Search This Blog

Wednesday, August 28, 2013

Riau diselubungi jerebu lagi


Beberapa penunggang motosikal meredah keadaan berjerebu akibat pembakaran hutan di Pekanbaru, wilayah Riau, Indonesia, semalam. - AGENSI
JAKARTA 27 Ogos - Cuaca berjerebu akibat aktiviti pembakaran hutan dan tanah gambut, kembali menyelubungi Riau sehingga mengganggu perkhidmatan penerbangan di wilayah itu sejak dua hari lalu.
Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), berdasarkan pemantauan satelit sehingga kini, sebanyak 264 titik panas dikesan di Riau dan peningkatan jumlah titik panas itu adalah seiring dengan keadaan musim kemarau pada masa ini.
Jumlah titik panas itu juga hampir sama dengan jumlah yang dicatat pada 24 Jun lalu iaitu sebanyak 265 titik.
Keadaan berjerebu itu dibimbangi akan merebak ke Malaysia dan Singapura seperti yang berlaku pada bulan Jun dan bulan lalu.
Pusat Data, Maklumat dan Perhubungan Awam BNPB memberitahu, sejumlah 88 titik panas dikesan di Jambi dan 67 titik panas dikesan di Sumatera Selatan.
Laporan badan berkenaan berkata, secara keseluruhannya ada 488 titik panas dikesan Pulau Sumatera.
Lokasi titik panas itu ialah di kawasan tanah gambut dan asap tebal muncul dari kawasan-kawasan berkenaan.
“Kabut asap sangat tebal dan menyelubungi Kota Pekanbaru, sehingga mengganggu penerbangan pesawat dari dan ke Lapangan terbang Sultan Syarif Kasim II.
“Hanya ada satu penerbangan yang dapat mendarat di lapangan terbang itu dalam dua hari ini," kata BNPB lagi. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130828/lu_04/Riau-diselubungi-jerebu-lagi#ixzz2dEdtHqHh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment