Search This Blog

Saturday, January 5, 2013

Sindiket penyeludupan tumpas



JEMPOL 4 Jan. - Polis menumpaskan satu sindiket penyeludupan selepas menahan empat anggota kumpulan itu serta merampas pelbagai barang seludup seperti arak, rokok dan mercun bernilai lebih RM50,000 dalam tiga serbuan di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Hamzah Alias berkata, dalam serbuan pertama pihaknya menyerbu sebuah rumah di Taman Muhibbah, Bahau dan menahan seorang lelaki berusia lingkungan 50-an dan seorang wanita berusia 20-an.
"Hasil pemeriksaan di rumah itu, polis merampas sebanyak 49 karton minuman keras pelbagai jenis dan 1,025 karton rokok.
"Susulan tangkapan ini, polis menyerbu sebuah rumah di Taman Meranti dan menahan seorang wanita berusia lingkungan 40-an selain berjaya merampas sejumlah mercun, rokok serta minuman keras," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini semalam.
Menurut Hamzah, susulan kejayaan itu, pihaknya menyerbu sebuah rumah di Taman Panjis, Rompin dan menjumpai sejumlah mercun dan rokok pelbagai jenama.
"Polis menahan seorang wanita warga emas berusia 70-an yang berada di kediaman berkenaan ketika serbuan dilakukan," katanya.
Menurut beliau, polis percaya semua barang tersebut diseludup dari negara jiran sebelum dijual di daerah ini berikutan permintaan tinggi terutama ketika musim perayaan.
"Semua barang yang dirampas dianggarkan bernilai lebih RM50,000 dan kesemua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut," katanya.
Tambahnya, kesemua suspek disiasat mengikut Akta Kastam 1967 kerana memiliki barang seludup dan Akta Bahan Letupan 1957.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130105/ws_05/Sindiket-penyeludupan-tumpas#ixzz2H6TaxRgp
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki Thailand didakwa dera bayi



KANGAR 4 Jan. - Seorang lelaki warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas dakwaan mendera anak perempuannya yang berusia 37 hari pada hujung tahun lalu.
Surasak Lateh, 26, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Sofia Julianna di Lot 38, Batu 20, Kampung Tersusun, Padang Besar dekat sini pada pukul 5.30 pagi, 24 Disember tahun lalu.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja mendedahkan kanak-kanak tersebut dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi mangsa.
Dakwaan terhadap tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.
Surasak juga menghadapi tuduhan kedua iaitu didakwa menggunakan dadah jenis methamphetamine dan amphetamine di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar pada pukul 8.30 malam, hari yang sama.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun dan wajib menjalani pengawasan tidak lebih dari tiga tahun.
Majistret Zuhair Rosli membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 bagi tuduhan mendera dan RM4,000 untuk tuduhan menggunakan dadah, masing-masing dengan dua penjamin warga tempatan.
Beliau juga memerintahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran seminggu sekali sehingga kes tersebut berakhir dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kedua-dua kes itu pada 8 Februari ini.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Syazwani Mohamad Sobry manakala tertuduh diwakili peguam bela, Prem Singh Mohan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20130105/wu_03/Lelaki-Thailand-didakwa-dera-bayi#ixzz2H6TQ2cc9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penduduk bimbang tembok rumah runtuh



HARUN Hanafiah melihat kesan runtuhan tebing rumahnya Kampung Rambong Batu 7, Baling, semalam.
BALING 4 Jan. - Seorang penduduk terkejut apabila sebahagian tembok penghadang rumahnya runtuh dan terhumban ke dalam parit di Kampung Rambong. Batu 7, di sini hari ini.
Selepas kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, Harun Hanafiah, 57, dan keluarganya kini bertambah risau jika berlaku lagi runtuhan di tebing parit itu hingga melibatkan ruang dalam rumah pula.
"Sehari suntuk saya tidak dapat tidur kerana memikirkan keselamatan saya dan keluarga. Saya risau sekiranya runtuhan tebing menjadi lebih teruk," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Menurutnya, semasa kejadian, dia bersama tiga ahli keluarganya sedang tidur dan tiba-tiba terdengar bunyi runtuhan kuat sebelum bergegas ke luar rumah untuk melihat bunyi runtuhan itu.
"Saya terkejut setelah mendapati tembok penghadang runtuh ke dalam parit," katanya sambil menambah itu adalah kejadian kedua selepas 22 November lalu.
Sebelum ini, Harun berkata, kejadian sama berlaku sehingga meruntuhkan jambatan parit yang kemudiannya telah dibaik pulih oleh pihak berwajib.
"Namun, saya tidak menyangka kejadian sama akan berulang tahun ini. Kali ini lebih teruk kerana melibatkan struktur kediaman rumah," katanya.
Katanya, kejadian tebing runtuh ini dipercayai berpunca daripada aliran air yang deras berikutan hujan lebat sejak kebelakangan ini.
"Tidak mustahil, tebing ini akan terus terhakis sekiranya tidak mempunyai tindakan segera daripada pihak berkenaan," ujarnya.
Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Datuk Azmi Che Hussin berkata, pihaknya memandang serius tentang kejadian tebing runtuh di daerah ini dan beliau akan cuba mencari penyelesaian segera bagi memastikan tidak berulang.
"Kita kena mencari langkah untuk jangka masa panjang, bukannya sekadar membaik pulih kawasan yang terlibat dalam kejadian ini," katanya semasa melawat lokasi kejadian.
Hadir sama Pegawai Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Sik/Baling, Nazatul Azni Hamzah.
Menurut Nazatul, mesyuarat pelaksanaan yang dipengerusikan oleh ICU akan dilakukan secepat mungkin bagi membincangkan masalah berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20130105/wu_01/Penduduk-bimbang-tembok-rumah-runtuh#ixzz2H6TH705I
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tanah runtuh ke kolam tadahan punca banjir lumpur - MPSJ



KUALA LUMPUR 4 Jan. - Tanah yang runtuh di kawasan pemajuan Bukit Cermin, Subang Jaya yang menggelongsor ke kolam tadahan berhampiran menjadi punca banjir lumpur yang menimbus tujuh buah kenderaan semalam.
Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam kenyataan akhbarnya memaklumkan, kapasiti kolam tadahan di kaki bukit itu tidak dapat menampung kuantiti tadahan air sehingga menyebabkan limpahan air dan lumpur berlaku.
Ekoran kejadian itu, MPSJ telah mengeluarkan notis pemberhentian kerja secara serta-merta dan mengarahkan pemaju, Kingsley Hill Sdn. Bhd. membaiki kawasan tanah runtuh.
"Pemaju juga diminta membersihkan lokasi banjir dengan segera bagi membolehkan penduduk Putra Heights menggunakan jalan itu seperti sedia kala.
"Ketika ini sudah 70 peratus kerja pembersihan dilakukan dan jalan tersebut masih ditutup, namun jalan alternatif boleh digunakan di Seksyen 27, Shah Alam dan Lebuhraya Elite," kata kenyataan itu hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 6.12 petang semalam, lima buah kereta dan sebuah van ditimbus banjir lumpur dalam kejadian yang berlaku berhampiran Balai Polis Putra Heights itu.
Menurut kenyataan itu, kawasan seluas kira-kira 38.87 hektar itu akan dilaksanakan pembangunan bercampur berdensiti rendah yang melibatkan pembinaan rumah oleh pemaju.
"Ketika ini, kerja-kerja tanah untuk penyediaan infrastruktur sedang dilaksanakan termasuk akses jalan raya sebelum pembinaan bangunan dilakukan," jelas kenyataan itu.
Kebenaran merancang projek pemajuan tersebut telah diluluskan pada 3 Februari 2010 dan kelulusan kerja-kerja tanah telah diperolehi pada 21 Julai 2009, menurut kenyataan itu lagi. MPSJ juga sedang menunggu laporan teknikal pemajuan dan kejadian tanah runtuh itu untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.
"Pemaju juga diarahkan membayar ganti rugi terhadap semua pemilik kenderaan yang terlibat dengan kejadian banjir lumpur itu," ujar kenyataan itu lagi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kota/20130105/wk_05/Tanah-runtuh-ke-kolam-tadahan-punca-banjir-lumpur---MPSJ#ixzz2H6T7Ly49
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Zarina Anjoulie akhirnya ‘bebas’ setelah dijamin



