Search This Blog

Saturday, July 6, 2013

Tukang tilik kena penjara


Hong Kong: Bekas penilik nasib kepada seorang bilionair wanita dihukum penjara 12 bulan selepas sebuah mahkamah mendapati tertuduh bersalah memalsukan satu wasiat bagi membolehkan dia mewarisi harta bernilai puluhan bilion ringgit.

Hakim Mahkamah Tinggi Hong Kong, Andrew Macrae berkata cubaan Peter Chan menjadikan dirinya sebagai pewaris kekayaan Nina Wang - dianggarkan bernilai AS$10.7 bilion (RM34.1 bilion) sebagai “tidak tahu malu dan jahat yang lahir daripada ketamakan melampau.” Nina - pernah dianggap wanita paling kaya di Asia - meninggal dunia ketika berusia 69 tahun pada 2007 akibat kanser. Polis Hong Kong mendakwa Chan selepas sebuah mahkamah pada 2011 mengesahkan satu wasiat mengenai pemilikan syarikat Nina, Chinachem Group, dipalsukan. Perbicaraan kes itu mendedahkan pelbagai maklumat membabitkan aktiviti seks, perbelanjaan besar-besaran serta dakwaan penipuan.


Bapa kepada tiga anak, Chan, 53, disabitkan kesalahan menipu dan memalsukan dokumen.



Hakim Macrae mengarahkan dia dihukum penjara 12 tahun atas setiap tuduhan dan pelaksanaannya berjalan serentak. Chan juga dikenali sebagai pakar tilik nasib menukar namanya daripada Tony selepas memeluk agama Kristian baru-baru ini. Dalam usaha membuktikan hubungan Chan dan Nina adalah tulen, peguam tertuduh menunjukkan aksi pasangan itu berkucupan dan saling membelai di mahkamah bulan lalu. - AP

No comments:

Post a Comment