Search This Blog

Sunday, December 1, 2013

Teksi terbakar, gitar selamat

Teksi terbakar, gitar selamatAntara gitar yang dikeluarkan sebaik sahaja pihak bomba berjaya mengawal kebakaran.

BANDA HILIR - Seorang pemandu teksi nyaris tidak dapat membuat persembahan pada Karnival Satu Daerah Satu Industri (SDSI) kerana beberapa gitar miliknya hampir musnah apabila kenderaan itu terbakar, kelmarin.

Bapa kepada dua anak, Rahmat Yusof, 54, bagaimanapun sempat menyelamatkan semua gitar tersebut sebaik sahaja menyedari teksinya yang diparkir di tempat letak keretanya dijilat api dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang.
Menurut Rahmat, dia dimaklumkan mengenai kejadian oleh seorang kakitangan pangsapuri sebelum bergegas turun dan mendapati api marak memusnahkan teksi jenis Proton Waja itu.

“Ketika kejadian saya baru selesai membuat persembahan kira-kira jam 5.30 petang bersama beberapa ahli kumpulan lain dan berehat di tingkat atas hotel berkenaan sebelum terkejut apabila diberitahu mengenai kebakaran itu.

“Selepas turun ke bawah untuk dapatkan kepastian saya lihat api sudah marak serta tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya menunggu bomba mengawal kebakaran, sebelum dapat mengambil beberapa gitar yang kelihatan masih baik, namun tidak pasti boleh digunakan lagi atau tidak,” katanya.

Rahmat berkata, meskipun kebakaran itu memusnahkan kereta dan pakaiannya, namun dia bersyukur kerana terselamat dan tidak berada di dalam kereta ketika kejadian, malah tong Gas Asli Kenderaan (NGV) turut berada di but belakang teksi itu tetapi ia tidak meletup.

“Ini kejadian pertama sejak saya memandu teksi lebih lima tahun lalu dan saya dijadualkan melakukan persembahan bersempena SDSI di MITC, Ayer Keroh selama tiga hari bermula kelmarin, namun  tak pasti boleh melakukannya atau tidak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu Pegawai Bomba Kanan II, Low Liang Siong berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian apabila menerima panggilan pada jam 5.49 petang.

 “Api berjaya dikawal satu minit kemudian oleh lima anggota sebelum padam sepenuhnya dalam tempoh 15 minit. Bagaimanapun, pihak kami sedang menyiasat punca sebenar kejadian dan anggaran kerugian dialami mangsa,” katanya.

No comments:

Post a Comment