Search This Blog

Monday, June 3, 2013

22 PATI Indonesia ditahan dalam bot



BEBERAPA anggota APMM mengawal 22 PATI warga Indonesia yang ditangkap di perairan Teluk Ramunia, Kota Tinggi semalam.


JOHOR BAHRU - Anggota Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia selepas menahan mereka di perairan Teluk Ramunia dekat Kota Tinggi kelmarin.
Pengarah Operasi Daerah Maritim Tanjung Sedili, Komander Mustapa Kamal Abas berkata, kesemua mereka termasuk seorang tekong dan dua pembantu bot ditahan kira-kira pukul 10.55 malam selepas anggota penguat kuasa yang melakukan rondaan di perairan itu terserempak dengan sebuah bot.
Beliau berkata, empat anggota APMM ternampak bot itu dalam keadaan mencurigakan dari perairan negara jiran memasuki perairan negara ini.
"Anggota APMM itu kemudian cuba menghampiri bot gentian kaca itu sebelum pemandu bot terbabit bertindak memecut laju menuju ke pantai Kampung Teluk Ramunia apabila menyedari kehadiran pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0603&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2V9ckYftS 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment