Search This Blog

Wednesday, April 10, 2013

Taktik elak bayar hutang


Oleh Raja Puteri Nabiha Raja Ayub
Kuala Lumpur: Sebuah syarikat pinjaman wang berlesen kerugian RM200,000 selepas diperdaya seorang lelaki yang membuat pinjaman kononnya ingin mengembangkan perniagaan perkhidmatan pembersihan enggan membayar pinjaman yang dibuat sebaliknya mengugut pengurusan syarikat berkenaan untuk membuat lebih banyak laporan polis.

Syarikat itu meluluskan jumlah pinjaman berkenaan kepada lelaki terbabit yang berusia 31 selepas menandatangani semua dokumen berkaitan perjanjian pinjaman dua tahun lalu.


Selepas menerima wang itu, lelaki berkenaan enggan membuat bayaran balik, malah sanggup mengugut mahu membuat laporan polis jika syarikat terbabit masih meminta bayaran.

Presiden Persatuan Pemberi Pinjaman Wang Berlesen (MiLMA) R C Veeraseelan, berkata, pihaknya ada menerima aduan daripada seorang ahli syarikatnya memberitahu seorang lelaki enggan membuat bayaran pinjaman di satu anak syarikatnya. “Lelaki terbabit enggan membayar wang yang dipinjam, malah mengugut mahu melaporkan perkara ini kepada polis jika pihak kami meminta wang daripadanya. “Lebih menghairankan, seorang lelaki mendakwa dirinya seorang pegawai polis berpangkat tinggi menelefon kami dan memberi amaran untuk tidak meminta wang daripada lelaki itu,” katanya pada sidang media di Pejabat Biro Pengaduan Awam MCA, semalam. Beliau berkata, selain itu, peminjam terbabit dikatakan sudah membuat 20 laporan polis mengatakan beliau diugut syarikat wang berlesen itu kerana enggan membuat bayaran balik.


“Dia berselindung di sebalik laporan polis untuk mengelak membayar hutangnya itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment