Penumpang terselamat
MOSCOW - Sebuah pesawat membawa 130 penumpang terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Vnukovo Moscow, Rusia, apabila salah satu tayar pesawat terbakar, kelmarin.

Menurut pegawai, kesemua penumpang kapal Boeing 737 termasuk anak kapal disahkan selamat dan dikeluarkan daripada pesawat melalui pintu kecemasan.

Satu kenyataan dikeluarkan kementerian menyebut, pesawat milik syarikat pengangkutan Rusia, UTair (YOOT-air) itu, menuju ke Moscow daripada bandar selatan Stavropol dengan 136 penumpang dan enam anak kapal.

Bagaimanapun, sebuah agensi berita Rusia melaporkan, pesawat itu hanya membawa 129 penumpang, menurut laporan AP.