Search This Blog

Tuesday, May 21, 2013

Lelaki bersenjata mengamuk di dalam bank Israel



BAITULMUQADDIS - Seorang lelaki bersenjata api telah menyerbu masuk ke sebuah bank di Beersheda, selatan bandar ini semalam dan membunuh empat orang dalam satu pertempuran dan menawan seorang tebusan sebelum dia membunuh dirinya, kata polis.
Seorang jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, kejadian itu berlaku di dalam sebuah bank yang dikepung oleh anggota-anggota polis.
Imej di stesen televisyen Israel menunjukkan beberapa buah ambulans turut diletakkan di luar kawasan bank berkenaan.
Seramai empat orang mangsa lain cedera dan salah seorang mangsa berada dalam keadaan kritikal.
Polis berkata, pihaknya telah menyiasat insiden tersebut dan menolak sebarang dakwaan bahawa ia merupakan satu kejadian rompakan bank.
"Kami tidak yakin dengan semua maklumat yang kami peroleh sama ada ia merupakan rompakan atau satu percubaan rompakan.
"Namun, apa yang boleh dikatakan ialah pembunuh itu masuk ke dalam bank dengan niat untuk melepaskan tembakan," kata Ketua Polis Israel, Yohanan Danino kepada para wartawan.
Lelaki itu dikenal pasti sebagai seorang penduduk Israel yang berusia 40 tahun yang menetap di Beersheba. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0521&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm#ixzz2TsaKl7Cc 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment