Search This Blog

Thursday, December 19, 2013

Hakim dijel 12 tahun


Jakarta: Mahkamah Rasuah Bandung menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda Rp200 juta (RM54,000) ke atas seorang hakim yang didapati bersalah menerima rasuah membabitkan dana bantuan sosial oleh majlis perbandaran Bandung.

Hukuman itu dilihat lebih ringan berbanding yang diminta Suruhanjaya Penghapusan Rasuah (KPK) iaitu 16 tahun penjara dan denda Rp400 juta (RM108,000).


Tertuduh, Setyabudi Tejocahyono dan pihak pendakwa masing-masing akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.



Hakim Nur Hakim yang mengetuai panel hakim Barita Lumban Gaol dan Basari Budhi memutuskan Setyabudi melakukan kesalahan itu tanpa keraguan munasabah.


“Jika gagal membayar denda, dia perlu menjalani hukuman penjara tambahan selama tiga bulan,” kata Nur Hakim dalam penghakiman itu.


Panel hakim bersetuju tertuduh gagal menjalankan tanggungjawab menghapuskan rasuah sedangkan dia sendiri hakim.

Malah, dia dilihat gagal menunjukkan contoh baik selain melanggar kod etika kehakiman.


Isnin lalu, seorang lagi tertuduh kes itu, Toto Hutagalung, dipenjara tujuh tahun dan denda Rp200juta atau tiga bulan penjara kerana merasuah Setyabudi pada 2009 dan 2010. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/19

No comments:

Post a Comment