Search This Blog

Thursday, June 13, 2013

Penganggur didakwa bunuh wanita tua


Ipoh: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh seorang wanita tua di Jelapang dekat sini, dua minggu lalu.

S Sivakumar, 28, dituduh membunuh A Sampuranam, 75, di sebuah rumah bernombor 111, Persiaran Jelapang 5, Taman Silibin antara 1.30 hingga 2.30 petang pada 28 Mei lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

19 Ogos sebut semula kes

Tiada pengakuan direkodkan manakala jaminan tidak ditawarkan terhadap tertuduh.

Majistret Haslinda Raof menetapkan 19 Ogos ini untuk kes itu disebut semula bagi mendapatkan laporan bedah siasat selain bagi membolehkan tertuduh mendapatkan perkhidmatan peguam.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Norbert Liew Chee Vui.
Media sebelum ini melaporkan mayat Sampuranam ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh cucunya yang berusia 21 tahun yang sampai ke tempat kejadian selepas balik bekerja jam 3 petang.

Difahamkan, tertuduh melarikan dua pembesar suara dari rumah berkenaan dalam kejadian samun dan bunuh itu.

No comments:

Post a Comment