Search This Blog

Monday, December 9, 2013

Bah di wilayah selatan Thailand

Bah di wilayah selatan Thailand
9 Disember 2013

Ratusan rumah masih ditenggelami banjir di Narathiwat. 

  NARATHIWAT - THAILAND. Sebanyak 12 wilayah selatan Thailand dilanda banjir susulan hujan lebat melanda wilayah berkenaan sejak 21 November lalu.

Ketua Pengarah Pencegahan Bencana dan Mitigasi Chatchai Promlert, berkata, banjir mulai surut di Satun, Yala, Pattani, Prachuap Khiri Khan, Chumphon, Ranong dan Surat Thani.

“Sehingga hari ini (semalam), lima wilayah masih ditenggelami air iaitu Nakhon Si Thammarat, Trang, Phatthalung, Songkhla dan Narathiwat,” katanya kepada Bangkok Post.

Menurutnya, banjir menjejaskan lebih 100,000 orang di 29 daerah

Sejumlah besar penduduk dipindahkan dan berada di penempatan sementara.

No comments:

Post a Comment