Search This Blog

Tuesday, April 16, 2013

Warga Perancis, Tunisia palsu kad kredit



Phuket: Dua warga Perancis dan seorang Tunisia ditahan atas dakwaan pemalsuan kad kredit di Phuket manakala seorang lelaki Vietnam diberkas atas dakwaan mencuri ketika sambutan Songkran di Jalan Silom, Bangkok.

Jurucakap polis berkata, warga Perancis itu ialah Mhoussin Mahamoud, Ganzouhai Zaidim dan lelaki dari Tunisia terbabit dikenali sebagai Adjemi Ramzi.


Katanya, mereka anggota kumpulan penjenayah yang datang ke Phuket ketika Thailand menyambut esta Songkran.

“Suspek datang menggunakan kad kredit palsu bagi mendapatkan wang tunai,” katanya. Polis merampas 27 barang daripada mereka termasuk komputer, pembaca kad elektronik, 70 kad kredit palsu, marijuana serta pelbagai mata wang.


Jurucakap polis berkata, mereka masuk ke Thailand sebagai pelancong dan mencuri butiran kad pengguna mesin juruwang automatik.


“Butiran itu diguna membuat kad palsu,” katanya. Sementara itu, Nguyen Minth Tu ditahan polis Bang Rak kerana disyaki mencuri wang daripada peserta Pesta Songkran. Suspek menggunakan pisau untuk memotong beg dan poket mangsa ketika mereka leka bermain air sempena Pesta Songkran. - Bangkok Post

No comments:

Post a Comment