Search This Blog

Tuesday, July 23, 2013

Bekas pekerja ladang parah ditetak dua penyamun

TELUK INTAN 23 Julai - Seorang bekas pekerja ladang warga emas parah akibat ditetak di tangan dan kepala oleh dua penjenayah dalam kejadian samun di rumahnya di Taman Jaya, Padang Tembak dekat sini semalam.
S. Ramo, 73, terpaksa menerima lebih 15 jahitan di tangan kanan dan kepalanya setelah diserang menggunakan sebilah parang panjang dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, ketika kejadian mangsa sedang bersembahyang di ruang tamu rumahnya.
“Dua lelaki tiba-tiba memecah masuk rumah mangsa dan mengarahkannya menunjukkan lokasi dia menyimpan wang.
“Mangsa enggan mengikut arahan itu sebaliknya cuba melawan. Berang dengan tindakannya, salah seorang suspek bertindak menetak tangan dan kepala mangsa menggunakan parang panjang," katanya dalam sidang akhbar hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130723/je_10/Bekas-pekerja-ladang-parah-ditetak-dua-penyamun#ixzz2ZsfHZxWw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment