Search This Blog

Monday, June 3, 2013

Kanak-kanak dilarikan pengkid ke pesta wau


Tumpat: Kakak kepada kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang dipercayai dilarikan pengkid dikenali Along pada Isnin lalu, dikatakan dilihat bersama di Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2013 di Pantai Geting di sini, oleh seorang jiran.

Tunggang motosikal
Nurul Huda Ibrahim, 18, berkata seorang jiran mendakwa terserempak dengan Along dan adiknya, Nur Zazila, menaiki motosikal di tapak pesta terbabit, malam kelmarin.

Jiran itu cuba mengekori motosikal ditunggang Along tetapi kelibat mereka hilang di celah-celah orang ramai, katanya ketika dihubungi semalam.

Semalam, akhbar melaporkan kanak-kanak terbabit hilang sejak beberapa hari lalu dipercayai dilarikan rakan yang dikenali dua minggu lalu.

Sehubungan itu, Nurul Huda merayu sesiapa yang melihat adiknya menaiki motosikal jenis EX5 merah bernombor pendaftaran DBV5347 menghubunginya di talian 013-9157986.

No comments:

Post a Comment