Search This Blog

Monday, June 3, 2013

Remaja bersalin dalam bilik air hasil hubungan sulit


Balik Pulau: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun sanggup menahan sakit seorang diri ketika melahirkan bayi hasil hubungan sulit dengan teman lelakinya dalam bilik air rumahnya di Sungai Rusa di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, remaja berkenaan yang selama ini merahsiakan kandungannya itu daripada pengetahuan ahli keluarga akhirnya terpaksa menceritakan segala kejadian terbabit selepas dia mendapatkan rawatan di Hospital Balik Pulau (HBP).


Susulan itu, seorang pelajar tingkatan empat yang juga teman lelaki remaja itu ditahan di kawasan Balik Pulau, awal pagi kelmarin bagi membantu siasatan.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati remaja perempuan yang sudah tidak bersekolah mengaku melakukan hubungan seks beberapa kali bersama teman lelakinya antara September hingga November tahun lalu. “Mangsa memang mengetahui dia mengandung selepas tidak datang bulan, namun dia tidak menceritakannya kepada ahli keluarga kecuali teman lelakinya.


“Siasatan juga mendapati mangsa mengaku yang bayi perempuan yang dilahirkannya hasil hubungan yang dilakukan dengan teman lelakinya dan dia juga memberitahu tidak pernah melakukan hubungan seks dengan orang lain,” katanya.


Menurutnya, setakat ini, mangsa dan juga bayinya yang seberat 2.7 kilogram dalam keadaan stabil dan masih dirawat di HBP.

“Mangsa dan suspek sudah mengenali antara satu sama lain sejak sembilan bulan lalu dan mangsa sudah berhenti sekolah kerana masalah kewangan,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Mohd Hatta Mohd Zin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

No comments:

Post a Comment