Search This Blog

Thursday, December 26, 2013

Penjenayah gagal larikan wang ATM

Gagal larikan wang ATM
Cubaan samun mesin ATM di sebuah stesen minyak di USJ 21 gagal
sebaik sekumpulan penjenayah melihat kehadiran polis peronda.Gambar kecil: Yahaya

SINAR HARIAN
26 Disember 2013
 SUBANG JAYA – Sekumpulan penjenayah berputih mata selepas gagal menyamun dan melarikan wang tunai di mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah stesen minyak di USJ21, dekat sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi itu, penjenayah terbabit hanya sempat mengikat pengawal keselamatan yang bertugas sebelum kelam kabut melarikan diri apabila terlihat kehadiran kereta peronda polis (MPV).

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, siasatan awal mendapati empat suspek yang menutup muka dengan topeng ski menghampiri mangsa selepas meletakkan dua motosikal dinaiki berhampiran pam gas NGV.

Suspek dipercayai warga Indonesia bersenjatakan sebatang besi mengheret dan menarik mangsa berusia 33 tahun di tepi kedai serbaneka stesen minyak itu.

Mangsa kemudian dipukul berkali-kali di bahagian muka dan perut, tangannya diikat menggunakan tali kabel.

Ketika sibuk ‘mengerjakan’ mangsa, sebuah kereta peronda polis tiba di lokasi untuk membuat pemantauan berkala menyebabkan  kesemua suspek melarikan diri.

Dalam keadaan kelam kabut, suspek meninggalkan sebuah motosikal jenis Kawasaki di stesen minyak itu.

Pemeriksaan mendapati ia didaftarkan atas nama seorang lelaki beralamat di Puchong dan tidak pernah dilaporkan hilang.

Pengawal keselamatan berkenaan didapati cedera di bahagian muka dan turut mengadu sakit perut dibawa ke hospital untuk rawatan.

Hasil siasatan, Yahaya berkata, tiada sebarang kesan pecah masuk pada kedai serbaneka dan kedudukan mesin ATM masih seperti asal.

“Suspek mungkin tidak sempat memecah masuk kedai yang terdapat dalam stesen minyak kerana melihat kehadiran polis,” katanya.

 Beliau berkata, polis menemui satu tabung gas gas ‘oxygen wilco’, kuku kambing, tali kabel, plat kenderaan, pita pelekat berwarna hitam, penyembur dan beg biru berisi peralatan dipercayai digunakan untuk memecah mesin ATM.

Kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment