlis anjuran polis Shah Alam di sebuah hotel Jumaat lalu kini tersebar di laman sosial Facebook dan blog.


SHAH ALAM – Majlis tertutup untuk meraikan bakal pesara, pegawai dan anggota polis berpangkat rendah daerah ini yang akan bertukar dicemari insiden memalukan apabila tiga lelaki yang memakai pakaian dalam wanita melakukan aksi tarian separuh bogel Jumaat lalu.
Kejadian itu mengejutkan warga polis Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Shah Alam kerana difahamkan persembahan yang sepatutnya diadakan di sebuah hotel terkemuka di Selangor itu berbentuk tarian tradisional.
Bertemakan Majlis Malam Mesra, Sekalung Budi, Segunung Intan, majlis itu hanya dihadiri oleh anggota dan pegawai polis Shah Alam dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah itu sebagai orang kenamaan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, insiden itu telah mencetuskan kontroversi apabila gambar memalukan itu tersebar di laman sosial Facebook dan blog sehingga mendapat kritikan pelbagai pihak.
Katanya, siasatan mendapati, tarian separuh bogel itu bukan sahaja langsung tidak termasuk dalam aturcara majlis malah, ia tidak ditempah dan tidak diadakan ketika sesi raptai serta latihan.
“Tarian itu dipersembahkan secara tiba-tiba dan penari terbabit pula merupakan golongan lelaki yang memakai pakaian dalam wanita. Ia berlaku secara mengejut dan spontan tanpa izin penganjur.
“Kita sedang menyiasat mengapa dan bagaimana ia boleh berlaku dan siapa yang bertanggungjawab. Penganjur telah membuat aduan kepada pihak pengurusan hotel pada malam itu juga dan saya sedang membuat pertanyaan sulit mengenainya,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Tambahnya, majlis tertutup itu diadakan untuk meraikan bakal pesara, pegawai dan anggota polis pangkat rendah daerah ini yang akan bertukar tempat bertugas.
Menurut Zahedi, Polis Diraja Malaysia selama ini tidak pernah menganjurkan acara tidak bermoral seperti itu yang nyata bertentangan dengan agama Islam dan budaya pasukan keselamatan itu.
Tinjauan Kosmo! mendapati, gambar tersebut jelas memaparkan imej tiga individu memakai rambut panjang, seluar dalam dan coli sedang menari dalam aksi ghairah berlatarbelakangkan tulisan Majlis Malam Mesra, Sekalung Budi, Segunung Intan Polis Shah Alam.
Gambar tersebut menerima kecaman pelbagai pihak. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah melalui akaun Facebook peribadinya melahirkan rasa terkejut melihat gambar itu.
Tun Hisan menyatakan polis tidak sesekali menyokong kemungkaran sebegitu dan akan menyiasat kejadian berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2HQdRnjeD 
Hakcipta terpelihara