PETALING JAYA 4 Jan. - Selepas dua hari ‘meringkuk’ di Penjara Kajang, pelakon dan model kontroversi, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul (gambar) akhirnya ‘bebas’ selepas dijamin oleh adik perempuan tirinya sebanyak RM2,000, pagi ini.
Zarina, 27, yang berbaju kelabu dan berseluar merah jambu, diiringi oleh adik tirinya serta seorang lagi rakan dilihat tiba di bilik jamin Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di sini kira-kira pukul 10 pagi ini.
Pelakon tersebut sebelum ini terpaksa ditempatkan di Penjara Kajang dekat sini selepas ahli keluarganya terlewat hadir membayar jaminannya ketika dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, Rabu lalu.
Pada 2 Januari lalu, pelakon itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki dua biji pil Eramin 5 dengan berat kasar 0.6 gram bersama seorang lagi rakan lelakinya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di rumah No. C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai di sini pada pukul 5.30 petang, 30 Disember lalu.
Dakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya.
Majistret Nazri Omran membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh dan menetapkan sebutan semula kes pada 8 Februari ini.
Memetik laporan akhbar, pelakon yang terkenal dengan drama bersiri Anak Pontianak itu juga sebelum ini telah direman selama tiga hari selepas ditahan polis di kediaman rakannya di Damansara Damai di sini sejak 30 Disember tahun lalu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130105/ma_02/Zarina-Anjoulie-akhirnya-?bebas?-setelah-dijamin#ixzz2H6SRqwWn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Insiden tembakan rambang ragut sembilan nyawa



MANILA 4 Jan. - Sekurang-kurangnya sembilan orang maut, termasuk seorang wanita mengandung dan dua kanak-kanak, manakala enam yang lain cedera apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di sebuah pasar yang sesak di selatan Filipina, hari ini.
Kejadian itu bermula di sebuah pasar di bandar Kawit, kira-kira 40 kilometer ke selatan negara ini, menurut Ketua Polis Kawit, Jaime Rollon.
"Suspek yang merupakan seorang penagih dadah tiba-tiba bertindak ganas dan melepaskan tembakan rambang ke arah orang ramai dan orang pertama yang cedera adalah ibu serta bapa mertuanya.
"Polis turut memeriksa beberapa buah hospital untuk memastikan jumlah mangsa terkorban," katanya.
Suspek dikenal pasti sebagai Ronald Bae yang berusia dalam lingkungan 30 tahun itu, bagaimanapun ditembak mati oleh polis di tempat kejadian selepas dia enggan menyerah diri.
"Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah suspek selepas dia enggan menyerah diri dan cuba menyerang polis," jelas Rollon.
Kejadian tembakan terbaharu tersebut memburukkan lagi situasi di negara ini berhubung kelonggaran undang-undang memiliki senjata api.
Pada Isnin lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di sini, maut selepas terkena peluru sesat yang dipercayai dilepaskan secara rambang ketika orang ramai meraikan malam sambutan Tahun Baharu 2013.
Berdasarkan data yang disediakan oleh Jabatan Senjata dan Letupan Polis, kira-kira 1.2 juta penduduk di negara ini mendaftarkan penggunaan senjata api pada tahun lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130105/lu_05/Insiden-tembakan-rambang-ragut-sembilan-nyawa#ixzz2H6RZemEf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lebih 100 maut akibat cuaca sejuk di utara India



NEW DELHI 4 Jan. - Jumlah kematian akibat cuaca sejuk melampau di wilayah utara India terus meningkat melebihi 100 orang dengan 23 kematian terbaharu dicatatkan semalam.
Jurucakap polis, Surendra Srivastava berkata, sekurang-kurangnya 114 orang dilaporkan terbunuh akibat cuaca sejuk melampau di Uttar Pradesh, dengan catatan 23 kematian terbaharu dalam tempoh 24 jam.
Katanya, kebanyakan mangsa merupakan penduduk yang tinggal di penempatan miskin dan gelandangan yang tidak ditempatkan di pusat-pusat perlindungan sementara.
Wilayah utara India mengalami cuaca paling sejuk buat pertama kali dalam tempoh 44 tahun, kelmarin dengan catatan suhu serendah 9.8 darjah Celsius.
Jabatan meteorologi tempatan berkata, rekod paling sejuk yang pernah dicatatkan sebelum ini adalah pada 1969 dengan suhu 4.8 darjah Celsius.
Jabatan tersebut menjelaskan, suhu sejuk luar biasa itu telah menyebabkan kabus tebal yang menghalang pancaran cahaya matahari dan menyebabkan lebih 30 penerbangan terpaksa dibatalkan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130104/lu_13/Lebih-100-maut-akibat-cuaca-sejuk-di-utara-India#ixzz2H6REuble
© Utusan Melayu (M) Bhd 

19 warga Myanmar cuba diseludup masuk di Perlis




5 Januari 2013
PADANG BESAR - Seramai 19 warga Myanmar yang dipercayai cuba diseludup masuk ditahan di Titi Tinggi di sini awal pagi tadi.
 
Mereka ditahan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) dalam dua buah kereta kira-kira 2 pagi.
 
Komander UPP kawasan Padang Besar, ASP Bahari Ahmad berkata anggota UPP yang melakukan rondaan biasa terserempak dengan kereta berkenaan yang kedua-dua pemandunya sempat melarikan apabila menyedari kehadiran UPP.
 
Beliau berkata pemeriksaan kemudiannya mendapati 11 warga Myanmar di dalam sebuah kereta Proton Waja manakala lapan lagi di dalam kereta jenis Perodua Myvi.
 
Kesemua mereka lelaki yang berumur antara 20 dan 30 tahun telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen. - Bernama

Aceh haram wanita bonceng motosikal




4 Januari 2013
ACEH - Aceh mengeluarkan arahan wanita tidak dibenarkan membonceng motosikal dengan lelaki selaras dengan penguatkuasaan undang-undang syariah Islam.

Menurut Datuk Bandar  Lhokseumawe, Suaidi Yahya, ia diharamkan demi menjaga tingkah laku dan moral rakyat wilayah Indonesia itu.

Risalah turut diedarkan bagi menyedarkan penduduk tempatan mengenai peraturan baru itu.

Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia mengamalkan undang-undang syariah, lapor BBC.

Di bawah peraturan baru itu, Datuk Bandar mengatakan wanita hanya dibenar menaiki motosikal jika ada pelana sisi atau tempat duduk tambahan kerana membonceng bersama lelaki dan perempuan melanggar nilai-nilai Islam.

“Apabila seorang wanita membonceng motorsikal, dia kelihatan seperti seorang lelaki berbanding jika duduk di tempat duduk tambahan, baru kelihatan seperti wanita,” kata Suaidi.

Katanya, pembonceng yang duduk di tempat duduk tambahan juga jarang jatuh.

Kerajaan tempatan akan menilai undang-undang baru ini dalam masa sebulan.

Ditanya sama ada mereka yang melanggar peruntukan itu akan dihukum, Suaidi berkata:

"Apabila ia menjadi undang-undang, secara automatik hukuman akan dikuatkuasakan."

Bagaimanapun menurut laporan BBC, Ulil Abshar Abdalla, aktivis yang berpejabat di Jakarta mengkritik pendekatan baru itu.

Rakan mangsa kes rogol: 'Kami diserang lebih teruk dari binatang'



mangsa rogol
Mangsa rogol dibawa ke Singapura minggu lalu tetapi dia meninggal dunia. - Foto ihsan Daily Mail
NEW DELHI - Rakan lelaki mangsa rogol berkata, dia dan kawannya yang meninggal dunia di Singapura baru-baru ini, diserang lebih dua jam oleh sekumpulan lelaki sebelum mereka dicampak dari bas dalam keadaan bogel.

Dalam temu bual pertama bersama wartawan sejak insiden 16 Disember lalu, yang menarik perhatian seluruh dunia, lelaki itu berkata, dia dan rakannya, seorang pelajar berusia 23 tahun menaiki sebuah bas selepas menonton filem Life of Pi dan membeli tiket sebelum diserang.
Dia juga mengkritik pihak polis yang memberi respons dingin selepas mereka dicampak dari bas dalam keadaan bogel.
Mereka menaiki sebuah bas persendirian untuk pulang ke rumah, katanya dalam temu bual bersama rangkaian televisyen Zee TV.

Malah dia juga mengecam kerana orang ramai yang melihat keadaan mereka enggan memberi bantuan.

5 perogol didakwa secara rasmi




5 Januari 2013
NEW DELHI - Polis India telah mendakwa lima suspek atas kesalahan menculik, merogol dan membunuh secara rasmi, kelmarin sebagai langkah awal memulakan proses untuk membawa kes yang mencetuskan protes di seluruh negara itu ke mahkamah.

Dokumen setebal 1,000 muka surat mengandungi bukti turut diserahkan kepada mahkamah daerah di selatan ibu negara itu.

Semua suspek berumur antara 35 dan 19 tahun tersebut bakal berhadapan hukuman mati jika didapati bersalah oleh mahkamah.

Pelajar perubatan berumur 23 tahun yang meninggal dunia Sabtu lalu dilaporkan dirogol beramai-ramai di dalam sebuah bas selepas dia dan teman lelakinya pulang dari menonton wayang pada 16 Disember lalu.  - AFP

Polis Marin gagalkan cubaan seludup 960kg gula pasir subsidi




4 Januari 2013
TAWAU - Pasukan Polis Marin Tawau menggagalkan cubaan menyeludup keluar 960 kilogram gula pasir bersubsidi dari Tawau dalam Operasi Paradise di kawasan perairan Tanjung Batu semalam.

Komander PPM Sabah ACP Abdul Manaf Othman berkata gula berkenaan dirampas dari dua bot laju yang diperiksa di kawasan laut Tanjung Batu oleh tiga anggota PPM pada pukul 1.30 dan 1.40 petang selepas mendapati kedua-dua bot itu dalam keadaan mencurigakan.

"Bot ronda PPM Tawau telah menghampiri dan membuat pemeriksaan ke atas dua bot laju yang dalam perjalanan menuju perairan sempadan Malaysia/Indonesia dan didapati membawa muatan gula pasir bersubsidi dipercayai cuba diseludup ke negara jiran," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdul Manaf berkata siasatan awal mendapati gula pasir itu cuba diseludup masuk ke Indonesia melalui Sungai Hj Kuning yang tidak diwarta sebagai kawasan penurunan barangan kawalan.

Seorang lelaki Indonesia berumur 29 tahun dan seorang lelaki tempatan berumur 21 tahun ditahan untuk membantu siasatan, katanya.

Turut dirampas ialah dua bot laju dan dua unit enjin sangkut berkuasa 40 kuasa kuda. Keseluruhan rampasan dianggar bernilai RM17,592.- Bernama

Perompak guna parang, besi larikan wang gaji pekerja RM40,000




4 Januari 2013
KUALA LUMPUR - Empat lelaki bersenjatakan parang melarikan wang gaji pekerja sebuah syarikat kontraktor berjumlah RM40,000 berhampiran
tapak pembinaan di Desa Parkcity Kepong di sini hari ini.

Seorang pekerja syarikat itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mamat berkata, beliau bersama empat pekerja lain baru sahaja mengeluarkan RM150,000 dari sebuah bank untuk membayar gaji pekerja.

Katanya, rompakan berlaku pada 3.45 petang, ketika mereka menaiki kereta Proton Saga menuju ke tapak pembinaan.

"Kira-kira 500 meter dari tapak pembinaan, tiba-tiba kereta yang kami naiki disekat sebuah kenderaan jenis Toyota Harrier berwarna hitam dan empat lelaki meluru ke arah kami sementara dua lagi rakannya menunggu dalam kenderaan itu.

"Saya hentikan kereta di tepi jalan, dan empat lelaki itu mengepong kereta dan menghalang kami keluar.

"Tiba-tiba mereka memecahkan cermin sebelah belakang dan depan kereta dengan menggunakan besi dan parang sebelum merentap beg berisi wang tunai RM40,000.

Mamat berkata, perompak itu kemudian cuba merentap beg lain yang mengandungi wang tunai RM110,000 daripada dua lagi pekerja.

Bagaimanapun mereka gagal merampas beg itu, selepas berlaku pergelutan dan perompak itu menetak tangan kanan salah seorang pekerja sebelum mereka melarikan diri.

Katanya, mangsa yang cedera parah itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.

"Mujur kami tidak meletak kesemua wang di satu tempat, tetapi membahagikannya, jadi masih dapat menyelamatkan baki wang," katanya.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. - Bernama

Dua penjawat awam mengaku tidak bersalah terima rasuah




4 Januari 2013
KUANTAN - Dua penjawat awam yang masing-masing menghadapi dua pertuduhan menerima rasuah, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuantan, di sini hari ini.

Kedua-dua tertuduh ialah Mustafa Musa, 49, Renjer Hutan di Pejabat Hutan Bukit Betong, Lipis dan Mazzalan Muhammad, 54, bekas Penolong Pegawai Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pahang.

Bagi pertuduhan pertama, Mustafa yang berasal dari Kuala Kuantan didakwa menerima wang tunai RM5,000 secara rasuah daripada seorang pengurus syarikat Waja Sejahtera Sdn Bhd berhubung tugas rasminya sebagai renjer hutan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabatnya pada 3.40 petang 9 Jun 2010.

Bagi pertuduhan kedua, Mustafa didakwa menerima RM5,000 secara rasuah daripada wakil syarikat sama di pejabatnya pada 3.45 petang, 21 Oktober 2010.

Hakim Fathiyah Idris membenarkan Mustafa diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Februari untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, bagi pertuduhan pertama, Mazzalan didakwa menerima RM31,633.90 daripada pengurus sebuah syarikat pembekal, Syarikat Nikmat Bekal Sdn Bhd.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bank, Jalan Tun Ismail di sini antara 16 November 2009 hingga 9 Mei 2010.

Bagi pertuduhan kedua, Mazzalan didakwa menerima RM1,637 daripada pihak sama antara 8 Ogos 2010 hingga 15 Nov 2010 di bank yang sama.

Mahkamah membenarkan dia diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Januari depan untuk sebut semula kes.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shafinaz Shabudin, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

Tembok kolej UPM runtuh, 7 motosikal rosak




4 Januari 2013
KUALA LUMPUR - Hujan lebat sejak petang tadi menyebabkan tembok di Kolej Serumpun, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang runtuh.

Kejadian yang berlaku pada pukul 6 petang itu turut merosakkan tujuh buah motosikal di tempat letak motosikal akibat dihempap tembok setinggi 1.5
meter itu.

Pakar kejuruteraan geologi UPM, Dr Husaini Omar berkata, tembok tersebut dipercayai runtuh kerana tidak dapat menahan kapasiti air yang banyak akibat hujan berlarutan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya yang menerima panggilan turut menghantar enam anggota dan sebuah jentera dari balai Serdang untuk memantau keadaan. - Bernama

Peniaga disamun tiga lelaki bersenjata parang




4 Januari 2013
KUALA LIPIS - Tiga lelaki bersenjatakan parang menyamun seorang peniaga di rumahnya di Kampung Lalang, Penjom awal pagi tadi.

Mangsa, 50, kerugian RM21,000 selepas barang kemas isterinya dan wang mereka dilarikan.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Supt Abdul Razak Hassan berkata suspek dipercayai memasuki rumah mangsa selepas mengumpil tingkap di bahagian dapur.

"Ketika kejadian, mangsa bersama isterinya, 40, dan seorang anak lelaki mereka, 3, sedang tidur.

Salah seorang suspek kemudiannya mengacu parang ke muka anak lelaki mangsa dan mengikat kedua-dua suami-isteri itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semua suspek yang menutup muka dengan kain kemudiannya mengeledah rumah mangsa dan menemui wang tunai sebanyak RM10,000 yang disimpan di dalam almari, katanya.

Suspek turut memaksa isteri mangsa menyerahkan rantai leher dan gelang emasnya yang dianggar bernilai RM11,000, sebelum melarikan diri. - Bernama

Restoran alami kerosakan akibat bahan letupan




4 Januari 2013
BUKIT MERTAJAM - Sebuah restoran di Pusat Perniagaan Gemilang, Jalan Song Ban Kheng, di sini mengalami kerosakan akibat perbuatan khianat pihak tidak bertanggungjawab yang meletupkan pintu premis itu dengan bahan letupan dipercayai mercun awal hari ini.

Menurut pemilik premis itu yang hanya ingin dikenali sebagai Low, 40-an, kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu disedari oleh seorang daripada pekerja restoran berkenaan yang mendengar bunyi letupan dari sebuah pangsapuri yang dijadikan asrama pekerja.

Katanya jarak antara restoran itu dan pangsapuri berkenaan kira-kira 250 meter dan dipisahkan hanya dengan jalan raya.

"Saya dihubungi oleh pekerja untuk memaklumkan mengenai letupan itu dan semasa saya tiba di kedai, pintu gelongsor jenis besi di bahagian tepi kedai sudah terkopak dan sisa bahan letupan dipercayai mercun yang digunakan untuk merosakkan kedai saya juga didapati bertaburan.

"Letupan itu juga menyebabkan empat buah meja yang terletak berhampiran pintu gelongsor rosak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Low yang membuka restoran berkenaan sejak setahun lepas masih meneruskan perniagaan restorannya hari ini kerana letupan itu hanya menyebabkan kerosakan kecil dengan anggaran kerugian kira-kira RM5,000 dan tidak menjejaskan bahagian dalaman premis tersebut.

"Saya berniaga dari pukul 11 pagi hingga 12 tengah malam. Setakat ini saya tidak tahu motif mengapa restoran saya menjadi sasaran kerana selama ini saya tidak mempunyai musuh dalam perniagaan," katanya.

Kata Low, beliau akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis berkenaan bagi mengenal pasti individu yang terlibat meletakkan mercun.

Beliau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Mazlah Kesah ketika dihubungi mengesahkah polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya siasatan awal mendapati bahan letupan yang digunakan untuk merosakkan kedai itu dipercayai mercun berdasarkan kesan belerang yang ditemui di sekitar kawasan letupan.- Bernama

2 lelaki cedera ditetak



KOTA BHARU - Dua lelaki masing-masing cedera di beberapa bahagian pada badan akibat ditetak dalam dua kejadian berasingan masing-masing di Bukit Marak di sini dan di Besut, Terengganu semalam.

Dalam kejadian di Kota Bharu mangsa dipercayai ditetak oleh lelaki yang dikatakan di bawah pengaruh dadah manakala dalam kejadian di Besut, mangsa ditetak lelaki yang dikenali.                        

Kedua-dua mangsa kini ditempatkan di wad Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, bagi menjalani rawatan susulan.

Terkejut al-Quran, telekung berselerak



WARTAWAN SINAR HARIAN
5 Januari 2013
Terkejut al-Quran, telekung berselerak
Pengerusi Surau Nur Hidayah, Daud Rahim (kanan) menunjukkan al- Quran yang disusun turut terkoyak.
SUNGAI UDANG - Keheningan subuh yang sunyi di Taman Peruna, di sini, bertukar kecoh apabila jemaah Surau Nur Hidayah terkejut melihat 20 naskhah al-Quran bertaburan di atas lantai.

Malah, telekung di ruang solat wanita ditemui berselerakan selain beberapa pasu bunga di persekitaran surau berkenaan turut rosak.

Bendahari surau, Abdul Razak Othman, 56, berkata, kejadian hanya disedari kira-kira jam 5.40 pagi apabila beberapa jemaah hadir ke surau untuk menunaikan solat Subuh.

Sementara itu, Timbalan Ketua polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Muhammad Koey Abdullah berkata, siasatan awal menunjukkan tiada unsur isu perkauman boleh dikaitkan.

“Kejadian dipercayai dilakukan seorang lelaki yang dipercayai tidak siuman antara jam 1 pagi hingga sebelum subuh.

“Lelaki itu dilihat dalam keadaan mengamuk berseorangan dan dipercayai kurang siuman, kita percaya dia yang melakukannya dan pihak kami masih mengesan suspek,” katanya, semalam.

Polis cari saksi kemalangan langgar lari babit dua mangsa OKU



WARTAWAN SINAR HARIAN
5 Januari 2013
Polis cari saksi kemalangan langgar lari babit dua mangsa OKU
Mangsa kemalangan maut di KM 125 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, Ahmad Kamil Talib meninggal dunia di Hoshas, petang kelmarin.
BANDAR TEMERLOH - Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dua kes langgar lari yang berlaku di daerah ini membabitkan dua kematian orang kurang upaya (OKU).

Ketua Polis Daerah, Pemangku Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, dalam kes pertama yang berlaku 29 Disember lalu, seorang penunggang basikal maut dilanggar sebuah kenderaan lain ketika cuba melintas jalan di Kilometer 125 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan berhampiran jambatan Temerloh.

Menurutnya, mangsa yang maut, Ahmad Kamil Talib, 50, dikenal pasti sebagai OKU mental tinggal di Kampung Tebal, Seberang Temerloh.

“Kejadian berlaku ketika mangsa menunggang basikal dari rumah adiknya di Taman Dahlia, di sini, untuk pulang ke rumahnya kira-kira jam 10 malam.

“Setiba di tempat kejadian, sebuah kenderaan telah melanggar mangsa. Mangsa yang cedera kemudian pulang sendiri ke rumah dan memberitahu ahli keluarganya dia terlibat kemalangan.
“Mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) oleh ahli keluarganya tetapi pada 3 Januari lalu, dia disahkan meninggal dunia,” katanya pada sidang media semalam.
Sehubungan itu Abdul Aziz meminta orang ramai atau saksi kejadian tampil membantu polis melengkapkan siasatan dengan menghubungi Inspektor Shaari Mat Ibrahim di talian 019-9522476.

Sementara itu dalam satu lagi kes, seorang OKU pekak dan bisu berketurunan India maut selepas dilanggar sebuah kenderaan lain ketika berjalan kaki di Kilometer 9 Jalan Triang- Temerloh pada 30 Disember lalu.

Abdul Aziz berkata, kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 9 malam berhampiran Kampung Tebing Tinggi, Lebak, di sini.

Menurutnya, kemalangan disedari seorang pengguna jalan raya lain apabila ternampak mangsa dalam keadaan cedera parah terbaring di tengah jalan.

“Lelaki terbabit memberhentikan kenderaannya dan menghubungi ambulans sebelum mangsa dibawa ke Hoshas,” katanya.

Abdul Aziz berkata, mangsa yang tidak mempunyai identiti berusia sekitar 50-an meninggal dunia kira-kira jam 1 pagi, 31 Disember lalu.

“Polis menggesa saksi kejadian atau sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Inspektor Faiz di talian 012-8938295.
“Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Penipu diserah kepada SPRM



NURUL HUDA HUSAIN
5 Januari 2013
Penipu diserah kepada SPRM
Mangsa banjir membuat pendaftaran dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
KUALA NERUS - Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu akan menyerah senarai nama mana-mana individu yang didapati menipu sebagai mangsa banjir kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut.

Ketua Penolong Setiausahanya, Mohd Sarif Hassan berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak berbuat demikian sebagai amaran keras kepada semua pihak agar tidak sesekali mengambil kesempatan kerana pembayaran hanya diberikan kepada mereka yang layak.

“Setakat ini, kita tiada jumlah spesifik yang melibatkan kes penipuan, tetapi apa yang pasti setiap daerah di negeri ini tidak terkecuali terlibat kerana sejak bantuan ini diperkenalkan pada 2009, pelbagai taktik dan teknik penipuan digunakan.

“Antara taktik yang digunakan adalah mendaftar sebagai mangsa banjir sedangkan hakikatnya mereka tidak terlibat dan tidak tinggal di pusat pemindahan yang disediakan.

Atas sebab itu kita memerlukan sedikit masa untuk menyemak secara teliti senarai mangsa yang terlibat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam Program Gotong-Royong Perdana Taman Desa Tanjung Damai, Tok Jiring, di sini, semalam.

Sehubungan itu katanya, untuk memastikan tindakan wajar dikenakan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab itu, pihaknya menyerahkan kepada SPRM jika terdapat aduan mengenai penipuan untuk memperoleh wang ehsan melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana yang diuruskan MKN.

“Malah, bermula tahun lepas juga, kita mewajibkan mangsa terlibat dengan banjir membuat surat perakuan melalui borang SPRM agar penyaluran dibuat kepada individu atau mangsa yang selayaknya sahaja.

“Malah, kita juga akan meneruskan hubungan yang baik dengan pihak SPRM bagi memastikan kes penipuan sebegini dapat dielak, sekali gus memudahkan urusan pembayaran secara telus dilakukan kepada mangsa dalam tempoh yang singkat,” katanya.

Jelasnya lagi, setakat ini hanya 77 mangsa di Kuala Terengganu yang dikenal pasti layak untuk menerima wang ihsan bernilai RM500 dan selepas ini MKN dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat akan turun ke daerah-daerah lain yang terjejas akibat banjir yang disifatkan terburuk, terutamanya Kemaman.

Dinding retak, tanah gelongsor



WARTAWAN SINAR HARIAN
5 Januari 2013
Dinding retak, tanah gelongsor
Rumah Yusof yang mengalami keretakan serius.
SEREMBAN - “Kehidupan saya dan keluarga tidak lagi tenang kerana bimbang rumah kami akan musnah disebabkan bencana tanah runtuh,” kata Yusof Ibrahim 60, yang diselubungi resah berikutan keadaan rumahnya di Taman Bukti, Ampangan di sini, didakwa berisiko.

Menurutnya, beberapa bahagian dinding rumahnya yang dihuni lebih 30 tahun itu mula mengalami keretakan serius sejak 10 tahun lalu disebabkan kejadian tanah menggelongsor di belakang rumahnya yang dikesan dari masa ke semasa.

“Masalah ini telah lama berlaku, tapi ia semakin serius sejak kebelakangan ini menyebabkan saya bersama penduduk lain mula bimbang.

“Jika dulu setiap kali ada keretakan berlaku, saya akan baiki. Tapi selepas beberapa tahun retak baru akan timbul dan saya dah muak,” katanya.

Yusof berkata, masalah itu telah diadukan beberapa kali kepada pihak bertanggungjawab untuk diambil tindakan namun ia memerlukan tindakan penyelesaian menyeluruh.
Katanya, disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini, kejadian gelongsoran tanah di kawasan itu semakin membimbangkan dan memerlukan tindakan segera.

Yusof berkata, lama-kelamaan ia menyebabkan struktur tanah menjadi tidak kuat sehingga berlakunya hakisan dan tanah runtuh.

Menurutnya, dia berharap tindakan segera dapat diambil sebelum kejadian buruk terjadi.
“Bayangkan pagar bahagian belakang rumah jiran saya ‘tergantung’ sejak sebulan lalu disebabkan kejadian itu.

“Saya pun tidak berani membuang semak samun di belakang rumah kerana itulah yang menjadi penahan tanah,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kudus Thamby Ibrahim ketika melawat lokasi berkata, pihaknya mendapati masalah itu melibatkan sembilan buah rumah penduduk di taman itu membabitkan nombor rumah 135 hingga 142.

“Sebenarnya masalah sama pernah berlaku di rumah penduduk lain di kawasan ini, tapi ia telah pun dibaik pulih.

“Tapi saya lihat ia memerlukan tindakan menyeluruh kerana ia membabitkan kawasan lereng bukit yang sama dan tidak mustahil ia mudah merebak ke bahagian lain,” katanya.

Tanah runtuh hantui penduduk



WARTAWAN SINAR HARIAN
5 Januari 2013
Tanah runtuh hantui penduduk
Azmi (duduk) bersama penduduk setempat melihat tebing yang runtuh.
BALING - “Sehari suntuk saya tidak dapat tidur kerana memikirkan keselamatan saya dan keluarga. Saya risau sekiranya runtuhan tebing menjadi lebih teruk,” kata Harun Hanafiah, 57, pemilik kediaman yang terlibat dalam kejadian tebing runtuh di Kampung Rambong Batu 7 di sini, kira-kira jam 3 pagi kelmarin.

Ayah kepada dua anak ini bimbang apabila kejadian itu turut melibatkan beberapa struktur kediamannya.

Menurutnya, dia terdengar bunyi runtuhan kuat sebelum bergegas ke luar rumah untuk melihat bunyi runtuhan itu.

“Saya terkejut setelah mendapati beberapa struktur rumah termasuk tembok penghadang runtuh ke dalam parit,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, kejadian tebing runtuh di kawasan parit tersebut merupakan kejadian kali kedua selepas 22 November tahun lalu.

“Sebelum ini, kejadian sama berlaku sehingga meruntuhkan titi di parit ini. Namun, masalah ini mendapat perhatian dan projek baik pulih sudah dilakukan.

“Namun, saya tidak menyangka kejadian sama akan berulang tahun ini. Kali ini lebih teruk kerana melibatkan struktur kediaman rumah,” katanya.

Harun berkata, kejadian tebing runtuh itu dipercayai berpunca daripada aliran air yang deras berikutan hujan lebat sejak kebelakangan ini.

“Tidak mustahil, tebing ini akan terus terhakis sekiranya tidak mempunyai tindakan segera daripada pihak yang berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Adun Bayu, Datuk Azmi Che Hussin berkata, beliau memandang serius mengenai kejadian tebing runtuh di daerah ini.

Katanya, beliau akan berusaha mencari penyelesaian segera bagi memastikan kejadian tebing runtuh tidak berulang.

“Kita kena mencari langkah untuk jangka masa panjang, bukannya sekadar untuk membaik pulih kawasan terlibat dalam kejadian ini,” katanya semasa ditemui di kampung itu.

Hadir sama, Pegawai Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Sik/Baling, Nazatul Azni Hamzah.

Menurutnya, mesyuarat pelaksanaan yang dipengerusikan ICU akan dilakukan secepat mungkin.

“Mesyuarat ini melibatkan semua jabatan berkenaan bagi mencari mekanisme bagi mengekang kejadian ini dari terus berulang,” katanya.

Dua ahli Geng Ah Kaw diburu



WARTAWAN SINAR HARIAN
5 Januari 2013
Dua ahli Geng Ah Kaw diburu
Chang Keong (kiri) menunjukkan parang yang digunakan suspek untuk menyamun mangsa serta pelbagai barangan dirampas ketika serbuan di sebuah rumah di Taman Menglembu Timur.
IPOH - Polis masih memburu dua lagi suspek samun bersenjata dan pecah rumah dipercayai Geng Ah Kaw selepas  menahan seorang ahli mereka dalam keadaan mencurigakan di Taman Menglembu di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, ketika ditahan berlaku pergelutan menyebabkan dua suspek melepaskan diri dengan menaiki kereta jenis Proton Putra dan menahan rakan mereka berusia 31 tahun.

Susulan penangkapan itu, polis menahan seorang wanita berusia 35 tahun juga isteri suspek yang ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Menglembu Timur.

Menurutnya, penahan dua suspek itu juga berjaya menyelesaikan satu kes samun di Simpang Pulai yang berlaku pada jam 4.30 pagi, kira-kira enam jam sebelum mereka ditahan.

“Mereka memasuki rumah wanita berusia 50 tahun terbabit dan melarikan beberapa barangan elektrik termasuk sebuah kereta Honda City milik mangsa bernilai lebih RM150,000.

“Geng ini didapati aktif sekitar bandar raya sejak beberapa bulan lalu dan menyasarkan mangsa yang memiliki kereta Honda City,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, semalam.

Chang Keong berkata, pasangan suami isteri itu kini ditahan reman sehingga Isnin depan dan mereka didapati positif dadah.

“Dalam kes ini, kita merampas pelbagai barangan elektrik termasuk komputer riba, sebuah televisyen, dua telefon bimbit, penyaman udara hasil kegiatan mereka.

“Kita juga merampas pelbagai peralatan lain seperti pemutar skru, pisau, spanar dan sebilah parang. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Chang keong berkata, tiga suspek dalam kes pecah masuk kedai pakaian kanak-kanak dan kedai kopi berjaya ditahan, sekali gus berjaya menyelesaikan kes yang berlaku Ahad lalu.

Menurutnya, suspek berusia antara 20 dan 30 tahun itu ditangkap di sekitar bandar raya ini pada Rabu lalu.

“Mereka melarikan beberapa pakaian termasuk botol minuman keras dan rokok dari kedua-dua premis berkenaan bernilai lebih RM4,000 berjaya dijumpai kembali.

“Bagaimanapun, wajah suspek berjaya dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), selain kecuaian suspek tertinggal telefon bimbit,” katanya.

Beg disangka berisi bom



WARTAWAN SINAR HARIAN
5 Januari 2013
Beg mencurigakan yang diletakkan di bawah kereta.
Beg mencurigakan yang diletakkan di bawah kereta.
AMPANG - Ahli Majlis Zon 23 Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) terkejut selepas mendapati terdapat sebuah beg mencurigakan diletakkan di bawah kereta pacuan empat rodanya yang dipecah masuk, malam semalam.

Mangsa, Mohamad Samat berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam ketika dia bersama rakannya sedang minum di Jalan Memanda 11.

Menurutnya, dia menyedari keretanya dipecah kira-kira jam 12 malam semasa hendak pulang dan terkejut ada sebuah beg di bawah kereta.

“Saya menghubungi polis berhampiran dan setelah diperiksa, polis mendapati beg tersebut hanya berisi dompet dan baju.

“Mungkin beg itu adalah milik pencuri yang ditinggalkan selepas memecahkan kereta saya,” katanya.

Mohamad berkata, dia bernasib baik kerana tiada dokumen penting yang hilang kecuali beg komputer riba dan beberapa dokumen.

Sebagai ahli politik katanya, dia bimbang sekiranya beg tersebut berisi dengan bahan letupan atau sebarang tindakan sabotaj.

“Pengalaman ini membuatkan saya akan lebih berhati-hati dan berharap orang ramai agar meletakkan sistem keselamatan di kenderaan masing-masing supaya dapat mencegah kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Mayat wanita hampir reput ditemui di Pelabuhan Klang




5 Januari 2013
PELABUHAN KLANG - Mayat seorang wanita yang lengkap berpakaian dan hampir reput ditemui di tingkat tiga sebuah rumah flat di sini malam tadi.
Mayat wanita itu ditemui kira-kira pukul 7.30 malam dalam sebuah unit tidak berpenghuni di kediaman berkenaan selepas orang ramai terhidu bau busuk di sekitar tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata siasatan awal pasukan forensik polis mendapati wanita itu telah mati lebih 10 hari.
"Pemeriksaan fizikal tidak dapat dilakukan ke atas mayat kerana keadaannya yang hampir reput. Tiada kesan tikaman atau sebarang senjata dan objek dijumpai di kawasan itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohamad berkata polis masih belum boleh mengesahkan identiti wanita itu.
Beliau berkata buat masa ini kes berkenaan diklasifikasi sebagai mati mengejut dan pihaknya akan membuka kertas siasatan jika wujud unsur jenayah.- Bernama

Kelindan lori dijel dua tahun rompak wanita



WARTAWAN SINAR HARIAN
5 Januari 2013
Kelindan lori dijel dua tahun rompak wanita
Thiagarajan menutup muka dengan tuala kecil bagi mengelak wajahnya dirakam jurugambar di Mahkamah Sesyen, semalam.
SEREMBAN – Mahkamah Sesyen di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan dua sebatan terhadap seorang kelindan lori atas kesalahan merompak barang kemas milik seorang wanita dengan bersenjatakan pisau, dua tahun lalu.

Tertuduh, A A Thiagarajan, 28, sebelum ini dibicarakan ketika kali pertama didakwa di mahkamah namun menukar kepada pengakuan bersalah terhadap pertuduhan itu.

Hakim, Datin Nursinah Adzmi membuat keputusan itu selepas menimbangkan fakta kes dan rundingan serta persetujuan mengenai hukuman antara tertuduh dan pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Abu Hasan Ramli.

Mengikut pertuduhan, Thiagarajan didakwa bersama-sama seorang yang masih bebas, melakukan rompak berkumpulan bersenjatakan pisau terhadap M Thangam, 44, dan mengambil barang kemas seperti rantai leher, loket, dua pasang anting-anting dan subang hidung serta telefon bimbit.

Thiagarajan dituduh mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Tertuduh yang diwakili S Thevar, ketika rayuannya memohon supaya dipenjara di Seremban bagi memudahkan keluarga melawatnya namun mahkamah menjelaskan perkara itu di bawah bidang kuasa pihak penjara.

Muhamad Abu Hasan turut memohon mahkamah mengarahkan tertuduh membayar pampasan kepada mangsa dan kos pendakwaan, namun dibantah peguam.

Dua kali rumah dimasuki pencuri



WARTAWAN SINAR HARIAN
5 Januari 2013
Dua kali rumah dimasuki pencuri
Shohimi menunjukkan kesan pada tingkap besinya diumpil pihak tidak bertanggungjawab yang kemudiannya masuk ke rumahnya sewaktu dia pulang ke kampung.
ROMPIN – Tiga sekeluarga yang baru pulang dari Yan, Kedah kerugian lebih RM3,000 selepas rumah mereka di Felda Keratong 7 Chanis, di sini, dipecah masuk pencuri.

Shohimi Abdullah, 57, berkata, dia menyedari kejadian itu apabila mendapati pintu belakang rumahnya terbuka sebaik saja sampai di hadapan garaj rumahnya pada jam 2.30 pagi.

Menurutnya, empat bilik anaknya digeledah perompak menyebabkan pakaian berselerak atas lantai, selain beberapa barangan berharga turut dicuri ketika mereka pulang ke kampung selama lima hari.

“Sebaik saja sampai ke rumah, kami terkejut melihat pintu belakang rumah terbuka. Saya beritahu isteri mungkin rumah kami dimasuki pencuri,” katanya.

Shohimi berkata, pencuri itu dipercayai masuk ke rumahnya melalui tingkap belakang memandangkan terdapat kesan umpil pada besi tingkap, selain cermin tingkap disusun kemas di belakang rumah.

“Pencuri itu alih lima cermin tingkap belakang dan besi tingkap pula diumpil bagi memudahkan mereka masuk dalam rumah sebelum keluar melalui pintu belakang,” katanya.

Beliau berkata, beberapa barangan berharga miliknya dan anak-anaknya yang tinggal dalam rumah itu lesap dalam kejadian itu.

“Komputer riba, sebuah telefon bimbit, duit tabung RM300 dan dua parang pemotong daging dikebas pencuri,” katanya.

Katanya, kejadian itu adalah kali kedua rumahnya di pecah masuk dalam tempoh tiga tahun hingga menimbulkan kebimbangan mereka sekeluarga berhubung tahap keselamatan di sekitar kawasan itu.

“Kita bimbang jika mereka buat tindakan di luar kawalan seperti mencederakan penghuni rumah kerana mahukan wang dan sebagainya.

“Kami minta pihak berkuasa tingkatkan rondaan pada waktu malam,” katanya.
Dalam kejadian sebelum ini, katanya, sebuah alat permainan video anaknya bernilai RM800 hilang selain beberapa barangan berharga yang lain.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Johari Jahaya mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes itu.

Batu terjulur keluar siling



       BIMBANG...Selvakuna menunjukkan dinding rumahnya yang condong. 

BIMBANG...Selvakuna menunjukkan dinding rumahnya yang condong.
BESTARI JAYA: Kira-kira 80 penghuni Taman Pancaran, Ijok, dekat sini, kini dihantui kebimbangan selepas bumbung rumah mereka seperti tidak stabil hingga ada antaranya runtuh menyebabkan nyawa mereka kini terancam.

Setakat ini, hanya dua rumah mengalami kerosakan teruk kerana konkrit di bahagian siling mula runtuh.


Penghuni, K Mayavan, 80, berkata, kejadian disedari jam 10 pagi kelmarin, ketika dia berada di luar rumah.

 
Foto
BERLUBANG...M Kumaran menunjukan siling
 rumahnya ditembusi batu.


“Mulanya saya terdengar seperti guruh dan bunyi kuat sedangkan ketika itu cuaca terang-benderang lalu saya menyangka jiran sedang memindahkan barang.


“Bagaimanapun, sebaik mahu masuk ke rumah saya terkejut melihat debu memenuhi ruang tamu selain benjolan batu besar terjulur keluar dari siling,” katanya.


Ekoran itu, beliau segera mendapatkan bantuan rakan sebelum mereka membuat laporan polis yang kemudian datang bersama sepasukan anggota bomba bagi melihat kejadian.

“Rupa-rupanya bukan rumah saya sahaja, malah satu deret rumah di sini mengalami masalah sama apabila struktur bumbung mula condong, sekali gus mengancam keselamatan penghuni.


“Bila-bila masa saja rumah ini boleh runtuh jadi kami takut untuk masuk dalam rumah,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penghuni, A Selvakuna, 51, berkata, ketika kejadian, dia tiada di rumah dan terkejut sebaik melihat orang ramai memenuhi laluan masuk ke lorong kawasan rumahnya.


“Saya ingatkan kawasan ini ada kebakaran, tetapi terkejut apabila melihat bumbung rumah saya menyondong ke kiri dan kelihatan seperti mahu runtuh,” katanya.


Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang melawat kawasan berkenaan semalam berjanji membantu membaiki bumbung rumah penduduk melalui Unit Perancangan Ekonomi (Upen).


“Kami ketepikan dulu soal bagaimana kejadian ini sebaliknya cuba atasi masalah penduduk, hari ini (semalam) juga kami akan hulurkan bantuan kecemasan RM500 bagi meringankan beban mereka,” katanya.


Beliau juga memberitahu Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) akan memantau keadaan dan menghantar pakar bagi meneliti tahap keselamatan rumah mangsa hari ini.

Imam maut pulang klinik



         
MELAKA: “Sejak kebelakangan ini ayah mengadu sakit kaki, tetapi apabila kami mahu menghantarnya ke hospital, dia menolak dan menyatakan akan pergi ke klinik sendiri,” kata Mohd Fairus, 29, anak kepada seorang imam yang terbunuh dalam kemalangan ketika pulang dari klinik, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi di persimpangan masuk ke Taman Cheng Perdana, Lebuh Alor Gajah- Melaka - Jasin (AMJ) itu, mangsa Yahaya Hassan, 64, dari Batu 1/2, Kampung Bertam Hulu maut selepas motosikal jenis Demak EX90 ditunggangnya terlanggar belakang sebuah Proton Wira.
Lebih memilukan, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang selepas mendapatkan rawatan di sebuah klinik berhampiran dan ubat yang diletak di dalam bakul motosikal bertaburan di atas jalan raya.

Menurut anak keempatnya, Mohd Fairus, 29, dia yang bergegas ke lokasi selepas dimaklumkan mengenai kejadian terkejut melihat tubuh bapanya sudah ditutup dengan kain putih.


Katanya, tiada perubahan sikap ditunjukkan bapanya sebaliknya hanya enggan dihantar ke hospital kerana mengalami sakit kaki.

Cabul tiga generasi



         
KERIAN: Lima ahli keluarga kepada dua kanak-kanak perempuan berusia lima dan tujuh tahun ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes penderaan seksual dua kanak-kanak itu.

Ia terbongkar apabila dua kanak-kanak terbabit menceritakan kejadian itu kepada ibu mereka pada 27 Disember lalu sebelum wanita terbabit yang sudah bercerai dengan suaminya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, pada hari sama.
Episod malang dua kanak-kanak terbabit dipercayai bermula apabila dijaga bapa mereka berikutan ibu kanak-kanak terbabit bekerja dan lelaki berkenaan membawa dua anaknya itu ke rumah keluarganya.

Kedua-dua mangsa mendakwa didera secara seksual dengan alat sulit mereka dicederakan termasuk menggunakan pelbagai objek keras.


Mangsa mendakwa kejadian itu turut membabitkan bapa mereka, datuk, sepupu dan ibu saudara yang diamanahkan menjaga mereka ketika ketiadaan ibu mereka yang bekerja.

Kolej berdentum



         
SERDANG: Hujan lebat di sekitar Lembah Klang semalam menyebabkan satu lagi kejadian tanah runtuh, kali ini di Kolej Serumpun, Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, jam 6.15 petang.

Tiada kerosakan teruk tetapi tujuh motosikal milik penuntut di kolej itu rosak teruk selepas dihempap tembok penghadang tanah yang runtuh.
Tembok penghadang enam meter panjang dan dua meter tinggi runtuh dipercayai akibat pergerakan tanah di kawasan itu.

Ketika kejadian, kebanyakan pelajar berehat di bilik masing-masing sebelum mereka dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat.


Saksi, Amir Aizat, 24, berkata, selepas mendengar bunyi dentuman kuat dari belakang kolej, keadaan menjadi riuh-rendah apabila beberapa pelajar berlari ke tempat kejadian.

Pemuda berubah sikap menghilang diri




         
MUAR: “Aizuddin mula berkelakuan aneh selepas dia mendalami ilmu keagamaan di sekitar Johor Bahru ketika bekerja di sebuah syarikat swasta awal tahun lalu.

“Sejak itu, mentalnya mula terganggu dan kami sekeluarga sudah melakukan pelbagai ikhtiar untuk merawatnya namun gagal sehinggalah dia menghilangkan diri dari rumah dua bulan lalu,” kata Ishak Yunos, 56, bapa kepada Aizuddin, 25, di sini, semalam.


Menurut Ishak, anak ketiga daripada empat beradik yang berkelulusan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu seorang anak yang baik dan mendengar kata namun berubah sikap dipercayai akibat gangguan makhluk halus.

Katanya, pada pagi 7 Oktober lalu, Aizuddin keluar dari rumah mereka di Taman Temenggong Ahmad seorang diri dengan menunggang motosikal dan hanya membawa dompet berisi kad mesin juruwang automatik (ATM) serta lesen memandu.


“Kami sekeluarga sangka dia keluar bertemu rakan namun terus menghilangkan diri. Hasil semakan terhadap akaun banknya, kami dapati ada pengeluaran dilakukan melalui ATM di Bahau, Negeri Sembilan pada 19 November lalu.


“Selepas itu, tiada transaksi dibuat dan kami bimbang dengan keselamatannya, kami sudah melaporkan kejadian kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, mengadakan solat hajat selain tahlil namun dia masih gagal dikesan,” katanya.

Mengulas berkaitan keadaan anaknya sebelum ini, Ishak berkata, sejak Januari hingga Mac lalu, keadaan Aizuddin semakin teruk dan mereka sudah membawanya berubat sama ada secara tradisional atau moden. Bagaimanapun, keadaan Aizuddin tidak berubah malah lelaki berkenaan pernah melompat keluar daripada kereta ketika dibawa untuk menjalani rawatan perubatan Islam di sebuah pusat rawatan di Lembah Klang.

Ibu rindu



         
JEMPOL: “Jika tak dapat pulang untuk selama-lamanya, balik sekejap pun jadilah supaya kerinduan ini terungkai,” kata Hamidah Chin, 55.

Menurut Hamidah, dia tidak mengetahui punca anaknya, Suhaidi Shuid, 37, bertindak keluar dari rumah bersama isteri dan dua anak mereka di Felda Palong Lapan, dekat sini, pada 2010.


Katanya, sebagai ibu dia tidak pernah membenci anaknya itu, malah mendoakan kesejahteraannya di dunia dan akhirat.

“Sementara saya masih ada, besar harapan Suhaidi dapat pulang dan bersama sekeluarga seperti sebelumnya, malah adik- beradiknya juga turut merinduinya. Saya beranggapan mungkin dia (Suhaidi) terasa apabila ditegur mengenai rumah tangganya.


“Niat saya ikhlas menegur demi kebaikan dan sehingga ke hari ini dia (Suhaidi) tidak tahu betapa rindunya saya terhadap dia,” katanya, semalam.


Hamidah berkata, dia sekeluarga tidak pernah berputus asa mengesan anaknya dan merayu orang ramai yang mengetahui di mana Suhaidi berada menghubungi mereka. “Ketika Suhaidi keluar dari rumah, arwah suami saya, Shuid Husain masih ada. Namun, dia tidak pulang ketika arwah meninggal pada Disember 2011.

“Seorang bapa saudaranya, Mohd Nayan Kassim, 53, berjaya menghubungi Suhaidi dan memaklumkan berita sedih itu, namun dia enggan pulang,” katanya.


Menurutnya, berdasarkan semakan rekod laporan polis berkaitan kemalangan yang pernah dibuat Suhaidi, Februari tahun lalu, dia dipercayai pernah tinggal di Bagan Serai, Perak namun pencarian keluarganya hampa berikutan dia tidak lagi tinggal di situ.

Sementara itu, Suhaimi, 21, turut merayu abangnya pulang dan menyelesaikan masalah dengan baik.


Orang ramai yang mengetahui di mana Suhaidi berada diminta menghubungi Suhaimi di talian 0192752778.

Mangsa samun dipaksa berbogel




         
TAIPING: Sekumpulan empat perompak tidak sekadar melarikan barang kemas malah turut membuli dua wanita disamun apabila mangsa dipaksa menanggalkan semua pakaian hingga bogel.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi kelmarin suspek bersenjatakan parang panjang bertindak menyerbu ke sebuah rumah didiami dua wanita itu di Taman Paduga Setia, Kampung Boyan, di sini.


Sumber polis berkata, penjenayah dikatakan memanjat pagar rumah mangsa sebelum menyeluk tangan melalui jeriji pintu hadapan untuk mendapatkan kunci pintu berkenaan.

“Difahamkan seorang mangsa yang berusia 50 tahun sedang memasak di dapur sebelum terdengar bunyi pintu hadapan rumahnya dibuka seseorang.


“Mangsa yang meninjau ke bahagian ruang tamu rumah terkejut apabila mendapati empat lelaki bersenjatakan parang menceroboh masuk ke dalam rumah,” katanya.


Menurutnya, penjenayah kemudian memaksa mangsa dan ibu mentuanya yang berusia 75 tahun supaya menanggalkan semua pakaian.

“Mangsa kemudian diikat penjenayah yang bertindak merampas barang kemas dipakai mangsa. Malah penjenayah turut menyelongkar rumah berkenaan bagi mendapatkan wang tunai dan barang kemas lain.


“Pada masa sama, anak lelaki wanita warga emas itu yang berusia 40-an kebetulan pulang ke rumah. Dia turut ditahan dan diugut dengan parang oleh penjenayah sebelum rantai emas dipakai turut dirampas,” katanya. Difahamkan ketiga-tiga mangsa diikat kaki dan tangan menggunakan kain dan wayar.

“Penjenayah yang memperoleh barangan kemas dan wang tunai dianggarkan RM20,000 segera melarikan diri dipercayai dengan menunggang motosikal.


“Mangsa dapat membuka ikatan kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Taiping berhubung kes rompakan itu,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah ketika dihubungi mengesahkan kejadian selain memaklumkan suspek turut melarikan wang RM1,500 dan dua telefon bimbit milik mangsa.

Mayat dalam tong dram

NGERI...mayat Nureffa Sahira ditemui dalam tong dram, kelmarin.
NGERI...mayat Nureffa Sahira ditemui dalam tong dram, kelmarin.
SEMPORNA: Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun sejak lima hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan menyayat hati di sebuah ladang sawit di Kampung Salimbangun, dekat sini, kelmarin.
Mayat Nureffa Sahira Ringkasan ditemui dalam tong dram dengan badannya berlipat, dipenuhi ulat dan mulai reput, kira-kira 500 meter dari kediaman mangsa.
Mayat kanak-kanak itu ditemui jam 2 petang oleh penduduk kampung yang melakukan gerakan mencari sejak mangsa dilaporkan hilang 31 Disember lalu.

Menurut seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, kanak-kanak itu yang juga anak tunggal disedari hilang dari rumahnya apabila tidak pulang selepas bermain di pekarangan kediamannya itu.


Berikutan itu, katanya, usaha mencari mangsa dilakukan ahli keluarganya dengan bantuan penduduk kampung, namun gagal.

‘Pecah dara’ pelacur

TUNGGU...pelacur menunggu pelanggan di hadapan bilik di pusat pelacuran terbabit.
TUNGGU...pelacur menunggu pelanggan di hadapan bilik di pusat pelacuran terbabit.
KAJANG: Tidak cukup dengan memanipulasi wanita warga asing dengan menjadikan mereka pelacur, satu sindiket pelacuran di bandar ini bertindak lebih berani apabila dengan bangga mempromosikan pelacur yang mereka dakwa masih dara.
Dengan caj dikenakan RM5,000, pelanggan yang melanggan ‘pelacur dara’ itu turut diberi kebebasan membawanya ke mana saja selama tiga hari.
Sindiket itu yang beroperasi di tingkat satu sebuah hotel di sini menawarkan pelacur dari Vietnam yang berusia 17 sehingga 21 tahun.

Aktiviti tidak bermoral sindiket itu terbongkar hasil penyamaran wartawan Harian Metro selepas mendapat maklumat orang awam.


Seperti biasa, sindiket itu berselindung di sebalik perniagaan spa dan refleksologi, namun ada ruangan berasingan disediakan untuk kegiatan pelacuran.