Search This Blog

Thursday, June 13, 2013

Dua kaki ragut ditahan lepas dikejar 35 minit


Kuala Lumpur: Dua remaja kaki ragut dicekup polis manakala dua lagi rakan mereka berjaya melepaskan diri selepas terserempak dengan pasukan peronda polis (MPV) dalam kejadian di Jalan Ayer Hitam, Setapak, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, dua suspek berusia 19 dan 20 tahun terbabit dikejar selama 35 minit oleh Pasukan Peronda Polis (MPV) sebelum motosikal yang mereka naiki terbabas dan cubaan mereka melarikan diri gagal.


Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Aziz Zakaria, ketika kejadian, pasukan MPV terserempak dua motosikal Yamaha 125Z dinaiki empat lelaki yang kemudian melarikan diri.

“Pihak MPV mengejar dua motosikal berkenaan selama kira-kira 35 minit sehingga sebuah daripadanya terbabas dan polis mengejar mereka sebelum berjaya menahan kedua-duanya, manakala dua lagi berjaya melepaskan diri.


“Selepas memeriksa motosikal dinaiki suspek, kita dapati kenderaan itu menggunakan nombor pendaftaran palsu dan dilaporkan dicuri di Wangsa Maju, baru baru ini,” katanya.


Aziz turut berkata, siasatan awal turut mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kes pecah rumah, curi motosikal dan juga kesalahan penyalahgunaan dadah.

“Suspek turut mengaku melakukan jenayah ragut di sekitar Wangsa Maju, Setapak, Gombak dan juga pusat bandar dan hasil semakan mendapati mereka dipercayai terbabit dalam 25 di kawasan Wangsa Maju saja, manakala tempat masih dalam siasatan,” katanya lagi.


Tambahnya, polis kini giat memburu dua lagi suspek yang berjaya melepaskan diri.

No comments:

Post a Comment