Search This Blog

Monday, August 19, 2013

Tiga treler musnah terbakar

Tiga treler musnah terbakar
Keadaan treler yang terbakar di Pusat Kualiti Alam, semalam. Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan.
Tiga treler musnah terbakar - Melaka & NS - Sinar Harian:
SEREMBAN – Tiga buah treler musnah dalam kebakaran di kawasan parkir di Pusat Kualiti Alam, Sendayan di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 pagi itu berpunca dari sebuah lori treler yang dipenuhi bahan muatan minyak diesel buangan terbakar, sebelum meletup dan merebak kepada dua buah treler lain yang berada bersebelahan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Shazleen Mohd Hanapiah berkata, sebanyak tiga jentera membabitkan 10 anggota dan pegawai dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 12.35 pagi sebelum tiba ke lokasi dalam tempoh 10 minit.

"Sebaik tiba ke tempat kejadian, api sudah marak menyebabkan sebuah treler dipenuhi muatan sisa diesel musnah seratus peratus.

“Akibat daripada letupan yang kuat itu, ia menyebabkan api merebak ke lori-lori lain yang turut sama parkir di kawasan tersebut. Hasil tindakan pantas, kita berjaya
menyelamatkan sebuah treler dari terbakar teruk dan hanya mengalami kemusnahan kira-kira 10 peratus sahaja, berbanding sebuah lagi sebanyak 80 peratus," katanya.

Beliau berkata, melalui siasatan awal pihaknya, treler tersebut dikatakan baru sahaja pulang dari mengambil muatan dan parkir di kawasan tersebut sebelum membuat pelupusan pada keesokan hari.

"Bagaimanapun, punca utama kejadian masih dalam siasatan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment