Search This Blog

Friday, August 23, 2013

Pengebom Iran dihukum penjara seumur hidup


DUA pengebom Iran, Saeid Moradi (berkerusi roda) dan Mohammad Kharzei meninggalkan sebuah mahkamah di Bangkok semalam.


BANGKOK – Sebuah mahkamah Thailand menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang daripada dua lelaki Iran yang terlibat merancang letupan bom di sini pada tahun lalu.
Tertuduh, Saeid Moradi, 29, yang kehilangan kedua-dua kaki selepas sebutir bom yang dibawanya meletup dalam komplot tersebut didapati bersalah berhubung beberapa dakwaan termasuk cubaan membunuh.
Dalam keputusannya semalam Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok mendapati Saeid bersalah kerana membawa bahan letupan di tempat awam, menggunakan bom untuk membunuh dan menyebabkan kerosakan harta benda.
Sementara itu, tertuduh kedua, Mohammad Khazaei, 43, dijatuhi hukuman penjara 15 tahun kerana bersalah memiliki bahan letupan.
Kedua-dua tertuduh yang menafikan semua tuduhan terhadap mereka merupakan antara lima warga Iran yang disyaki terlibat dalam siri letupan berkenaan.
Siri letupan tersebut berlaku sehari selepas dua serangan bom disasarkan terhadap staf Kedutaan Israel di India dan Georgia.
Satu letupan kuat merosakkan bumbung sebuah rumah dekat sini pada 14 Februari tahun lalu apabila beberapa bom yang disimpan di kediaman itu tiba-tiba meletup.
Kejadian tersebut menyebabkan lima orang cedera.
Pihak pendakwa raya menuduh Saeid mencampak sebutir bom ke arah sebuah teksi dan sebutir lagi bom dilontar terhadap dua anggota polis yang mendekatinya.
Namun, sebutir bom itu meletup berhampiran Saeid.
Seorang suspek yang melarikan diri selepas letupan di Bangkok kini ditahan di negara jiran, Malaysia dan dia menolak untuk diekstradisi ke Thailand. Dua lagi suspek dipercayai berjaya melarikan diri ke Iran. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2ckA6lAgW 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment