Search This Blog

Thursday, June 13, 2013

Budak mangsa dera kekasih ibu


Kuala Terengganu: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mungkin kehilangan kaki kanan selepas dipercayai menjadi mangsa dera teman lelaki ibunya di Bukit Chendering, di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superintendan Abdul Halim Ishak berkata, pihaknya dimaklumkan orang awam mengenai kejadian berkenaan menerusi Talian Nur pada jam 8.30 malam, Isnin lalu.


“Anggota polis dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bergegas ke rumah mangsa membuat pemeriksaan sebelum menyelamatkan mangsa yang juga anak ketiga daripada empat beradik,” katanya.

Menurutnya, hasil maklumat penduduk setempat, pihak berkuasa dimaklumkan ibu mangsa tidak suka bergaul dengan jiran dan mendakwa sering mendengar kanak-kanak itu menangis.


“Hasil pemeriksaan, doktor mendapati kaki kanan mangsa berbalut selain terdapat banyak kesan kecederaan pada badan mangsa.


“Malah, ketika ditanya, kanak-kanak itu mendakwa kecederaannya akibat perbuatan seorang lelaki dipanggil Chek yang juga teman lelaki ibunya,” katanya, semalam.

Mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini manakala suspek ditahan polis untuk siasatan lanjut, petang semalam.

No comments:

Post a Comment