Search This Blog

Sunday, December 1, 2013

Kaki pancing jumpa mayat bayi perempuan


2013/12/01
Mersing: Dua sahabat yang sedang memancing di Sungai Tenglu Besar, Kampung Air Papan, di sini terkejut apabila menemui mayat seorang bayi perempuan masih bertali pusat.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi kelmarin, Abd Kadir Hanapiah, 45, dan rakannya, Ali Afandi Sa'at, 54, terlihat objek seakan anak patung yang ketika itu sedang dihampiri dua buaya kecil.


“Saya sedang mencari lokasi sesuai untuk memancing sebelum terlihat objek seperti anak patung di permukaan sungai, di depannya pula ada dua buaya kecil sedang menghampiri. Saya mengesyaki sesuatu tidak kena lalu bersama rakan bergegas memeriksa objek itu.

“Kami kemudian terkejut apabila mendapati ia sebenarnya mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat,” kata Abd Kadir sambil menambah, dia kemudian menghalau buaya berkenaan kerana bimbang mayat bayi terbabit dibaham.

Katanya, Ali Afandi kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan penemuan itu dan pada masa sama, memastikan mayat berkenaan tidak dihanyutkan arus.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Zulkipli Hashim, berkata bayi itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam sebelum ditemui.

No comments:

Post a Comment