Search This Blog

Thursday, June 13, 2013

Ibu rayu Farahafifah segera pulang

FARAHAFIFAH
TUMPAT - Seorang ibu merayu anak perempuannya yang berusia 17 tahun agar kembali ke pangkuan keluarga selepas menghilangkan diri sejak hampir sebulan lalu.
Gadis berkenaan, Farahafifah Daud hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Palekbang untuk ke kedai berhampiran.
Ibu mangsa, Maimun Abdullah, 57, berkata, kehilangan anak bongsu daripada lapan beradik itu disedari selepas dia tidak pulang ke rumah keesokan harinya.
"Saya ingatkan dia tidur di rumah kawannya, tetapi selepas dia tidak pulang, hati saya mula gelisah. Jadi saya telah membuat laporan di Balai Polis Palekbang pada 14 Mei lalu berhubung kehilangan Farahafifah.
"Dia pernah menghilangkan diri sebelum ini, namun selepas dua hingga tiga hari dia pulang dengan selamat dengan memberitahu dia tidur di rumah kawan," katanya kepada pemberita di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0613&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2W2eqHooC 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment