Search This Blog

Sunday, June 30, 2013

Potong kemaluan bekas suami, wanita dipenjara




LOS ANGELES - Seorang wanita dari selatan California dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dengan kemungkinan jaminan parol selepas tujuh tahun apabila didapati bersalah memotong dan mencampak kemaluan bekas suaminya ke tempat pembuangan sampah.

Menurut laporan CNN, Catherine Kieu, 50 dan suaminya, 60 bercerai pada Julai 2011.

Mengikut rekod Mahkamah Orange Country, pasangan ini berkahwin pada Disember 2009 tapi pada Mei 2011, suaminya memfailkan penceraian yang diluluskan pada Ogos 2011.

Dalam kenyataan pejabat peguam daerah Orange Country Jumaat lalu ada menyebut Kieu menyediakan makan malam yang dimasukkan ubat tidur untuk suaminya selepas mereka bertengkar.

Apabila suaminya tertidur, Kieu mengikat kaki dan tangan di katil dan apabila si suami bangun, dia menarik seluar dan memotong kemaluan si suami dengan pisau.

Kieu kemudiannya membuang kemaluan si suami ke kawasan pembuangan sampah dan menghubungi 911 ekoran pendarahan suaminya itu.

Menurut polis, nama mangsa tidak didedahkan kerana dia mangsa kecacatan kekal.

Kieu merupakan anak kelahiran Vietnam yang dikenali sebagai Que Anh Tran.

Potong kemaluan bekas suami, wanita dipenjara




LOS ANGELES - Seorang wanita dari selatan California dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dengan kemungkinan jaminan parol selepas tujuh tahun apabila didapati bersalah memotong dan mencampak kemaluan bekas suaminya ke tempat pembuangan sampah.

Menurut laporan CNN, Catherine Kieu, 50 dan suaminya, 60 bercerai pada Julai 2011.

Mengikut rekod Mahkamah Orange Country, pasangan ini berkahwin pada Disember 2009 tapi pada Mei 2011, suaminya memfailkan penceraian yang diluluskan pada Ogos 2011.

Dalam kenyataan pejabat peguam daerah Orange Country Jumaat lalu ada menyebut Kieu menyediakan makan malam yang dimasukkan ubat tidur untuk suaminya selepas mereka bertengkar.

Apabila suaminya tertidur, Kieu mengikat kaki dan tangan di katil dan apabila si suami bangun, dia menarik seluar dan memotong kemaluan si suami dengan pisau.

Kieu kemudiannya membuang kemaluan si suami ke kawasan pembuangan sampah dan menghubungi 911 ekoran pendarahan suaminya itu.

Menurut polis, nama mangsa tidak didedahkan kerana dia mangsa kecacatan kekal.

Kieu merupakan anak kelahiran Vietnam yang dikenali sebagai Que Anh Tran.

Ibu mengandung, rakan, anak nyaris maut


Ibu mengandung, rakan, anak nyaris maut
Orang ramai menyaksikan keadaan kereta jenis Perodua Kelisa dan Honda Civic yang rosak teruk setelah bertembung dalam satu kejadian kemalangan di Jalan Taiping malam kelmarin
Ibu mengandung, rakan, anak nyaris maut
Kereta jenis Honda Civic yang terbalik sedang dialihkan oleh trak penunda.
PARIT BUNTAR - Pertembungan kereta jenis Perodua Kelisa dengan sebuah kereta lain jenis Honda Civic di Jalan Taiping, di sini, malam kelmarin, nyaris membawa maut kepada seorang wanita yang sedang mengandung empat bulan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.50 malam dan mangsa berusia 30-an menaiki kereta berkenaan bersama seorang rakan perempuan serta anak lelakinya yang baru berusia tiga tahun.

Menurut jurucakap bomba, berdasarkan maklumat awam, kereta jenis Perodua Kelisa dinaiki mangsa dalam perjalanan dari pekan Parit Buntar menuju ke Changkat, Nibong Tebal telah dirempuh kereta jenis Honda Civic dipandu seorang lelaki dari arah bertentangan.

Difahamkan, kereta dinaiki lelaki terbabit dipercayai dipandu secara laju dan hilang kawalan di persimpangan bertingkat Parit Buntar lalu berpusing beberapa kali serta melanggar pembahagi jalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan merempuh kereta dinaiki mangsa.

"Kereta dinaiki mangsa dirempuh di bahagian tempat duduk pemandu dan kedua-dua kereta terbabit terhenti pada jarak kira-kira 10 meter dari kawasan pelanggaran.

"Kejadian turut menyebabkan kereta dipandu lelaki terbabit yang dalam perjalanan dari Pekan Lama Parit Buntar ke Kuala Gula rosak teruk dan terbalik," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, jurucakap polis memaklumkan, setibanya di tempat kejadian polis mendapati mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam manakala rakan serta anak lelaki mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk rawatan.

Menurutnya, mangsa yang disyaki patah kaki juga dikejarkan ke hospital sama bersama lelaki yang merupakan pamandu kereta jenis Honda Civic terbabit.

"Rakan dan anak lelaki mangsa tidak mengalami kecederaan, manakala lelaki terbabit cedera ringan pada muka.
Berikutan kejadian, lalu lintas di Jalan Taiping dari arah Pusat Bandar Parit Buntar menghala pekan lama mengalami kesesakan selama dua jam kerana persimpangan laluan bertingkat terpaksa ditutup sementara.

"Laluan berkenaan dibuka kembali seperti biasa kira-kira jam 11 malam, selepas kedua-dua kereta terbabit dialihkan menggunakan trak penunda," katanya.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Indon Dicekup Ketika Sedang Sedap ‘Henjut’ Diana

Pasangan kekasih warga Indonesia yang sedang asyik bermadu kasih di sebuah rumah kongsi tapak pembinaan projek perumahan Taman Sekiah Makmur Behrang Ulu, terkejut dengan kehadiran pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam (Jaipk) Ulu, di Slim River, semalam.

Wanita berusia 41 tahun yang dikenali sebagai Diana bersama pasangannya dikenali sebagai La Saudi, 29, terkejut dengan kehadiran pegawai penguatkuasa Jaipk yang membuat serbuan dalam Operasi Bersepadu di lima lokasi di sini, kira-kira jam 3.10 pagi semalam.

Ketua Cawangan Imigresen Teluk Intan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, namun begitu, percubaan wanita itu untuk melompat pengadang dinding papan lapis setinggi 1.2 meter gagal kerana pegawai Jaipk berjaya menahan kedua-dua warga Indonesia berkenaan.



“Kedua-dua mereka yang terkejut dengan kehadiran pegawai Jaipk, cuba menafikan mereka berkhalwat ketika dicekup.

“Mereka kini akan di hadapkan ke Mahkamah Syariah Slim River dalam waktu terdekat atas kesalahan berkhalwat,” katanya kepada pemberita di Pejabat Imigresen Cawangan Teluk Intan, di sini, semalam.

Khairul Anuar berkata, selain pasangan warga Indonesia itu, pihaknya juga menahan 12 warga lndonesia dalam operasi sama yang bermula jam 1 pagi dan berakhir jam 3.30 pagi

Katanya, Operasi Bersepadu yang membabitkan 58 pegawai dari Jabatan lmigrsen Teluk lntan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara dan Jaipk membuat serbuan di lima lokasi berbeza di kawasan Slim River.

Katanya, kesemua warga Indonesia itu melakukan kesalahan di bawah Akta lmigresen 1959/63 (Akta 155) dan peraturan peraturan lmigresen 1963.

“Kesemua mereka yang ditahan reman di Depot Tahanan Imigresen dan untuk siasatan lanjut sebelum didakwa di mahkamah,” katanya

Sumber

2 penunggang maut, 3 cedera


Motosikal yang terputus dua dalam kemalangan membabitkan empat buah motosikal berkuasa tinggi dengan sebuah lori tangki di Kilometer 38, Jalan Johor Bahru-Mersing, semalam.
KOTA TINGGI 30 Jun - Dua penunggang motosikal berkuasa tinggi maut manakala tiga lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori tangki di Kilometer 38, Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran susur masuk ke Taman Daiman Jaya di sini hari ini.
Nahas berlaku pukul 1 petang ketika kumpulan konvoi melibatkan 16 buah motosikal berkuasa tinggi dan lima kereta dalam perjalanan pulang dari Johor Bahru ke Terengganu.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Nor Rasid berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah lori tangki dari arah Mersing hilang kawalan menyebabkan kenderaan itu terbabas dan melintang di lebuh raya.
Katanya, empat buah motosikal dari konvoi itu gagal mengelak lalu merempuh lori tangki berkenaan menyebabkan salah sebuah daripadanya terbakar dan sebuah lagi terputus dua.
“Kemalangan ngeri itu berpunca daripada keadaan permukaan jalan yang licin akibat hujan, namun punca sebenar masih disiasat.
“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat," katanya kepada pemberita semasa ditemui di pekarangan bilik mayat hospital di sini.
Mohd. Nor berkata, mangsa yang terbunuh ialah Abdul Rashid Mansor, 48, beralamat di Taman Ibai Indah, Ibai Golf Resort, Kuala Ibai, Kuala Terengganu dan Mohamad Hisham Salleh, 36, dari Kampung Gemuroh, Marang.
Kedua-dua mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Dua mangsa yang cedera parah ialah Saufi Said, 48, dan Anisar Muhammad, 49, dan kedua-duanya dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, manakala seorang lagi mangsa, Muhd. Zulkeri Embong, 45, hanya cedera ringan.
Menurut Mohd. Nor, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu lori tangki berkenaan yang tidak mengalami kecederaan ditahan untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, seorang peserta konvoi, Shahir Zulfyri Muhd. Zulkeri, 24, yang juga anak kepada Muhd. Zulkeri dan Anisar berkata, rombongan konvoi itu bertolak dari Johor Bahru pukul 10.30 pagi.
“Saya tidak menunggang motosikal sebaliknya menaiki kereta, bapa saya menunggang motosikal Harley Davidson manakala ibu pula jadi pembonceng.
“Kejadian berlaku begitu pantas. Saya bersyukur ibu dan bapa saya selamat walaupun mengalami kecederaan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130701/je_01/2-penunggang-maut-3-cedera#ixzz2XmpzRKFf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki cuba bakar kedai pakaian, 7-Eleven

KUCHING 29 Jun - Seorang lelaki dipercayai kurang siuman cuba membakar sebuah kedai pakaian di Wisma Saberkas sebelum mengulangi perbuatan sama di sebuah kedai serbaneka 7-Eleven di Jalan Green di sini malam tadi.
Dalam kejadian pukul 12 tengah malam itu, suspek berusia 26 tahun pada mulanya menyalakan api di ruang pameran kedai pakaian yang terletak di aras bawah Wisma Saberkas.
Walaupun kebakaran tidak serius, tindakan suspek menyebabkan bahagian hadapan premis berkenaan mengalami kerosakan selepas api menyambar beberapa pakaian yang dipamerkan.
Dia kemudian masuk ke dalam 7-Eleven yang terletak kira-kira 50 meter dari kedai itu sebelum bertindak membakar surat khabar dan majalah yang dipamer di atas rak.
Seorang pekerja kedai serbaneka itu, Norita Taji, 18, memberitahu, suspek masuk ke premis sambil meracau dan mundar-mandir tanpa sebab.
“Lelaki itu keluar dan bertindak membakar tong sampah. Dia kemudian masuk semula ke dalam kedai dan terus membakar surat khabar serta majalah. Nasib baik kami berjaya memadamkan api sebelum kebakaran merebak," katanya ketika ditemui hari ini.
Seorang anggota polis, Lans Koperal Subani Buang, 27, dari unit kereta peronda yang secara kebetulan berada di premis berkenaan terus bertindak memberkas suspek.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Abang Ahmad Abang Julai berkata, suspek ditahan dan dibawa ke Balai Polis One Stop Centre Kuching bagi membantu siasatan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130630/je_03/Lelaki-cuba-bakar-kedai-pakaian-7-Eleven#ixzz2XqtLy4PI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wanita dijumpai mati dalam perigi


Beberapa anggota bomba dan penyelamat memeriksa mayat Latifah An (gambar kecil) di dalam perigi lama di Jitra, Kedah, semalam.
KUBANG PASU 29 Jun - Seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak lima hari lalu dijumpai maut dalam sebuah perigi lama berusia 100 tahun, kira-kira 10 meter dari rumah ibu saudaranya di Kampung Cherok Mokkan, Hosba, Jitra hari ini.
Mayat wanita itu yang dikatakan mengalami kemurungan, Latifah An, 50, dijumpai kira-kira pukul 7.30 pagi oleh ibu saudaranya, Siti Rosni Arif, 58, dalam keadaan terlungkup dalam perigi itu.
Siti Rosni berkata, sejak Latifah hilang pada Selasa lalu, dia dan ahli keluarga lain sering mengadakan solat hajat dan bacaan surah Yasin agar ahli keluarga dapat berjumpa semula dengan Latifah.
“Pagi tadi selepas solat subuh saya ada buat solat sunat dan berzikir agar Allah mudahkan pencarian kami. Selesai solat, saya keluar dari rumah untuk menyapu sampah.
“Tiba-tiba saya terhidu bau busuk datang dari arah perigi lama di depan rumah saya lalu hampiri perigi ini yang usianya lebih 100 tahun. Saya ternampak macam satu benda timbul yang berbau busuk dipenuhi lalat.
“Saya nampak satu mayat terapung memakai baju merah di dalam perigi ini," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Ibrahim Mohd. Yusof berkata, polis menerima laporan mengenai kematian wanita itu dan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.
Menurutnya, dia terus memanggil orang kampung kerana terkejut dan dia dapat merasakan mayat itu adalah anak saudaranya yang hilang sejak lima hari lalu.
“Latifah tidak pernah berkahwin dan tinggal dengan abang ipar serta kakaknya di rumah yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah saya.
“Saya sudah lama tidak berjumpa dengan Latifah kerana dia tidak sihat dan hanya berkurung di dalam bilik sahaja selepas kematian ibu bapanya sembilan tahun lalu," katanya.
Dalam pada itu, abang ipar Latifah, Nik Mohd Kamil Nik Musa, 54 berkata, sebelum ini dia pernah membuat laporan di dalam akhbar mengenai kehilangan adik iparnya itu.
“Saya terima berita mengenai kematian Latifah kira-kira pukul 8.30 pagi ini dan saya reda dengan kematiannya. Jenazahnya dikebumikan hari ini di tanah perkuburan Islam kampung ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Ibrahim Mohd. Yusof berkata, polis menerima laporan mengenai kematian wanita itu dan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130630/je_01/Wanita-dijumpai-mati-dalam-perigi#ixzz2Xqt5so4j
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday, June 29, 2013

12 wanita asrama trauma disamun



12 wanita asrama trauma disamun
Pintu hadapan rumah mangsa yang diumpil.
12 wanita asrama trauma disamun
Mangsa memasang tiga kunci di pintu kerana trauma dengan kejadian menimpa mereka.
LUNAS - Dua pekerja wanita warga asing berusia 20-an trauma apabila empat lelaki tidak dikenali masuk ke rumah mereka yang merupakan asrama pekerja sebuah kilang di Taman Sentosa kira-kira jam 3 pagi kelmarin.

Salah seorang mangsa berkata, sebelum kejadian mereka terdengar bunyi pintu rumah diumpil bagaimanapun melarikan diri ke dalam bilik kerana ketakutan.

Menurut mangsa, suspek menggeledah di bahagian ruang tamu sebelum pergi ke bilik, sebelum terdengar suspek cuba membuka bilik pertama dengan mengumpil pintu serta menendangnya, bagaimanapun lima pekerja yang berada di dalamnya menghalang pintu dari terbuka.

Katanya, suspek kemudiannya pergi ke bilik kedua dan berhadapan dengan masalah sama apabila lima pekerja wanita yang ada dalam bilik itu sempat menahan pintu bilik dari dibuka suspek.

Suspek kemudiannya pergi ke bilik mangsa dimana hanya mangsa dan seorang rakan berada di dalam bilik ketika itu kerana tiga dari mereka keluar bekerja.

“Kami cuba tahan pintu bilik dari diumpil suspek bagaimanapun mereka terlalu kuat. Mereka tendang pintu bilik beberapa kali sebelum terbuka. Apabila berjaya masuk ke dalam bilik, salah seorang suspek letakkan pisau di leher saya dan minta serahkan duit dan barangan kemas.

"Kami tak ada duit kerana masih belum menerima gaji ketika itu. Suspek kemudiannya ternampak telefon bimbit dan merampasnya sebelum melarikan diri. Kami memaklumkan kejadian pada rakan dan mereka hubungi polis,” katanya.

Menurut mangsa ini merupakan kejadian pertama berlaku terhadapnya sepanjang dua tahun tinggal di negara ini.

Katanya kejadian itu mengakibatkan kesemua penghuni asrama berasa ketakutan kerana kawasan rumah itu jauh dari pemerhatian orang ramai.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh meminta mangsa mengenakan kunci pendua untuk memastikan rumah mereka sukar diceroboh, selain bahagian hadapan rumah haruslah bersih dan tidak menghalang pandangan orang ramai.

“Penduduk seharusnya memasang lampu di bahagian hadapan dan belakang rumah ketika malam. Ini membolehkan orang ramai serta jiran dapat lihat jenayah sekiranya berlaku.

"Selain itu mangsa harus berada dalam keadaan tenang dan menghubungi polis sekiranya ternampak suspek mencurigakan berada di sekitar kawasan rumah mereka. Mereka boleh menghubungi talian polis 04-4916999 atau 04-4906222 untuk meminta bantuan,” katanya.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim pula berkata, maklumat tentang kejadian itu diterima oleh ahli PPKM dan mereka mengejar suspek sehingga Tasek Gelugor sebelum memecut ke Sungai Petani.

Katanya, bagaimanapun suspek berjaya meloloskan diri.

Polis tumpaskan sindiket curi kereta

KEPALA BATAS 29 Jun - Polis berjaya membongkar sindiket curi kereta yang bergerak aktif di daerah Seberang Perai Utara susulan penahanan dua lelaki di sini semalam.
Kedua-dua suspek yang berusia lingkungan 20-an dan 30-an ditahan selepas kereta Proton Satria dinaiki mereka terbabas ketika dikejar di Jalan Tun Hamdan Tahir di sini.
Sebelum itu, kedua-dua suspek yang berasal dari sebuah negeri di Pantai Timur dikejar dari Jalan Raja Uda, Butterworth.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, suspek kemudian membawa polis ke lokasi sebuah kereta Proton Wira curi di belakang bangunan Pejabat Pos Kepala Batas.
Menurutnya, kenderaan itu dicuri di Sungai Petani, Kedah dua minggu lalu.
"Polis kemudian dibawa ke lokasi sebuah kereta Proton Satria curi di Vista Perdana di Bagan Ajam yang dicuri di Taman Sejati, Sungai Petani, Kedah empat hari lalu," katanya ketika dihubungi. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130629/je_11/Polis-tumpaskan-sindiket-curi-kereta#ixzz2XquLu75J
© Utusan Melayu (M) Bhd 

85 anak yatim cemas, asrama didiami terbakar

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
KUALA LUMPUR 29 Jun - Sebanyak 85 anak yatim yang sedang mengikuti kelas agama di Rumah Bakti Datuk Harun di Hulu Klang cemas selepas asrama pelajar lelaki itu yang terletak di tingkat tiga musnah dalam kebakaran malam tadi.
Kebakaran yang bermula pukul 9.45 malam itu memusnahkan keseluruhan tingkat tiga asrama berkenaan.
Bagaimanapun, kesemua 40 pelajar lelaki yang menetap di situ terselamat kerana ketika kejadian mereka sedang mengikuti kelas agama di tingkat satu bangunan tersebut.
Pengerusi rumah anak yatim itu, Datuk Mohd. Fahmi Ibrahim memberitahu, kebakaran itu tidak disedari penghuni asrama berkenaan sebaliknya dilihat pekerja bengkel yang terletak bersebelahan rumah kebajikan itu.
"Saya dimaklumkan pekerja bengkel itu yang mula-mula nampak api di tingkat tiga dan bumbung asrama. Dia kemudian menjerit kerana bimbang pelajar asrama sedang tidur.
"Bagaimanapun jeritan itu tidak didengari pelajar menyebabkan pekerja terbabit bertindak memecah pagar asrama dan mengejutkan mereka. Ketika itu barulah anak-anak yatim menyedari bangunan itu terbakar dan segera menyelamatkan diri," katanya.
Mengulas lanjut, beliau memberitahu, ketika kejadian seramai 85 anak yatim berusia antara tujuh hingga 16 tahun di dalam bangunan itu. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130629/je_08/85-anak-yatim-cemas-asrama-didiami-terbakar#ixzz2Xqv3d9ld
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Anak VIP, 2 rakan dijel 4 tahun


MOHD. Arif Husin (depan), Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir (baju ungu) dan Alex Foo Hee Wee (belakang, kanan) dikawal anggota polis di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru, Johor, semalam. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN
JOHOR BAHRU 28 Jun - Seorang anak orang kenamaan (VIP) bersama dua rakannya dihukum penjara empat tahun selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap petinju negara, Muhammad Farkhan Mohd Haron, 25, pada Mei tahun lalu.
Hakim Zamri Bakar menetapkan keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap ketiga-tiga tertuduh iaitu, Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, 28, Alex Foo Hee Wee, 42, dan Mohd. Arif Husin, 36.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga mereka dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap Muhammad Farkhan dengan menggunakan senjata tumpul, antara pukul 4.30 pagi dan 7 pagi, di Jalan Air Molek 3/2, di sini pada 6 Mei lalu.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mencederakan orang dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama (Akta 574), yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Dzul Iswari Mohd. Jaafar manakala Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah diwakili peguam bela, Norman Fernandez; Alex diwakili peguam bela, Zamri Idros dan Mohd. Arif diwakili peguam bela, Mazri Muhammad.
Dalam rayuan oleh ketiga-tiga peguam bela tertuduh, mereka memohon agar hukuman penjara tersebut ditangguhkan bagi membolehkan ketiga-tiga tertuduh menjalani ibadah puasa dan beraya bersama keluarga, namun rayuan itu ditolak oleh Zamri.
Akhbar sebelum ini melaporkan Muhammad Farkhan cedera parah dan terpaksa dirawat di Hospital Pakar Puteri di sini selama dua minggu selepas dibelasah sekumpulan lelaki setelah diminta datang ke rumah salah seorang tertuduh.
Dalam kejadian itu, Muhammad Farkhan yang pernah memenangi pingat emas Sukan SEA Laos 2009 dipaksa memakan cili, diikat tangan dan kaki serta dikurung di dalam boot kereta selama 45 minit.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130629/ma_03/Anak-VIP-2-rakan-dijel-4-tahun#ixzz2XqmU4S8L
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pembunuh Dirang dihukum gantung sampai mati


Muidin Maidin
Muidin Maidin,26, dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU - Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Muidin Maidin, 27, selepas didapati bersalah membunuh seorang kanak-kanak, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Muidin yang berketurunan Sulu, dituduh membunuh kanak-kanak itu di Ladang Kelapa Sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, antara jam 11.30 pagi 1 Mac 2012 hingga 12 tengah malam 2 Mac 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.  

Dirang dilaporkan hilang 1 Mac tahun lalu ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.

Kehilangannya menjadi sebuah misteri sehingga DNA rangka manusia yang ditemui seminggu selepas itu merungkai segala-galanya.

Rangka Dirang ditemui pada 8 Mac dan punca kematian adalah bunuh dan dibakar.

Azalina mahu cabar Shahrizat


Azalina mahu cabar Shahrizat
SHAH ALAM - Bekas Ketua Puteri Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said sedia untuk mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi jawatan Ketua Wanita Umno pada pemilihan parti itu hujung tahun ini.

The Star melaporkan, Azalina yang merupakan ahli Parlimen bagi kawasan Pengerang berkata, beliau sudah memutuskan untuk mencabar Shahrizat kali ini.

"Ya, saya berminat untuk bertanding. Saya telah membuat keputusan," beliau dipetik sebagai berkata.

Akhbar itu melaporkan Shahrizat juga mengesahkan bahawa beliau berhasrat untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita yang dimenangi beliau pada tahun 2009 selepas menewaskan Tan Sri Rafidah Aziz.

Karier politik Shahrizat terjejas selepas dirinya terpalit dengan skandal Pusat Fidlot Nasional atau NFC tahun lalu.

Meskipun begitu, Shahrizat berkata beliau masih mendapat sokongan daripada sayap wanita.

"Mereka berada untuk saya pada waktu gelap saya dan saya percaya mereka tidak akan meninggalkan saya. Mereka adalah sahabat saya dan sahabat adalah seperti bintang. Semakin gelap malam, sinarannya semakin bercahaya," kata beliau.

Shahrizat berada dalam Kabinet selama 11 tahun dan merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum didesak untuk meletak jawatan pada Mac tahun lalu.

Suaminya Datuk Seri Mohd Salleh Ismail yang menghadapi tuduhan di mahkamah kerana isu NFC tetapi Shahrizat menafikan mempunyai apa-apa kaitan dengan perkara itu.

Azalina pula seorang bekas menteri dan ahli Parlimen wanita menawarkan dirinya sebagai ejen perubahan untuk Wanita Umno.

Beliau berkata, generasi baru wanita Melayu telah muncul dalam Umno dan mereka boleh membantu membuatkan sayap wanita itu lebih menarik dan relevan dengan landskap politik baru.

Azalina adalah Ketua Puteri Umno dari 2002 sehingga 2004.

Sebelum ini beliau pernah dikaitkan dengan kontroversi dalam cadangan projek Brickendonbury ketika berkhidmat sebagai Menteri Belia dan Sukan dan mengenai perbelanjaan Pempena ketika beliau menjadi Menteri Pelancongan.

Impian miliki kereta berkecai


Impian miliki kereta berkecai
Jia Ren (kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat kepada Michael (kanan).
JOHOR BAHRU – Seorang juruteknik bukan sahaja tidak dapat memandu kereta idamannya, malah mendakwa kerugian RM14,000 akibat ditipu seorang lelaki bagi pembelian kereta terpakai berkenaan.

Tyo Jia Ren, 20 berkata, lelaki tersebut berusia 23 tahun yang dikenali di sebuah pusat hiburan di bandar raya ini berperwatakan menarik dengan penampilan meyakinkan  menyebabkan dirinya percaya untuk membuat urusan pembelian kereta terbabit.

“Saya mengenali lelaki itu di sebuah pusat hiburan yang mana secara tidak sengaja dan saya memberitahu saya mahu membeli kereta, awal bulan ini. Dia kemudiannya memberitahu memiliki sebuah kereta jenis Toyota Wish untuk dijual dengan harga RM14,000.

“Setiap kali bertemu, lelaki tersebut pasti memakai aksesori yang berjenama dan memandu kereta mewah, selain pandai berkata-berkata menyebabkan saya akhirnya terpengaruh dan bersetuju untuk membeli kereta tersebut,” katanya kepada media di Pejabat Timbalan Pengerusi Biro Aduan Awam MCA Cawangan Johor Bahru, Michael Tay, di sini, kelmarin.

Jia Ren berkata, tanpa berfikir panjang, dia akhirnya memasukkan wang sebanyak RM4,500 menerusi sebuah bank dan selebihnya berjumlah RM9,500 diserahkan secara tunai di sebuah stesen minyak di Permas Jaya, di sini.

“Saya bersetuju dengan harga yang ditawarkan dan lelaki itu berjanji menyerahkan kereta Toyota Wish secepat mungkin iaitu pada 18 Jun lalu,” katanya.

Bagaimanapun, malang buat Jia Ren apabila kereta yang dijanjikan tidak diterima dan lelaki tersebut tidak dapat dihubungi.

Dia kemudiannya  membuat laporan polis untuk tindakan lanjut di Balai Polis Taman Pelangi, tiga hari lalu.

“Saya cuba menghubungi lelaki itu banyak kali, namun tidak diangkat. Selepas itu, baru saya sedar, saya telah ditipu dan wang yang saya simpanan saya habis begitu sahaja.

“Lelaki tersebut tidak mengangkat panggilan saya tetapi membalas mesej saya. Sudahlah melarikan wang saya, dia kini selalu menghantar mesej mengugut saya supaya mencari dan mengesannya beberapa kali,” katanya.

Jia Ren berharap, lelaki itu bertanggungjawab atas perbuatannya dan memulangkan kembali wang supaya dia tidak meneruskan tindakan lanjut berhubung kes berkenaan.

Dalam pada itu, Michael menasihatkan orang awam supaya berhati-hati dalam pembelian yang melibatkan harga yang tidak munasabah selain mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan supaya tidak mudah ditipu oleh individu yang cuba mengambil kesempatan.

Hilang kereta di hospital


Hilang kereta di hospital
Siu Huey (kanan) ditemani rakannya Lim Hee masih berasa sedih dengan kejadian yang berlaku.
KLUANG - Seorang suri rumah terkilan kerana hasratnya untuk mengagihkan udang kepada rakan tidak kesampaian apabila keretanya yang diparkir di pekarangan sebuah hospital dekat sini, hilang dipercayai dicuri.

Mangsa, Tan Sin Huey, 47, mendakwa menyedari keretanya jenis Proton Wira berwarna biru hilang ketika ke tempat letak kereta selepas menghantar rakannya, Lim Hee, 57, yang hampir pengsan kerana mengalami tekanan darah rendah, di hospital tersebut kira-kira jam 9.30 pagi, kelmarin.

“Lebih kurang hampir dua jam menanti kawan saya siap untuk mendapatkan rawatan, saya kembali ke tempat letak kereta dengan harapan untuk hantar udang yang saya beli kepada rakan-rakan saya di Yap Tau Sah.

“Tapi apabila tiba, saya lihat kereta saya sudah tiada dan cari kalau saya tersilap letak. Bagaimanapun saya tak dapat kesan kereta. Saya ada bertanya kepada pengawal di kawasan hospital jika ternampak atau tidak.

“Nasib saya memang malang, tiada siapa menyedari kenderaan saya dicuri dan saya pasti telah kunci kereta sebelum meninggalkannya,” katanya.

Sin Huey yang masih trauma, akui serik untuk memandu kenderaan ke hospital kerana bimbang kejadian sama berulang.

“Selepas mendapati kereta saya hilang saya terus melaporkan kepada polis supaya polis dapat mendapatkan semula kereta saya yang hilang ini.

“Kereta sudah hilang, hasrat untuk beri udang kepada kawan-kawan juga tak kesampaian dan anak-anak saya juga mengingatkan saya supaya tidak memandu lagi kerana risau kejadian sama akan berlaku lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Siu Huey mengingatkan masyarakat agar berhati-hati ketika meletakkan kereta di tempat awam serta memastikan kereta dipasang dengan ciri-ciri keselamatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Katanya, polis menerima laporan daripada pengadu kira-kira jam 11 pagi selepas kejadian tersebut berlaku.

“Pada masa ini polis akan siasat kejadian tersebut di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan kejadian yang berlaku ini merupakan kejadian pertama melibatkan kereta hilang di kawasan hospital.

“Bagaimanapun, pihak polis akan mengadakan perbincangan dengan pengarah hospital terbabit untuk tingkatkan keselamatan di kawasan hospital agar kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi,” katanya.

Bagaimanapun, usaha Sinar Harian menghubungi pihak hospital terbabit gagal.

RM24,586 wang palsu dirampas


RM24,586 wang palsu dirampas
Harun menunjukkan wang palsu yang berjaya dirampas.
LEDANG - Polis berjaya melumpuhkan kegiatan percetakan dan pengedaran wang palsu membabitkan rampasan berjumlah RM24,586 selepas menahan dua lelaki, Ahad lalu.

Ketua Polis daerah, Superintendan Harun Idris berkata, menerusi tangkapan pertama, seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan ketika sedang mengisi minyak motosikal di sebuah pam minyak di Tanjung Agas, dekat sini.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu polis telah menemui sejumlah wang kertas dipercayai palsu bernilai RM22,576 dalam beg sandang yang dipakainya.

“Suspek berasal dari Sungai Mati dan bekerja sebagai buruh dipercayai mahu mengedarkan wang tersebut kepada pelanggannya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang di sini, semalam.

Harun berkata, suspek kedua pula yang berusia 23 tahun dan bekerja sebagai pembantu kedai gambar berjaya ditangkap di rumahnya di Muar.

Katanya, hasil pemeriksaan polis telah menemui wang kertas dipercayai palsu berjumlah RM2,010 yang disembunyikan di rumah tersebut.

“Kita turut menemui pelbagai peralatan yang digunakan untuk mencetak wang palsu seperti mesin pencetak, dua set komputer, kertas A4 dan pisau.

