Search This Blog

Thursday, August 15, 2013

Kontraktor ditipu rugi RM40,000

Kontraktor ditipu rugi RM40,000 - Selangor & KL - Sinar Harian:
  • Kontraktor rugi RM40,000Poo Sang (kiri) menunjukkan imej wajah lelaki yang menipunya diperoleh daripada kamera litar tertutup (CCTV) hotel.

PUCHONG – Yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran. Itu nasib seorang kontraktor apabila projek ubahsuai rumah bernilai RM1 juta yang diimpikan tidak diperoleh, malah dia terpaksa pula menanggung kerugian RM40,000 ditipu lima lelaki.

Mangsa, Chee Poo Sang, 64, berkata, pada mulanya dia didatangi seorang lelaki ketika melakukan kerja ubahsuai sebuah rumah di Bukit Jalil.

Lelaki terbabit dikatakan memuji cara kerja dan menawarkannya membuat kerja ubahsuai rumah seorang lelaki hartawan Indonesia di Damansara.

Gelap mata dengan tawaran tersebut, Poo Sang berkata, lelaki yang dikenali dengan nama Ah Ko membawanya bertemu dengan lelaki yang didakwa hartawan dari Indonesia itu di sebuah hotel di Ampang.

Poo Sang mendakwa, semasa pertemuan itu dia diberi minum sebotol air berwarna jernih mirip air mineral dan ketika berada dalam keadaan khayal dipercayai kesan minum air terbabit, dia diajak bermain judi.

Dalam keadaan bawah sedar, Poo Sang mendakwa, dia bersimpati dengan kisah seorang daripada lelaki berkenaan yang mendakwa kalah bermain judi dengan hartawan Indonesia itu.

Justeru, dia kemudian sanggup mengeluarkan duitnya dari bank kononnya untuk membantu lelaki terbabit memenangi semula wangnya daripada hartawan itu.

“Lelaki itu menyuruh saya pulang ke rumah dan membawa duit untuk bermain judi, saya hanya menuruti apa yang disuruh dan pulang ke rumah di Puchong serta kembali semula ke hotel berkenaan bersendirian.

“Mereka kemudian mengatur permainan judi yang saya sendiri tidak pernah main, pada awalnya saya menang beberapa kali tetapi selepas itu berterusan kalah,” katanya.

Bagaimanapun, dia akhirnya menyedari ditipu kira-kira jam 4.30 petang selepas tersedar dari pengsan di bilik hotel berkenaan.

Sebaik sedar katanya, dia mendapati duit semua hilang dan kesemua lelaki tiada di situ lagi, mereka juga tidak menjawab panggilan telefonnya.

“Habis semua duit simpanan, saya ingat bila sudah tua tidak perlu kerja kuat lagi kerana ada duit simpanan sebaliknya ditipu pula,” katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Ampang sejurus selepas kejadian.

Sementara itu, Adun Kinrara, Ng Sze Han yang mendengar aduan mangsa menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah tertipu dengan tawaran sindiket seperti itu.

Katanya, sindiket akan menggunakan pelbagai cara mengaburi mata mangsanya sebelum melakukan penipuan tanpa disedari.
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment