Search This Blog

Monday, June 3, 2013

Pengebom berani mati serang ibu pejabat polis Jakarta


JAKARTA (Indonesia): Seorang penunggang motosikal tidak dikenali membawa sejenis peledak dan cuba meletupkan diri di ibu pejabat polis di ibu negara Indonesia, lapor polis hari ini.

Ketua Polis Leftenan Kolonel Sisnadi, berkata lelaki terbabit cuba memasuki ibu pejabat polis berkenaan awal hari ini di pusat bandar Sulawesi, Poso ketika membawa sejenis bom dan nekad membunuh dirinya.
Seorang pekerja binaan berhampiran ibu pejabat polis berkenaan cedera namun tiada anggota polis yang terbunuh.

“Dia ditahan apabila pengawal balai berjaya menghalangnya daripada memasuki pintu utama. Tetapi kira-kira 15 meter dari pos balai berkenaan bom yang dibawa lelaki itu meletup berhampiran sebuah masjid,” katanya.

Sisnadi berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan. - AP

No comments:

Post a Comment