Search This Blog

Thursday, December 26, 2013

19 individu termasuk 16 GRO warga Vietnam ditahan dalam Ops Cantas di Klang


2013/12/25
Shah Alam: Seramai 19 individu termasuk 16 wanita warga Vietnam yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO), ditahan dalam dua serbuan Ops Cantas/Noda, di Klang, malam semalam.

Turut diselamatkan dalam serbuan yang dijalankan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dengan dibantu Pasukan Cantas Khas Wanita itu adalah dua remaja perempuan warga Vietnam yang dipercayai terbabit dalam aktiviti pemerdagangan manusia dengan bekerja sebagai pelayan pelanggan.


Tiga lelaki yang ditahan ialah seorang pekerja bar warga Bangladesh dan dua lelaki tempatan yang menjadi penjaga premis hiburan yang diserbu.

Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat IPK Selangor, Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad, berkata dalam serbuan pertama di sebuah premis di Jalan Pekan Baru 36, Klang, kira-kira jam 11.30 malam kelmarin, seramai lapan individu iaitu seorang penjaga premis hiburan warga tempatan, enam GRO warga Vietnam dan seorang pekerja bar warga Bangladesh ditahan manakala seorang remaja warga Vietnam yang berusia 16 tahun, diselamatkan.

Katanya, lima pasport turut dirampas.

"Dalam serbuan kedua di sebuah premis di jalan yang sama, seramai 11 individu ditahan iaitu seorang penjaga premis warga tempatan dan 10 GRO Vietnam serta seorang remaja perempuan warga Vietnam yang berusia 17 tahun turut diselamatkan.

"Peralatan pusat hiburan, wang tunai RM 420 dan 11 passport turut dirampas," katanya.

Serbuan dan tangkapan dibuat mengikut Seksyen 55B, Seksyen 39(b), Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen dan Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIP-SOM) 2007.

No comments:

Post a Comment