Search This Blog

Wednesday, July 31, 2013

Jual bayi RM1,878


Surabaya: Seorang bayi tiga bulan dilahirkan hasil hubungan tanpa nikah dijual sendiri ibunya dengan harga 6 juta rupiah (RM1,878) kepada sindiket perdagangan bayi melalui orang tengah di sebuah rumah anak yatim, di sini, semalam.

Jual beli bayi itu dikesan berlaku di Yogyakarta. Bagaimanapun, pembeli bayi ditahan di Tegalsari, Surabaya ketika dia ingin membawa bayi itu ke Sumatera.


“Ada maklumat mengatakan terdapat urusan jual beli bayi dilaporkan ke balai polis Yogyakarta sebelum dirujuk ke sini,” kata pegawai kanan polis Surabaya kepada wartawan semalam.

Pegawai itu berkata, polis menahan tiga suspek dalam kes jual beli bayi itu iaitu pembelinya, Nanik Sri Wahyuni, 38, dari Padang Lawas, Sumatera Utara, penjual bayi, SL, 16, dari Bantul, Yogyakarta dan orang tengah, Sunyoto, 57, juga dari Bantul, Yogyakarta. Nanik ketika disoal berkata, dia membeli bayi itu kerana mahu menjadikannya anak angkat selepas gagal memperoleh anak. - Agensi

No comments:

Post a Comment