“Mereka adalah rakan dan dipercayai baru enam bulan aktif dalam kegiatan tersebut,” katanya.
Katanya, tindakan lanjut dilakukan dengan mendapatkan pengesahan daripada Bank Negara dan terbukti wang itu adalah palsu.

Jelasnya, siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengetahui tujuan percetakan tersebut sama ada untuk kegunaan sendiri ataupun dijual.

“Ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati kedua-duanya positif dadah jenis syabu tetapi tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Mereka ditahan reman sehingga esok (28 Jun) untuk membantu siasatan dalam usaha gerakan menjejaki saki baki ahli yang masih bebas,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 489A dan Seksyen 489C kanun keseksaan.

RM90,000 ganti rugi ladang hangus


RM90,000 ganti rugi ladang hangus
Ismail (dua, kanan) ketika melawat ke ladang nanas Air Hitam yang musnah terbakar sejak minggu lalu.
MUAR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meluluskan bantuan RM90,000 kepada tujuh pengusaha ladang nanas di Air Hitam, dekat sini, sebagai ganti rugi ladang milik mereka yang terbakar minggu lalu.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan kewangan tersebut disalurkan dalam bentuk benih, baja dan pelbagai keperluan lain bagi membolehkan penanaman semula dilakukan.

“Bantuan ini menyamai kerugian yang dialami pengusaha kerana 12.9 hektar keluasan terlibat dalam kebakaran ini adalah di bawah seliaan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (Lembaga Nanas) dan ditanam di tanah milik Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ).

“Selain itu, kita juga akan beri bantuan lain seperti menaik taraf jalan di ladang dan membesarkan parit serta bina pintu kawalan air dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),” katanya pada sidang media selepas melawat ladang itu, semalam.

Ismail mengarahkan parit di ladang tersebut dibesarkan kerana ladang-ladang di kawasan itu kerap terbakar setiap tahun sekaligus menyukarkan bomba memadam api berikutan kekurangan sumber air.

Jelasnya, dengan adanya takungan air itu nanti akan memudahkan untuk mendapatkan sumber air dan kerja-kerja memadam kebakaran akan lebih mudah dilakukan.

Beliau turut mengingatkan petani dan peladang di kawasan berdekatan agar tidak melakukan pembakaran terbuka bagi mengelakkan jerebu lebih-lebih lagi daerah ini paling teruk dilanda bencana itu minggu lalu.

Ladang itu mula terbakar Selasa lalu dan pihak bomba melibatkan 70 anggota Balai Tangkak, Bukit Gambir, Labis, Kluang serta Pontian, memulakan kerja-kerja memadam api sehari selepas itu secara berperingkat.

Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya kelmarin.

Hujan batu di Kampung Selamat


Hujan batu di Kampung Selamat
Sebuah kenderaan milik penduduk turut rosak teruk akibat dihempap pokok tumbang.
Hujan batu di Kampung Selamat
Keadaan dapur dan bilik air rumah Raja Abdul Aziz yang musnah akibat ditimpa pokok tumbang berikutan kejadian ribut melanda Kampung Selamat, kelmarin.
Hujan batu di Kampung Selamat
Seorang penduduk menunjukkan bumbung rumahnya yang rosak akibat dilanda angin puting beliung.
GUNUNG SEMANGGOL - Namanya Kampung Selamat, namun statusnya tidak memberi jaminan kepada penduduk di sini apabila kediaman mereka dilanda hujan berbentuk ketulan ais dan ribut.

Sebanyak tujuh rumah dan sebuah sekolah di kampung itu mengalami kerosakan akibat dilanda angin puting beliung, manakala empat rumah lagi terputus bekalan elektrik.

Penduduk kampung turut mendakwa rumah mereka dihujani ketulan ais sebesar biji guli  menyebabkan bumbung kediaman mereka bocor.

Mangsa kejadian, Raja Abdul Aziz Raja Kamaruddin, 58, berkata, dalam kejadian jam 6.30 petang, dia bersama keluarga berehat di ruang tamu rumah sebelum terdengar bunyi rintik hujan yang sangat kuat diselangi angin kencang.

Menurutnya, bimbang dengan bunyi yang seakan-akan bunyi hentaman batu, dia dan keluarga segera berlari ke bahagian garaj kereta.

“Tiupan angin ketika itu sangat kencang sehingga kami terpaksa berpaut pada tiang garaj. Keadaan lebih mencemaskan apabila melihat sebatang pokok manggis setinggi  3.4 meter tumbang ke arah kami.

“Mujur kami sempat mengelakkan dan pokok itu menimpa bahagian dapur dan bilik air,” katanya sewaktu ditemui media di rumahnya di sini semalam.

Seorang lagi mangsa kejadian, Azman Ayob, 27, berkata, ketika kejadian, dia membaiki motosikal di garaj sebelum melihat angin puting beliung melanda rumahnya.

“Angin itu menerbangkan keseluruhan bumbung garaj dan memutuskan kabel bekalan elektrik yang bersambung dari sebuah tiang elektrik berdekatan.

“Saya berasa sakit terkena rintik hujan yang turun dan apabila diteliti, rintik hujan tersebut sebenarnya ketulan ais sebesar biji guli,” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Selamat, Kamaruddin Hussin, 46, berkata, kejadian luar biasa itu pertama kali berlaku di kampung itu sejak dibuka.

Menurutnya, sebanyak lapan kediaman termasuk rumahnya dan sebuah sekolah rendah mengalami kerosakan di bumbung serta ditimpa pokok akibat ribut berkenaan.

“Selain itu, sebanyak empat rumah terputus bekalan elektrik manakala terdapat dua kenderaan rosak ditimpa pokok tumbang.

“Kejadian ini mendapat perhatian wakil Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali serta Ketua Umno bahagian Bagan Serai, Datuk Zaili Cha dan kami berharap pihak bertanggungjawab segera menghulurkan bantuan bagi meringankan beban ditanggung penduduk,” katanya.

Dalam pada itu, Zaili ketika dihubungi menyatakan pihaknya sudah melawat lokasi kejadian dan meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada mangsa ribut.

Ah long ditangkap polis


Ah long ditangkap polis
Mohd Shukri (dua kanan), menunjukkan pedang samurai yang dipercayai digunakan ah long untuk menakutkan mangsa pada sidang media di sini, semalam.
IPOH - Kelicikan seorang lelaki yang bergerak aktif sebagai peminjam wang tanpa lesen (ah long) di sekitar bandar raya ini terutama di kawasan Bercham, berakhir setelah dia diberkas sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, kelmarin.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan memaklumkan, suspek berusia 34 tahun dipercayai turut menggunakan pedang samurai untuk menakut-nakutkan serta mengugut mangsa yang terdiri daripada peminjam yang gagal melunaskan hutang dalam tempoh ditetapkan.

