Search This Blog

Wednesday, July 31, 2013

Ahli parlimen diugut rogol, bunuh


London: Polis Britain berkata, mereka masih menyiasat ancaman rogol dan bunuh terbaru dialami seorang ahli Parlimen yang dibuat melalui Twitter.

Ia dianggap mesej ugutan ganas disasarkan kepada wanita berprofil tinggi di laman rangkaian sosial.


Ahli Parlimen Parti Buruh Stella Creasy menjadi sasaran selepas dia menulis di Twitter menyokong aktivis gerakan wanita Caroline Criado-Perez yang berkempen dengan jayanya agar gambar novelis England, Jane Austen digunakan pada wang kertas Britain.

Polis semalam berkata, pihaknya masih menyiasat “tuduhan komunikasi dengan niat jahat” di Twitter.


Insiden itu mendorong orang ramai mendesak Twitter bertindak terhadap komen berunsur penderaan yang dikenali sebagai “troll”. Twitter berkata, ia melihat isu itu dengan serius dan merancang untuk meluaskan butang “laporan penderaan” sedia ada. - AP

No comments:

Post a Comment