Search This Blog

Tuesday, July 23, 2013

Roda rosak punca pesawat tergelincir

NEW YORK - Seramai 10 orang mengalami kecederaan kecil selepas pesawat yang dinaiki terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan terbang LaGuardia, New York.

Enam orang mangsa telah dikejarkan ke hospital selepas penerbangan Southwest Airlines  345 tergelincir dari landasan.

Lapangan terbang juga terpaksa ditutup buat sementara waktu sejurus kejadian itu, tetapi ia dibuka semula tidak lama kemudian.

Roda hadapan pesawat dilaporkan mengalami kerosakan dan ia menyebabkan pesawat tergelincir dari landasan.

Para penumpang terpaksa keluar menggunakan pelongsor kecemasan bagi menyelamatkan diri.

No comments:

Post a Comment