Search This Blog

Thursday, August 22, 2013

Tiga ahli Geng 08 ditahan selepas dikejar lebih sejam


22/08/2013 5:24pm

SHAH ALAM - Polis berjaya menahan tiga lelaki dari Geng 08 selepas mengejar kesemua suspek selama lebih sejam dari Subang Perdana, Sungai Buloh awal pagi tadi.
Ketiga-tiga suspek berusia 26 dan 27 tahun itu ditahan di Taman Sentosa, Klang selepas mereka melarikan diri melalui Lebuh Raya Guthrie masuk ke Seksyen 20, Shah Alam dan keluar ke Padang Jawa sebelum bertembung dan melanggar sebuah kereta jenis Toyota Hilux di Taman Sentosa, Klang.
Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata, ketiga-tiga penjenayah itu keluar dari kereta dan cuba untuk melarikan diri namun seorang suspek berjaya di tahan berhampiran kereta jenis Perodua Viva dipandu mereka.
"Seorang lagi suspek berjaya ditahan ketika dia sedang bersembunyi dalam sebuah longkang bersama dengan sepucuk pistol jenis Smith & Wilson.
"Manakala suspek ketiga ditahan dalam sebuah ladang kelapa sawit di kawasan berhampiran kira-kira pukul 9.15 pagi tadi," katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini, hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api.- KOSMO!


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_06.htm#ixzz2cgojSQhA 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment