Search This Blog

Wednesday, August 7, 2013

‘Datuk Boy’, dua lelaki diburu


Shah Alam: Polis memburu seorang lelaki dikenali sebagai ‘Datuk Boy’ berhubung kes mendatangkan kecederaan terhadap seorang lelaki di sebuah kedai makan di Gombak Setia, 22 Mei lalu.

‘Datuk Boy’ atau nama sebenarnya Normanshahrell Abdul Manap, 36, beralamat terakhir di 555R, Blok 2, Flat Sri Pahang, Bukit Bangsar, Kuala Lumpur, sudah menghilangkan diri selepas menyedari diburu pihak berkuasa.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, mangsa berusia 43 tahun sedang makan bersama rakannya sebelum didatangi tiga lelaki.

Beliau berkata, secara tiba-tiba dua daripada lelaki terbabit yang bersenjatakan parang menetak mangsa hingga mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.


“Sejak itu, suspek menghilangkan diri dan polis hingga kini masih giat memburunya. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Inspektor Farouq Fakhzan Mohd Nordin di talian 017-2251403 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak atau balai polis berdekatan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.


Dalam sidang media sama, Mohd Adnan berkata, polis turut mengesan dua lelaki yang terbabit dalam pergaduhan di sebuah kedai cuci kenderaan di Jalan Utama, Bandar Baru Kundang, 15 Julai lalu.

Mangsa yang berusia 31 tahun cedera parah ditetak di badan dan tangan oleh suspek menggunakan senjata tajam.


“Polis kini mengesan T Prabahakaran atau Prabu, 21, yang alamat terakhirnya di No 15, Tingkkat 2, Blok A, Bandar Baru Kundang, Rawang serta S Thevathas, atau Dass, 36, yang alamat terakhirnya di No 178 C, Kampung Baru Kundang, Rawang,” katanya. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Hakim Abdul Majid di talian 013-9816846 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak atau balai berhampiran.

No comments:

Post a Comment