Search This Blog

Friday, April 12, 2013

Selipar Dirang ditemui di bawah permaidani



JOHOR BAHRU - Seorang saksi perbicaraan kes pembunuhan Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam yang dia menemui sepasang selipar milik kanak-kanak tersebut di dalam sebuah rumah di Bandar Seri Alam, Masai pada 2 Mac tahun lalu.
Pegawai penyiasat, Inspektor Noor Rubeena Baharuddin dalam keterangan di hadapan Hakim Abd. Halim Aman memberitahu, selipar berwarna merah jambu tersebut ditemui pada pukul 1.20 pagi di bawah permaidani di sebuah rumah di 04-07, Blok A, Flat Seri Delima, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai.
Katanya, selipar itu ditemui di dalam bilik yang dihuni seorang wanita dikenali sebagai Salina Muslimin. Rumah itu turut didiami tertuduh, Muidin Maidin, 27.
"Ibu mangsa, Roselyn Alan mengesahkan selipar itu milik anaknya. kami turut menemui satu plastik merah jam, kulit telur dan dua bungkus Mee Sedap ketika menjalankan siasatan lanjut di kebun kelapa sawit, Jalan Suria 47," kata saksi pendakwaan ke-33 itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0412&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2QCBWrZAU 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment