Search This Blog

Monday, December 16, 2013

Tergamam nampak treler 'terbang'



KEADAAN treler membawa muatan papan lapis yang terbalik merentang jalan di Kilometer 124.8 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Sungai Dua, Kepala Batas, Pulau Pinang kelmarin.


KEPALA BATAS – Seorang doktor muda menggambarkan dirinya bagaikan mati hidup semula selepas ternampak sebuah treler seolah-olah terbang memasuki laluannya dalam kemalangan di Kilometer 124.8 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Sungai Dua dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 7.15 malam itu, Suraya Hashim, 29, tidak cedera tetapi kereta Hyundai Elantra dipandunya mengalami kerosakan apabila beberapa keping papan lapis yang dibawa treler itu menghempap keretanya.
“Saya bersyukur kerana sempat mengelak dan menyifatkan kejadian itu seperti mati hidup semula,” kata beliau ketika ditemui di tempat kejadian malam kelmarin.
Suraya bekerja di Hospital Sungai Petani.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1216&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2ncs2aJ2E 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment