Search This Blog

Monday, August 19, 2013

Berita Harian | Pencarian 80 mangsa nahas diteruskan

Berita Harian | Pencarian 80 mangsa nahas diteruskan:
Pencarian 80 mangsa nahas diteruskanPengawal Pantai dan tentera Filipina terus mencari mangsa pelanggaran feri MV Thomas Aquinas dan kapal kargo Sulpicio Express Siete. Gambar kecil menunjukkan Ricky Pomoy (kiri) menunjukkan gambar isterinya, Alma, yang masih belum ditemui. - Foto AP
Cebu: Penyelam membawa naik dua lagi mayat dari sebuah feri karam semalam dan cuba menutup kebocoran minyak kapal tangki selepas kedua-duanya berlanggar. 
Nahas di perairan dekat pelabuhan Cebu menyaksikan 34 orang terbunuh dan lebih 80 lagi masih hilang. 

Gabenor Cebu, Hilario Davide III berkata 751 penumpang dan kru MV Thomas Aquinas dapat diselamatkan selepas ia berlanggar dengan MV Sulpicio Express Siete yang segera karam. Penumpang yang panik terpaksa melompat ke laut selepas diberi arahan kapten feri berkenaan. 



Bawa naik dua mayat 

Anggota Pengawal Pantai, tentera dan nelayan dibantu helikopter terus meninjau perairan dekat bandar Talisay di Cebu, 570 kilometer ke selatan Manila tetapi gagal menemui mangsa yang terselamat. 

Bagaimanapun, penyelam membawa naik mayat seorang lelaki dan wanita dari feri itu yang karam sedalam 33 meter. 
“Kami masih menjalankan misi menyelamat. Kami belum putus asa,” kata Davide kepada wartawan. 

Sanak saudara mangsa mengunjungi pejabat pemiliki feri, 2GO Group Inc. dan melekatkan gambar anggota keluarga mereka. 

Ketua Pengawal Pantai Cebu, Komodor William Melad berkata seramai 870 ada dalam feri itu, 754 adalah penumpang dan 116 kru. 

Kapal kargo itu pula membawa 30 kru tetapi semuanya terselamat, kata pegawai. 
Setiausaha Pengangkutan dan Komunikasi, Joseph Abaya berkata kesemua warga asing yang menaiki feri itu selamat kecuali seorang warga New Zealand yang memerlukan rawatan. - AP

No comments:

Post a Comment