Search This Blog

Tuesday, December 17, 2013

16 terbunuh di Xinjiang


Beijing: Enam belas orang terbunuh dalam pertempuran antara penduduk tempatan dengan anggota polis di wilayah Xinjiang semalam.

Dua anggota polis adalah antara yang maut.


Portal berita rasmi wilayah itu Tianshan Net berkata, “beberapa penduduk tempatan” melontar bahan letupan malam kelmarin ke arah polis yang memburu suspek sebelum menyerang mereka dengan pisau. Dua daripada anggota polis di bandar Sayibage, di Kashgar terbunuh dan polis menembak 14 penyerang, manakala dua lagi suspek ditahan.



Xinjiang ialah wilayah yang majoriti penduduknya keturunan Uighur dan bergama Islam dan sejak sekian lama berjuang untuk bebas daripada pemerintahan China. Pertempuran terbaru di wilayah itu, termasuk serangan ke atas balai polis sebelum ini menyebabkan puluhan terbunuh sepanjang tahun ini. Aktivis Uighur berpangkalan di Sweden, Dilxat Raxit berkata, kejadian semalam ialah contoh terbaru mengenai bagaimana anggota keselamatan China memilih untuk membunuh suspek.


“Mereka tidak lagi berusaha menangkap dan membicarakan pejuang Uighur itu,” katanya.


November lalu, polis menembak mati sembilan pejuang yang didakwa menyerang sebuah balai polis.

“Polis kini melepasan tembakan untuk membunuh penduduk, kemudian menggelar mereka pengganas.


“Hak penduduk untuk membela diri di mahkamah dirampas,” katanya. Menurutnya, kerajaan biasanya menyifatkan kejadian sedemikian sebagai serangan pengganas yang dikaitkan dengan kumpulan radikal yang berpangkalan di luar negara.

Dalam kebanyakan kes, keganasan yang tercetus berlaku akibat kemarahan kerana ditindas dan undang-undang yang menghalang penduduk Islam beribadah. Oktober lalu, pihak berkuasa China menuduh pejuang Uighur melancarkan serangan dengan merempuh orang damai dengan kenderaan di Dataran Tiananmen sebelum meletupkan kereta itu.


Tiga orang terbunuh dalam kejadian itu sementara puluhan lagi cedera. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/17

No comments:

Post a Comment