Lebih 60 cedera kereta rempuh perarakan pendaki di Virginia
Orang ramai membantu memberikan rawatan kecemasan di bandar kecil pergunungan Virginia.
DAMASCUS -  Sekurang-kurangnya 60 orang cedera apabila pemandu warga emas merempuh sekumpulan pendaki yang berarak pada satu acara di bandar kecil pergunungan Virginia.

Pengarah Pengurusan Kecemasan Washington, Pokey Harris berkata, tiada kematian dilaporkan setakat ini.

“Ramai mangsa parah. Tiga mangsa diterbangkan ke hospital dengan helikopter manakala lebih 15 orang lagi dibawa dengan ambulans serta selebihnya dirawat di tempat kejadian,” katanya.

Menurut saksi, Vickie Harmon berkata, kereta itu mempunyai pelekat kenderaan orang cacat.

“Kenderaan itu merempuh seorang pejalan kaki sebelum terbabas dan melanggar sekumpulan pejalan kaki yang lain,” katanya dipetik dari laporan AP.