Search This Blog

Monday, August 19, 2013

Temui senjata dalam rumah

Temui senjata dalam rumah
Antara senjata yang berjaya dirampas dalam serbuan, semalam.
Temui senjata dalam rumah - Melaka & NS - Sinar Harian:

NILAI - Polis menahan seorang lelaki dan merampas beberapa laras senapang angin dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Enstek, dekat sini semalam.

Serbuan kira-kira 11 pagi semalam itu dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai selepas mendapat maklumat berhubung aktiviti penyalahgunaan dadah di rumah terbabit.

Menurut sumber polis, ketika pemeriksaan dilakukan, polis menemui sejumlah senjata termasuk dua laras senapang patah angin, dua laras mesingan angin dan sepucuk pistol angin.

Menurutnya, ketika serbuan, terdapat seorang lelaki berusia 35 tahun di rumah berkenaan dan suspek memberi kerjasama sepanjang pemeriksaan dilakukan.

"Kita turut menemui sekotak rokok milik suspek yang disyaki mengandungi dadah jenis syabu. Bagaimanapun, pemeriksaan lajut di rumah berkenaan kita menjumpai sejumlah senjata api termasuk beberapa peluru hidup,"

Menurutnya, serbuan di rumah itu dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat ada aktiviti penyalahgunaan oleh penghuninya.

"Buat masa ini kita sedang siasat tujuan suspek menyimpan senjata berkenaan sama ada untuk kegunaan jenayah atau sebaliknya. Kita juga sedang menyiasat sekiranya ada individu lain yang terlibat selain kaitan suspek dengan kes jenayah di negeri ini," katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, polis juga sedang menyiasat sama ada suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

Menurutnya, suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula semalam dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat).

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Baharom Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

No comments:

Post a Comment