Search This Blog

Friday, June 7, 2013

Hampir 600 pekerja jatuh sakit minum air tercemar


DHAKA 6 Jun - Hampir 600 pekerja di sebuah kilang pakaian di Bangladesh di sini dilapor jatuh sakit selepas dipercayai meminum air yang tercemar semalam.
Pegawai polis tempatan, Mahfuzur Rahman berkata, kejadian tersebut berlaku di kilang Starlight Sweaters di Gazipur selepas kesemua mangsa mula mengalami muntah pada awal pagi.
“Siasatan awal mendapati sumber air kilang berkenaan dipercayai telah diletakkan racun atau tercemar.
“Kebanyakan mangsa telah dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130606/lu_01/Hampir-600-pekerja-jatuh-sakit-minum-air-tercemar#ixzz2VUHnLrAi
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment