Search This Blog

Sunday, June 9, 2013

Perumahan warga emas musnah terbakar di Klang

Perumahan warga emas musnah terbakar di KlangANGGOTA forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Raja melakukan pemeriksaan di Pusat Kebajikan Warga Emas di Taman Selatan, Klang, hari ini yang musnah dalam kebakaran.- Foto Asyraf Hamzah KLANG: Seramai 26 penghuni sebuah perumahan warga emas di Jalan Solok Tamarind, Taman Selatan di sini terselamat apabila penempatan mereka musnah dalam satu kebakaran malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Yusri Yusof berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.17 malam dan terus mengerahkan tiga jentera bomba dengan 15 anggota ke tempat kejadian.
"Pasukan bomba dapat mengawal api daripada terus merebak ke kawasan berhampiran dalam masa 40 minit," katanya ketika dihubungi.


Menurutnya, kesemua penghuni terbabit tidak mengalami kecederaan dalam
kebakaran yang memusnahkan hampir 80 peratus bangunan itu.

Katanya, semua warga emas itu akan dibantu Jabatan Kebajikan Masyarakat
untuk ditempatkan sementara di pusat asuhan warga emas di Taman Sentosa, Klang.

Mohd Yusri berkata, pihak bomba sedang menyiasat punca kejadian. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment