Search This Blog

Monday, June 3, 2013

Angka terbaru korban kebakaran kilang ternakan di China 112 orang

Foto

JENTERA anggota penyelamat dilihat di luar tapak kebakaran ladang ternakan di Wilayah Jilin di sini, awal pagi tadi. - Foto Reuters

Foto
SEORANG mangsa dibantu petugas hospital selepas diselamatkan daripada kebakaran ladang ternakan di Wilayah Jilin. - Foto AFP

BEIJING: Angka terbaru jumlah mangsa korban dalam kebakaran kilang memproses ternakan di Wilayah Jilin, awal pagi tadi, kini meningkat kepada 112 orang.

Kejadian itu dianggap kebakaran paling terburuk dalam tempoh 12 tahun di negara itu.
Lebih 300 pekerja berada di dalam bangunan kilang yang terletak di Dehui dalam Wilayah Jilin, dengan kebanyakan pekerja masih dilaporkan terperangkap.


“Sehingga jam 3.20 petang (waktu tempatan), semmua 112 orang sudah terkorban," kata Pejabat Penerangan Kerajaan Wilayah Jilin menerusi Twitter.

Posting terbaru itu bagaimanapun tidak menyebut jumlah mereka yang cedera tetapi laporan awal menyebut 54 orang setakat ini. - AFP

No comments:

Post a Comment