Search This Blog

Monday, June 3, 2013

Gelandangan ancam bunuh Putera Harry


London: Polis Britain berkata, seorang lelaki merempat mengaku bersalah mengancam untuk membunuh Putera Harry.

Polis Metropolitan semalam berkata, Ashraf Islam, 30, yang tiada alamat tetap didakwa pada 25 Mei lalu dengan tuduhan mengancam untuk membunuh putera terbabit “mengikut Seksyen 16 Akta Serangan Terhadap Individu”.


Dia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Uxbridge, London dan berada dalam tahanan sementara menunggu hukuman.

Polis berkata, Ashraf ditahan selepas memasuki balai polis dan membuat ancaman itu, sehari selepas seorang tentera Britain dibunuh di jalan raya di London pada 22 Mei lalu.


Dia disoal siasat oleh polis antikeganasan tetapi tidak didakwa dengan sebarang kesalahan keganasan. - AP

No comments:

Post a Comment