Search This Blog

Thursday, December 26, 2013

Polis ambil keterangan bapa bayi maut terjatuh


KUANTAN: Polis masih lagi menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang bayi berusia tujuh bulan yang maut selepas terjatuh dari tingkat empat apabila terlepas dari dukungan bapanya di perumahan polis Bukit Pelindung di sini, petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Superintendan Abdul Aziz Ahnad berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan daripada bapa mangsa dan beberapa saksi yang berada di tempat kejadian.


"Kita mengambil kira semua aspek termasuk keadaan tangga yang menjadi lokasi kejadian dikatakan agak curam dan tidak selamat digunakan.

"Berdasarkan siasatan awal sebelum kejadian bapa mangsa sedang menuruni tangga kuarters berkenaan untuk membuang sampah sambil mendukung mangsa manakala sebelah tangannya memegang plastik sampah," katanya.


Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, bayi malang terbabit, Muhammad Danial Mikhail Mohd Abdul Hadi dikatakan melonjakkan badan dan terlepas dari dukungan bapanya sebelum terjatuh.


Mangsa mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Mangsa difahamkan cucu kepada salah seorang anggota polis yang menetap di kuarters itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/25

No comments:

Post a Comment