Search This Blog

Tuesday, July 23, 2013

Heroin RM6 juta dalam kotak jeruk


NOOR RASHID (tengah) menunjukkan heroin yang dirampas pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam.


KUALA LUMPUR - Polis merampas sebanyak 110 kilogram heroin bernilai RM6 juta dipercayai untuk edaran pasaran tempatan yang disembunyikan di sebuah kilang di kawasan perindustrian Nilai, Negeri Sembilan pada Sabtu lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dadah tersebut ditemui diisi di dalam 39 kotak makanan yang turut berisi jeruk pelbagai jenis. Setiap kotak itu mengandungi 195 peket heroin bermutu tinggi.
"Serbuan di kilang yang penuh dengan barang makanan seperti garam, bihun, sos tomato dan jeruk buah-buahan dari luar negara itu dilakukan selepas pihak polis menerima maklumat daripada orang awam yang mengesyaki terdapat aktiviti menyalahi undang-undang di kilang tersebut.
"Pemeriksaan yang dilakukan menemui 110 kilogram heroin yang disembunyi di dalam kotak yang turut berisi jeruk dan dadah itu dipercayai untuk diedar di pasaran tempatan," kata beliau dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0723&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2ZpkIUjAg 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment