Search This Blog

Thursday, December 26, 2013

Serangan berulang di selatan Thailand

Serangan berulang di selatan Thailand
Anggota keselamatan memeriksa lubang besar di Panarek.
26 Disember 2013
 PATTANI - THAILAND. Insiden letupan bom berulang lagi di selatan Thailand, semalam. Menurut polis, dalam serangan di Pattani, sebutir bom buatan sendiri meletup di Kampung Rawa, Panarek selepas bom itu ditanam di jalan raya Pattani-Narathiwat dengan kesan ledakan menyaksikan satu lubang besar terbentuk di laluan berkenaan.

"Serangan itu disasarkan ke atas lapan anggota renjer dengan dua kenderaan. Suspek dipercayai meledakkan bom menggunakan peralatan komunikasi, sebaik kenderaan anggota renjer melalui kawasan berkenaan.Empat anggota renjer terbabit cedera,” katanya dalam laporan Bangkok Post.

Di Yala, letupan sama berlaku di Kampung Tasab mengakibatkan dua anggota polis cedera parah dan empat lagi anggota polis cedera dalam kejadian berasingan di daerah Thanto.

Sementara itu, di Bangkok, kerajaan sementara Thailand melanjutkan undang-undang keselamatan khas di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri selama dua bulan.

Tindakan itu dilakukan bagi  menghadapi pembangkang yang ingin menghalang Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dari bertanding pilihan raya umum 2 Februari ini.

Undang-undang khas itu diperluaskan ke seluruh Bangkok selepas 300 individu diburu susulan tindakan mereka menceroboh pekarangan pejabat kerajaan  ketika demonstrasi mega awal bulan ini.

No comments:

Post a Comment