Menurut beliau, polis berjaya menahan suspek selepas menerima banyak laporan dan aduan daripada orang awam yang menjadi mangsa lelaki terbabit.

"Dalam serbuan yang dilakukan di sebuah premis di Bercham, polis turut merampas beberapa barangan yang disyaki digunakan dalam kegiatan berkenaan.

"Antara barangan yang dirampas adalah tiga pedang samurai, 47 kain rentang ah long yang mengandungi nombor telefon, dua bungkusan pengikat kabel, tiga telefon bimbit, 36 dokumen, dua buku catatan mengandungi senarai nama peminjam wang, mesin kira-kira dan buku baucar gaji (salary voucher)," katanya pada sidang media di Pusat Media IPK Perak, semalam.

Hadir sama, Ketua JSJK Negeri, Superintendan Maszely Minhad.

Tambah beliau, berikutan penangkapan itu, suspek ditahan reman selama 24 jam dan polis akan memohon untuk melanjutkan tempoh reman ke atas suspek bagi membantu siasatan.

Beliau turut memaklumkan, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM1 juta.

"Saya nasihatkan orang ramai tidak membuat pinjaman daripada ah long yang menyediakan pinjaman segera dan mudah kerana faedah yang dikenakan kepada peminjam lebih tinggi berbanding institusi kewangan berlesen.

“Selain itu, sindiket terbabit sanggup guna ugutan dan kekerasan ke atas peminjam untuk mendapatkan kembali wang pinjaman dan ini boleh mengancam keselamatan peminjam termasuk ahli keluarga,” jelasnya.

Cari adik hilang


Cari adik hilang
Hamdan memegang gambar Arshad yang hilang sejak sebulan lalu.
LAMBOR KANAN - Seorang abang dari Kampung Batu 16 ¾ Lambor Kanan di sini tidak dapat menyembunyikan kebimbangannya apabila memikirkan adiknya yang dikhuatiri hilang sejak sebulan lalu.

Hamdan Mat Nasib, 49, berkata, adiknya, Arshad Mat Nasib, 40, mengalami masalah mental sejak terlibat dalam kemalangan semasa masih bersekolah menengah.

Menurutnya, adiknya memang suka merayau-rayau ke seluruh kampung dan kampung berhampiran dengan berjalan kaki tetapi akan pulang ke rumah apabila waktu malam.

“Namun pada 24 Mei lalu, dia keluar kira-kira jam 8 pagi dan pulang sekejap pada waktu malam tetapi tidak masuk ke dalam rumah, selepas itu kami tidak lagi menjumpainya.

“Pernah juga dia tidak pulang ke rumah selama dua hari tetapi selepas itu ada rakan-rakan yang mengenalinya akan menghantarnya pulang semula ke rumah,” katanya.

Kata Hamdan, mereka tinggal bertiga iaitu bersama seorang kakak Nor Hamimah Mat Nasib, 52, sejak beberapa tahun lalu.

“Kami berharap sesiapa yang tahu di mana dia berada segera memberitahu kami atau membawanya pulang ke rumah.

“Kami khuatir dengan keadaannya dan jika sesiapa yang menjumpainya diharapkan dapat menghubungi kami dengan kadar segera,” katanya.

Kata Hamdan, laporan polis juga sudah dibuat di Balai Polis Bota dan Balai Polis Kampung Gajah mengenai kehilangan adiknya.

“Kami juga turut menampal gambar adik di kawasan tumpuan orang ramai supaya dapat membantu kami,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Talang Durian Sebatang, Ayob Kamaruddin berkata, sesiapa yang mengetahui keberadaan Arshad boleh menghubunginya di talian 012-5690684 ataupun 05-3763105.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman mengesahkan menerima laporan kehilangan Arshad.

Padah curi tembikai

Padah curi tembikai
Mohd Faizal dikenakan kehadiran wajib selama dua bulan kerana mencuri tembikai.
BALING - Gara-gara mencuri tembikai, seorang lelaki menerima padah setelah diarahkan menghadiri  khidmat masyarakat wajib selama dua bulan, setiap sesi empat jam sehari dan wang cagaran sebanyak RM1,000 termasuk pampasan sebanyak RM300 oleh Mahkamah Majistret, semalam.

Mohd Faizal Radzuan, 21, dari Kampung Lubuk Batu, Charuk Kelian mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Mohd Khairul Hafizuddin Ramli.

Menurut pertuduhan, Mohd Faizal mencuri enam biji tembikai di kedai buah berhadapan syarikat Sopiah Jalan Syeikh Shiekh, Baling pada jam 3.30 pagi, 29 Mei lalu.

Bagaimanapun, tindakannya itu disedari oleh penjaga kedai tersebut seterusnya bertindak menahannya untuk diserahkan kepada pihak polis.

Mohd Faizal turut berhadapan hukuman penjara selama dua bulan sekiranya gagal menjelaskan pampasan yang dikenakan kepadanya.

Sementara itu, seorang lelaki dikenakan hukuman denda sebanyak RM8,000 dan 14 hari penjara selepas mengaku salah memiliki 100 bungkus air rebusan daun ketum.

Rosdi Che Lah, 41, dari Kampung Pulai Lama, melakukan kesalahan itu 8 Oktober tahun lalu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pekan Lama Pulai.

Berdasarkan fakta kes, rebusan air ketum itu dijumpai di dalam sebuah tong ais di sebelah kanan rumah tersebut.

Rosdi yang hanya bekerja kampung itu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Sebelum ini, pihak polis telah berjaya menahan beberapa orang dari kampung yang sama dengan kesalahan sama iaitu memproses dan menjual air terlarang itu kepada penduduk sekitar.

Timbalan Ketua Polis Baling, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdullah sebelum itu turut mengingatkan kepada orang ramai agar menyalurkan maklumat kepada polis mengenai kegiatan memproses dan penjualan air ketum ini.

Dalam kenyataannya, Abdul Rahim meminta orang ramai tidak membeli minuman itu kerana tindakan memproses dan menjual adalah disebabkan adanya permintaan dari orang ramai.

Penganggur maut dibelasah


Penganggur maut dibelasah
Prabagaran
IPOH - Selepas tiga hari ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) seorang penganggur maut pada petang kelmarin akibat kecederaan parah dipercayai dibelasah sekumpulan lelaki dalam kejadian di Falim, Ahad lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ahmad Tarmizi Abdul Haq memaklumkan, mangsa, S Prabagaran, 27 disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada jam 3 petang.

Menurutnya, mangsa dipercayai maut akibat kecederaan serius di kepala dan anggota badan.

“Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai dipukul sekumpulan lelaki sehingga tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke hospital oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan.

“Mengikut laporan bedah siasat, mangsa maut akibat kecederaan parah terutamanya pada bahagian kepala," katanya.

Tambah beliau, polis masih meneruskan siasatan untuk menjejaki dalang yang terbabit dalam kejadian tersebut.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Mesin ATM dilarikan


Mesin ATM dilarikan
ATM yang dirompak
JOHOR BAHRU – Sebuah mesin ATM berjaya dilarikan sekumpulan perompak dalam kejadian jam 1 pagi, di Desa Cemerlang, di sini, semalam.

Rompakan yang menggunakan kenderaan jenis Hilux sebagai jentera pengangkut dipercayai telah dirancang rapi kerana kelibat kenderaan itu dikesan kakitangan bank tersebut beberapa hari sebelum kejadian.

Seorang kakitangan bank yang enggan dikenali mendakwa beberapa kali ternampak kenderaan itu di kawasan tersebut.

Modus operandi kumpulan  tersebut ialah memandu kenderaan terbabit menuju ke pintu masuk bank berkenaan yang kemudiannya bertindak merantai mesin ATM lalu memecut laju.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya akan menubuhkan satu unit khas bagi menyiasat kes tersebut.

“Kami akan meneliti semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sekitar premis terbabit bagi menjalankan siasatan,” katanya, di sini, semalam.

Zainuddin percaya kejadian itu turut mempunyai kaitan dengan cubaan membawa lari mesin ATM di Taman Daya, Rabu lalu.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan jumlah  wang dalam mesin ATM masih belum diketahui dan akan disiasat.

Sindiket lari lintang pukang


Sindiket lari lintang pukang
Sebahagian dari lima yang cuba melarikan diri berjaya ditangkap pegawai penguatkuasa dalam satu operasi berhampiran sebuah pasar raya di MITC
Sindiket lari lintang pukang
Pegawai Penguatkuasa PPDNK menunjukkan kad 'koyak dan menang' yang dirampas.
AYER KEROH - Lima remaja yang terlibat dalam mempromosi hadiah 'koyak dan menang' lari lintang pukang apabila mereka dikejar anggota penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang kelmarin, remaja berusia 16 hingga 26 tahun termasuk seorang wanita itu sedang leka memperdayakan orang ramai di sekitar sebuah pasar raya dekat Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini.

Kelima-lima mereka termasuk seorang berstatus penduduk tetap (PR) bagaimanapun berjaya ditahan anggota penguatkuasa terbabit.

Pengarah PPDNKK negeri, Muhabir Ibrahim berkata, operasi yang dijalankan empat pegawainya berikutan aduan dan hasil maklumat orang awam.

“Kita dapati mereka menawarkan hadiah-hadiah lumayan berbentuk wang tunai, kereta, motosikal, pakej pelancongan dan barangan elektrik dengan nilai keseluruhan berjumlah kira-kira RM1.5 juta.

“Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat diperolehi mengenai butiran syarikat termasuk nama syarikat daripada mereka yang ditahan,” katanya.

Menurutnya, kesemua ditahan akan disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999.

“Sindiket menyasarkan wanita dan golongan berusia dengan menawarkan sekeping kad untuk dikoyakkan sebelum meminta 'mangsa' ke pejabat mereka.

"Biasanya, ahli sindiket ini beroperasi dalam tempoh waktu operasi pasar raya, terutama di kawasan tempat letak kereta,” katanya.

Beliau berkata, PPDNKK negeri turut menerima tujuh aduan membabitkan sindiket gores dan menang dengan jumlah kerugian bernilai RM17,500 sepanjang bulan ini sahaja.

Angkara dendam lama


Angkara dendam lama
Salah seorang ahli keluarga mangsa menunjukkan salinan laporan polis berhubung kejadian berkenaan
KUALA TERENGGANU - Hanya kerana tidak berpuas hati dengan kedua ibu bapanya, seorang pelajar perempuan tingkatan dua menjadi mangsa keadaan apabila dibelasah dengan kerusi oleh jirannya, dalam satu kejadian di Kampung Pengkalan Setar, Gelugor Kedai, Isnin lalu.

Tidak cukup dengan itu, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, suspek, 33, turut meludah ke arah mangsa, 14, sambil memaki hamun dan menolak kepalanya yang ketika itu sedang menunggu bas untuk ke sekolah.

Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan iaitu bengkak mulut manakala gigi di bahagian hadapan patah akibat dipukul dengan kerusi plastik yang diambil suspek dari sebuah warung berhampiran.

Menurut salah seorang ahli keluarga mangsa yang enggan identitinya didedahkan, kejadian dipercayai berpunca dendam lama kerana suspek yang juga seorang suri rumah sebelum ini pernah meluahkan ketidakpuasan hatinya berhubung isu tanah milik ibu bapa mangsa.

“Sudah hampir dua tahun dia (suspek) menyimpan perasaan tidak puas hati kepada keluarga kami yang dipercayai isu tanah, iaitu tapak rumah sekarang.

“Sepanjang dua tahun ini, boleh dikatakan hampir selang sehari, dia akan membuat kacau di hadapan rumah dengan memaki hamun keluarga kami dengan bahasa agak kasar, tetapi kami abaikan sahaja,” katanya.

Sebelum ini, keluarganya beberapa kali membuat laporan polis kerana suspek mengeluarkan kata-kata ugutan akan mencederakan salah seorang ahli keluarga jika masalah tanah itu tidak diselesaikan.

“Kerana takut dengan ugutan itu yang diluahkan secara berdepan, kami nekad membuat laporan polis tetapi sekadar pemberitahuan untuk melindungi keluarga jika berlaku kejadian tidak diingini.
“Kami memang tidak benarkan pihak polis mengambil sebarang tindakan kepadanya kerana kasihan dengan keadaannya yang memiliki seorang anak berusia lapan bulan yang sedang menyusu badan,” katanya.
Bagaimanapun, ahli keluarga itu tidak menyangka suspek tergamak melepaskan geram dan dendamnya terhadap mangsa yang masih mentah dan tidak tahu apa-apa.
“Lebih menyedihkan, ketika diserang, mangsa, sedang menunggu bas untuk ke sekolah kerana dia bersekolah sesi petang.
“Dalam keadaan berpakaian uniform itu, dia dipukul tanpa belas kasihan, diludah, dimaki hamun dan ditolak kepalanya dengan kuat sehingga menyebabkan kecederaan,” katanya.

Dakwanya lagi, susulan kejadian, mangsa kini masih trauma untuk ke sekolah dan malu kepada rakan-rakannya yang melihat kejadian itu.

Laporan polis berhubung kejadian itu telah dibuat di Balai Polis Chabang Tiga beberapa jam selepas mangsa dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.