Search This Blog

Friday, November 8, 2013

Lelaki amuk diarah periksa status mental

Lelaki amuk diarah periksa status mental
Muhammad Zamri dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, semalam. Seorang pemandu van dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam, atas dua tuduhan membunuh dua lelaki dalam kejadian amuk di Wangsa Maju, bulan lalu.

Muhammad Zamri Yusof, 26, mengangguk tanda memahami pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya di depan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.
Tak rekod pengakuan Tiada pengakuan direkodkan kerana kes dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi.


Bagi tuduhan pertama, Muhammad Zamri yang berasal dari FELDA Pemanis 1, Segamat, Johor, didakwa membunuh seorang penjual alat tulis, Lee Kah Ghee, 44, di hadapan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Melati, Persiaran Pertahanan, Wangsa Maju di sini, antara jam 11 pagi hingga 12 tengah hari, 24 Oktober lalu.

Tertuduh turut didakwa membunuh pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR), Kwan Chun Thai, 25, di tepi tiang LRT bernombor P24/55, Kampung Wira Jaya Luar, Jalan Tumbuhan, Wangsa Maju, pada masa dan tarikh sama.

Muhammad Zamri yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Erry Shahriman membenarkan permohonan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Zulkifli Osman, supaya tertuduh dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan untuk pemerhatian status mental selama sebulan mengikut Seksyen 342(3) Kanun Acara Jenayah. Majistret turut menetapkan kes disebut semula pada 6 Disember ini.

No comments:

Post a Comment