Search This Blog

Sunday, December 1, 2013

Korea Utara tahan rakyat AS


SEOUL 30 Nov. - Korea Utara buat pertama kali mengesahkan penahanan seorang askar veteran Amerika Syarikat (AS) yang pernah terlibat dalam Perang Korea atas dakwaan berniat mencetuskan permusuhan.
Merrill Newman, 85, ditahan pihak berkuasa Korea Utara pada Oktober lalu selepas memasuki negara itu sebagai 'pelancong', menurut sumber pegawai kerajaan yang dipetik agensi berita KCNA.
"Newman dituduh mencemari maruah dah kedaulatan Korea Utara, selain cuba memporak-perandakan sistem pentadbiran negara itu," jelas laporan KCNA.
Newman juga didakwa menjadi dalang pengintipan serta kegiatan subversif semasa Perang Korea pada 1950 hingga 1953 dan terlibat dalam kes pembunuhan anggota tentera dan rakyat Korea Utara.
Askar veteran AS itu dilaporkan mengemukakan permohonan maaf serta membuat pengakuan bersalah menerusi satu surat yang ditulis sepanjang 600 patah perkataan.
"Semasa Perang Korea, saya mengaku melakukan pelbagai jenayah terhadap kerajaan dan rakyat Korea Utara.
"Saya faham bahawa saya tidak boleh dimaafkan, namun saya ikhlas memohon maaf kepada kerajaan dan semua rakyat Korea Utara. Tolong jangan hukum saya," katanya dalam surat tersebut.
Sementara itu, rakan dan keluarga Newman menyifatkan bahawa penahanan Newman sebagai satu 'salah faham'.
"Bapa saya mengunjungi Korea Utara kerana ingin melihat budaya dan perkembangan di negara itu. Dia tidak mempunyai niat lain," kata anak lelakinya, Jeff Newman. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131201/lu_07/Korea-Utara-tahan-rakyat-AS#ixzz2mCHrFUep
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment